Amat menarik versi resipi brownies yang ini. Namanya pun dah cukup menambat hati Brownies Cake Chewy Goory. Tambah pulak ada kacang walnut pasti best nih.
Resipi perkongsian dari Amierul Syafique ni memang patut dicuba.Tapi masa memukul adunan tu usah keterlaluan sebab penggunaan tepungnya sedikit sahaja, dibimbangi kek mendap di tengah pulak. Jom semak resipi …
BROWNIES CAKE CHEWY GOORY
BAHAN-BAHAN :
300gm mentega
300gm coklat masakan
6 biji telur ayam | pukul sedikit
80gm serbuk koko
350gm gula perang
2 sudu teh esen vanila
100gm tepung gandum | diayak 2 kali
1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yang telah di panggang
10minit dan dicincang
Ads
CARA MEMASAK :
Cairkan mentega kemudian masukkan serbuk koko. Gunakan whisk, tidak perlu menggunakan mesin pemukul.
Kacau sebati, tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan campurkan dengan gula perang dan kacau rata.
3. Masukkan telor sedikit demi sedikit dan kacau rata. Masukkan tepung gandum dan esen vanilla serta kacau rata.
Ads
4. Dalam bekas yang lain, cairkan coklat masak dengan cara double boil dan kemudian curahkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan kacang yang telah dipanggang, kaup balik sampai rata.
6. Terus masukkan ke dalam loyang yang sudah digris dengan mentega dan ditabur sedikit tepung untuk mengelakkan brownies dari melekat
7. Boleh juga ditaburkan dengan cip coklat atas adunan sebelum membakar.
Ads
8. Panaskan oven dulu dan bakar dalam suhu 150 darjah Celsius selama sejam bergantung pada oven masing-masing
Saiz hidangan : Loyang 10 x 10 inci.
Tip Lagi Sedap :
Boleh masukkan serbuk kopi sedikit bagi melazatkan lagi.
Kredit : amierul syafique
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Masih lagi mood sekolah, mak-mak yang masih mencari menu untuk variasikan bekal anak-anak ke sekolah. Ini ada empat menu gerenti anak-anak suka, selain sedap ia juga berkhasiat dan memberi tenaga kepada anak-anak. Dengan masak sendiri mak-mak tak perlu risau anak beli dan makan apa di sekolah. Jangan lupa cuba 4 menu yang senang masak dan sedap ni.
BEBOLA MI BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
SOSEJ MI GULUNG BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
POPIA MI KEJU BERSAYUR BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
.
NAGGUT AYAM SOS LEMON BAHAN-BAHAN:
BAHAN SOS LEMON
CARA MEMASAK:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dalam dunia masakan Melayu, gulai bukan sekadar lauk. Ia adalah simbol kehangatan keluarga, juadah yang sering muncul ketika kenduri, dan hidangan yang mampu mengikat kenangan. Antara pelbagai variasi gulai yang ada, Gulai Ayam Serai menonjol dengan keistimewaannya yang tersendiri iaitu aroma serai yang menyegarkan, kuah santan yang pekat berlemak, serta rasa pedas dan masam yang seimbang.
Hidangan ini mungkin nampak ringkas, tetapi di sebalik kesederhanaannya tersembunyi teknik dan rahsia yang menjadikan gulai ini benar-benar “hidup” dari segi rasa.
½ ekor ayam
3 batang serai
Rempah 4 sekawan (1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji cengkih, 2 biji buah pelaga)
2 tangkai daun kari
1 sudu serbuk kari ayam
½ kotak santan (100 – 125ml)
1 cawan air (tambah jika perlu)
2 biji kentang (belah 4)
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil mushroom seasoning
Garam secukup rasa
5 biji cili padi (diketuk)
1 biji perahan limau nipis
2 genggam cili kering
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit air
1. Kisar halus semua bahan kisar bersama sedikit air sehingga lumat.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan rempah 4 sekawan, serai dan daun kari sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing serta pecah minyak.
4. Masukkan serbuk kari ayam dan teruskan menumis sehingga warnanya lebih gelap dan harum.
5. Masukkan ayam dan gaul sehingga bersalut rempah.
6. Tuangkan santan dan kacau perlahan.
7. Masukkan air sehingga paras ayam sahaja dan biarkan mendidih.
8. Masukkan kentang dan asam jawa, kemudian reneh sehingga ayam empuk.
9. Perasakan dengan garam dan mushroom seasoning secukupnya.
10. Masukkan cili padi dan perahan limau nipis sebagai sentuhan akhir.
11. Gulai Ayam Serai sedia untuk dihidangkan.
Apa yang membezakan Gulai Ayam Serai dengan gulai lain ialah penggunaan serai yang lebih dominan. Serai bukan sekadar bahan sampingan, tetapi elemen utama yang menyumbang aroma segar dan rasa bersih pada kuah. Apabila digabungkan dengan rempah ratus seperti kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, ia menghasilkan bau yang cukup memikat dan mampu memenuhi satu dapur seperti suasana kenduri.
Ayam pula menjadi protein pilihan kerana teksturnya yang mudah menyerap rempah. Apabila dimasak secara perlahan, isi ayam menjadi empuk manakala kuahnya semakin pekat dan sebati.
Kunci utama kepada gulai yang sedap terletak pada bahan kisar. Gabungan cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan, halia, kunyit hidup dan serai membentuk tulang belakang rasa Gulai Ayam Serai. Setiap bahan memainkan peranan tersendiri dalam menghasilkan rasa pedas berlapik, kemanisan semula jadi dan aroma yang seimbang.
Proses menumis bahan kisar perlu dilakukan dengan sabar sehingga minyak naik dan bau mentah hilang sepenuhnya.
Tumis sampai garing dan pecah minyak adalah langkah paling penting dalam penyediaan gulai ini. Serbuk kari hanya dimasukkan selepas bahan kisar benar-benar masak bagi mengelakkan rasa pahit dan bau mentah.
Santan memberikan karakter lemak pada kuah. Ia perlu dimasukkan pada api sederhana dan dikacau perlahan supaya tidak pecah. Air pula ditambah sekadar cukup, manakala kentang memberi tekstur lembut serta rasa manis semula jadi.
Cili padi dan perahan limau nipis dimasukkan di hujung untuk memberi pedas segar dan rasa masam lembut. Inilah rahsia Gulai Ayam Serai terasa ringan walaupun kuahnya berlemak.
Hidangan ini sesuai untuk menu harian mahupun majlis kecil keluarga. Paling enak dinikmati bersama nasi putih panas, sambal belacan dan ulam ringkas. Dalam setiap suapan, terselit rasa tradisi, kehangatan dan jiwa masakan Melayu.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Apabila tetamu datang ke rumah, salah satu menu yang boleh dihidang adalah nasi goreng kerabu. Tak susah pun nak masak nasi goreng kerabu. Senang cakap tu, campak-campak je dalam kuali. Bagi peminat kerabu, boleh try buat nasi goreng kerabu ni. Sedap sangat. Siap ada ikan masin goreng dalam nasi ni. Memang best.
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras (dimasak macam biasa)
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 sudu teh belacan
6 biji cili api (dikisar halus)
3 tangkai kacang panjang (dipotong halus)
2 batang serai (dihiris halus)
Sedikit daun selom (dihiris halus)
Sedikit daun pudina (dihiris halus)
Sedikit bunga kantan (dihiris halus)
1 ulas bawang merah (dimayang)
3 sudu makan ikan bilis goreng
1 ekor ikan masin goreng (ditumbuk halus)
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masukkan bawang putih, belacan dan cili api. Masak sampai kekuningan.
2. Masukan hirisan kacang panjang, serai, daun selom, daun pudina dan bunga kantan. Kacau seketika.
3. Masukkan nasi. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukan bawang merah, ikan bilis dan ikan masin. Gaul rata.
5. Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam. Kacau lagi. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Laksa Johor asli menggunakan isi ikan parang menghasilkan kuah pekat, lemak dan manis. Ikuti resipi autentik lengkap beserta petua memasak untuk hidangan 6 hingga 8 orang.