Ingat dah tak ada panic buying , bila kerajaan kata kedai jual makanan dan barang makanan setiasa dibuka untuk keperluan pengguna. Namun bila pihak Gardenia Bakeries  (KL) Sdn Bhd memaklumkan kepada pengguna bahawa buat masa ini pengeluaran roti di kilang-kilang Gardenia telah sampai ke tahap maksima.

Mereka memutuskan untuk tidak lagi menambah bekalan produk-produk Gardenia ke pasaran. Nah sekali lagi panic buying berlaku di kalangan pengguna dan peminat roti Gardenia khasnya. Menggelupur lah memasing pakat memborong roti kegemaran tanpa pedulikan orang lain juga memerlukan.

Hinggakan admin sendiri dapat yang paling penghujung dek kerana insan-insan lain lebih awal memborongnya.

Bila Situasi Kehabisan Roti Gardenia Di Kedai, Jom Buat Sendiri Roti Homemade

 

Bila Situasi Kehabisan Roti Gardenia Di Kedai, Jom Buat Sendiri Roti Homemade

Anda-anda semua jangan lah sayu pulak. Inilah masanya guna masa dan ruang yang ada ni dengan olah sendiri roti, lagi puas makan hasil air tangan sendiri.  Nak fresh boleh sediakan hari-hari macam dekat kedai bakeri. Kembalikan keceriaan di wajah anda-anda semua dengan roti homemade.

Saudara saudari boleh cuba buatnya sendiri dengan resipi berikut. Entah-entah lepas ni dah tak pandang roti yang di jual di kedai, lebih yakin dengan buatan sendiri. Bila dah mahir boleh saja jadikan ia mata pencarian anda-anda semua. Mudah mudahan ada rahmat di sebalik kejadian ini.

Nak cuba hasilkan sendiri roti sandwic homemade ni?  Memang sangat mudah. Jom cuba.

 

IKLAN

Bila Situasi Kehabisan Roti Gardenia Di Kedai, Jom Buat Sendiri Roti Homemade

RESIPI ROTI BENGGALI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 1000gm tepung high protein
  • 80gm gula
  • 50gm susu tepung
  • 12gm yis
  • 10gm bread improver
  • 2 biji kuning telur
  • 550gm air
  • 18gm marjerin
  • 100gm garam

CARA MEMASAK:

  1. Satukan kesemua bahan ke dalam penguli dan uli selama 20 minit. Adun sehingga menjadi doh. Keluarkan doh dan rehatkan selama 20 minit.
  2. Bahagikan kepada empat doh kecil. Gulung doh seperti membuat kek gulung.
  3. Susun keempat-empat doh tadi di dalam loyang. Guna loyang bertutup.
  4. Sapu marjerin pada keseluruhan loyang termasuk penutup.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 170C selama 45 minit.
  6. Keluarkan dan sedia dinikmati.

Info chef: Enak dimakan bersama mentega dan kaya atau dimakan begitu sahaja.

.

IKLAN

HONEY GOLDEN RAISIN LOAF

Bila Situasi Kehabisan Roti Gardenia Di Kedai, Jom Buat Sendiri Roti Homemade

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung roti
  • 20gm gula perang
  • 8gm garam
  • 10gm yis kering
  • 30ml madu
  • 50gm mentega
  • 250ml air
  • 150gm kismis kuning

CARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk penguli, satukan tepung roti, gula perang , garam dan yis.
2. Masukkan air dan madu, ulikan lebih kurang 5 minit.
3. Masukkan mentega dan teruskan menguli selama 7 minit dan akhir sekali masukkan kismis.
4. Biarkan rehat selama 30 minit ,hingga ia naik kali pertama.
5. Bentukkan doh dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
6. Biarkan rehat dan naik sehingga dua kali ganda.
7. Panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 200 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit

Saiz hidangan :2 buku roti, 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Roti manis buah dengan rasa kismis, enak dimakan disapu jem atau mentega

IKLAN

INFO CHEF : Boleh tambah kekacang seperti badam, pistachio atau walnut jika suka. Boleh tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.

TERIMA KASIH : THE PEARL HOTEL KL

HONEY OAT LOAF

Bila Situasi Kehabisan Roti Gardenia Di Kedai, Jom Buat Sendiri Roti Homemade

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH:

  • 500gm Tepung protein tinggi tanpa peluntur / Untreated
  • 80gm Gula tebu tanpa peluntur ( Coarse brown sugar )
  • 30gm Tepung susu lemak penuh
  • 8gm Garam halus
  • 60gm Lemak sayuran tanpa hydrogenasi
  • 11gm Yis kering
  • 5gm GR Superbake ™ – penambah baik roti berasaskan tumbuhan
  • 350gm Air sejuk
  • 150gm – Oat Bermadu ( seperti di atas )
  • 150gm Oat
  • 100gm Madu

1. Untuk membuat oat madu; Campurkan Oat dan Madu ke dalam mangkuk dan gaul rata.
2. Gunakan parchment paper untuk melapik dulang dan tuang oat yang bercampur madu. Ratakan.
3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 120 C selama 15 minit kemudian sejukkan.
4. Untuk membuat doh roti; Masukkan kesemua bahan termasuk oat madu (tinggalkan sedikit) yang telah dihasilkan tadi ke dalam mesin penguli roti.
5. Uli sehingga doh menjadi extensible atau meregang. Anda boleh sesuaikan jumlah air untuk menentukan doh yang sempurna kerana kandungan tepung mempunyai kelembapan berbeza-beza.
6. Keluarkan doh dan bahagi doh kepada 300gm. Bulatkan doh dan rehatkan selama lima minit.
7. Torak doh ke hadapan dan ke belakang bagi mendapatkan bentuk yang bujur dan gulung dari bahagian atas sehingga ke bawah. Gunakan sedikit minyak masak untuk mengelak doh melekat pada kayu penorak.
8. Kelim doh dengan cermat. Letakkan doh yang siap dikelim ke dalam acuan loaf yang sudah disemburkan dengan pan coating / shortening.
9. Kembangkan doh sekitar 2 jam atau 2 jam 30 minit atau tiga kali ganda.
10. Keluarkan doh yang sudah kembang, sembur dengan air dan baki oat madu yang ditinggalkan tadi.
11.Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau perang keemasan.

Info chef: Pastikan anda kelim doh dengan kemas untuk menggelakkan ia merekah ketika proses pengembangan dan pembakaran serta masak serata.

Saiz Hidangan : 4 biji doh
Waktu Memasak: 3 jam
Jenis Hidangan : Roti
Keistimewaan : Rasa madu dan oat yang sedap
Cara Memasak : Bakar
Anggaran harga: RM20-RM30

Terima kasih : Chef Sharizat, Golden Republic

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI