Ingin menghadiri kelas buat blog, ada kitchen studio mini sendiri dan menganjurkan kelas memasak secara percuma, ini adalah tiga impian yang ingin dicapai oleh Budiman Bistari bin Mohamed menggunakan wang kemenangan jika berjaya menjadi JagOH! Rasa BABA’S.
Ini kerana menurut beliau, ada 3 harta yang boleh dibawa selepas mati iaitu ilmu yang bermanfaat yang dikongsi bersama orang ramai, harta yang diinfak pada jalan yang baik dan doa dari anak buat kedua orang tuanya. Jadi beliau ingin memanfaatkan imbuhan tersebut untuk menimba ilmu di jalan yang bakal memberi kesejahteraan untuknya di akhirat kelak.
Mesra disapa dengan panggilan Cik Man, bagi beliau Pertandingan JagOH! Rasa BABA’S adalah platform buat penggiat seni kulinari untuk berkongsi ilmu, bertukar idea serta pandangan mengenai dunia masakan tanpa mengira kaum, umur serta latar belakang. Bila sudah berjumpa, semuanya mesra dan ramah tamah. Langsung tidak lokek ilmu. Ini membuatkan timbul rasa sangat hormat kepada semua peserta yang masuk bertanding.
Mempunyai pengalaman 25 tahun sebagai jurumasak, ternyata membuahkan hasil apabila resipi Nasi Paella Kari Ikan Baba’s Karipoley berjaya menambat hati juri seterusnya diumumkan sebagai pemenang pertama yang layak mewakili Zon Sentral ke peringkat separuh akhir.
Lihatlah masakan Cik Man ni, bukan biasa-biasa. Mewah dan tentunya sangat sedap. Selain juri, kru-kru yang merasa juga semuanya sepakat mengakui hidangan anak kelahiran Bendang, Kedah ini punya auranya yang tersendiri.
Ads
Bila ambil keputusan untuk bertanding, saya buat kaji selidik, kelebihan produk Baba’s dan menu yang sesuai. Nasi pula adalah makanan rugi masyarakat majmuk di Malaysia. Jadi saya menyediakan resipi mudah yang semua lapisan umur boleh menikmatinya. Resipi ini adalah gabungan menu kegemaran rakyat negara kita iaitu kari dan nasi. Cuma saya gabungkan idea dari negara Sepanyol iaitu Paella.
Bagi orang lain, memasak mungkin sekadar menyediakan makanan untuk mengisi kelaparan, namun bagi insan berusia 47 tahun ini, beliau berpegang pada prinsip menghormati bahan masakan, masak kerana Allah dan mesti ikhlas serta bersih dalam penyediaan. Masak masakan Malaysia perlu tertib dan jangan shortcut. Barulah masakan yang dihasilkan lebih berkualiti dan memberi kepuasan pada lidah yang merasa.
“Bila hidangan saya diumumkan layak ke Top 12, Alhamdulillah saya sujud dengan penuh kesyukuran atas rezeki yang diberikan. Ini kerana dalam pertandingan ini ada cerita suka dukanya.
Suka sebab saya dapat banyak ilmu dari golongan professional penyiaran dan ilmu masakan dari peserta lain. Bab dukanya ialah semasa pertandingan, saya hadir berseorangan. Datang pendaftaran sendiri, tiada yang meneman.
Ini kerana hal yang tidak dapat dielakkan dimana kebetulan semasa pertandingan isteri ada peperiksaan akhir dan tidak dapat bersama-sama di lokasi pertandingan. Biasanya isteri dan anak-anak iaitu Mikael, Miqlah dan Hani akan datang beri sokongan.
Namun tidak mengapa, doa mereka sentiasa mengiringi saya dan itulah sumber kekuatan untuk saya sampai ke tahap ini seterusnya berusaha lagi agar berjaya menempatkan diri dalam Top 4. Insyaallah”.
NASI PAELLA KARI IKAN BABA’S KARIPOLEY
BAHAN-BAHAN NASI:
Ads
100ml minyak zaitun
80gm bawang merah – dipotong dadu
30gm bawang putih – diracik kasar
30gm halia – diparut kasar
10gm cili padi merah – diracik halus
20gm cili hijau – diracik kasar
10gm batang ketumbar segar – diracik kasar
30gm tomato puri
70gm tomato segar – di buang biji & diracik kasar
10gm halba campur
5gm daun karipoley (daun kari) – diracik kasar
1 helai daun bay
10gm jintan putih – disangai & ditumbuk kasar
5gm biji lada hitam – disangai & ditumbuk kasar
150gm Serbuk Kari Ikan Pedas BABA’S – dibancuh dengan air
5 hirisan lemon – dipotong baji
1 biji lada benggala merah – bakar, buang kulit & potong dadu
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
Kemudian masukkan parutan halia, cili hijau dan cili padi. Tumis sehingga naik wangi.
Kemudian masukkan halba campur, jintan putih dan serbuk lada hitam.
Masak sehingga layu, separa garing dan rempah basah sudah matang masaknya.
Masukkan Serbuk Kari Ikan Pedas Baba’s yang telah dilarutkan bersama air.
Kemudian masukkan tomato puri, saffron dan tomato segar. Tumis sehingga pecah minyak kemudian masukkan daun kari, daun ketumbar dan daun bay.
Masukkan beras sambil tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga beras 3/4 masak sambil dikacau sebati.
Masukkan sotong, ikan, kepah dan udang karang. Kacau perlahan lahan.
Perasakan dengan bahan perasa. Masukkan air supaya Nasi Paella masak sepenuhnya.
Bila sudah Nasi Paella sempurna masak dan kering, susun udang diatas Nasi Paella, hirisan lada benggala, kacang pis dan hirisan lemon.
Tutup Nasi Paella Kari Ikan Baba’s Karipoley menggunakan aluminium foil untuk pastikan udang masak sempurna. Masak selama 10 minit mengunakan api yang sederhana.
Akhir sekali sebelum disajikan, hiaskan Nasi Paella dengan yogurt dan daun ketumbar segar.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Ads
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Udang antara menu seafood yang disukai ramai, ia bukan hanya sedap tetapi udang juga lauk yang tak perlu ambil masa untuk memasaknya. Tak percaya, ada cuba menu Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar yang RASA kongsikan ini.
.
UDANG GORENG PEDAS DAUN KETUMBAR BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL | buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu teh pati ayam
6 ulas bawang putih | cincang
2 biji cili merah | cincang
1 sudu makan chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
.
LANGKAH 1: Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
.
LANGKAH 2: Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
.
LANGKAH 3: Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata.
.
LANGKAH 4 tambah garam, gula dan perasa ayam, kacau lagi.
.
LANGKAH 5: Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Bubur Lambuk cukup sinonim dengan Ramadan. Bukan sahaja masyarakat muslim teruja menikmati hidangan ini malah ia menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Dan pastinya setiap kali kedatangan bulan mulia ini, ia sangat dinantikan oleh semua orang.
Namun penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia menjadikan semua perkara harus mengamalkan normal baru. Aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dan pengedaran secara terbuka tidak boleh dilakukan lagi. Pun begitu semua ini bukan halangan bagi Majalah Rasa dan AJI-SHIO® untuk mengedarkan bubur lambuk.
Meneruskan tradisi tahun lalu, AJI-SHIO® sekali lagi bekerjasama menjayakan Projek Bubur Lambuk bersama Ideaktiv dan Majalah Rasa. Tahun ini Projek BUBUR LAMBUK2U diadakan khas buat mereka yang telah banyak berjasa sepanjangan negara dilanda Covid-19.
Pengedaran bubur lambuk kali ini dibuat khas untuk Frontliners yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi keselamatan orang ramai. Mereka malah sanggup berkorban keselamatan diri demi kesejahteraan negara dalam mengekang wabak Covid-19.
KREDIT FOTO: SINAR HARIANKREDIT FOTO: SINAR HARIAN / BERNAMA
Sebanyak 600 pek Bubur Lambuk akan diagihkan kepada para ‘frontliners’ yang terdiri daripada petugas-petugas di Hospital Shah Alam dan IPD Shah Alam pada hari Sabtu ini
KREDIT FOTO: SINAR HARIAN / BERNAMA
AJI-SHIO® mengambil tanggungjawab sosial ini bukan sahaja sekadar berkongsi bubur lambuk biasa tetapi membawakan rahsia keenakan sebenar hidangan bubur lambuk. Bubur lambuk yang dimasak dan disempurnakan dengan bahan rahsia AJI-SHIO® Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa.
Telah terbukti AJI-SHIO® Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa bukan sekadar rempah biasa, haruman serta aroma dari rempah yang diadun sempurna, diseimbangkan dengan rasa masin yang sekata, bakal menyerlahkan lagi keenakan serta tekstur Bubur Lambuk. Semestinya penggunaan dua bahan ini akan turut menjimatkan masa penyediaan bahan-bahan masak kerana dua bahan ini juga merupakan bahan utama dalam masakan bubur lambuk.
Hanya yang terbaik untuk menghargai mereka yang istimewa ini. Semoga sumbangan ini akan turut memberi keceriaan kepada mereka yang telah banyak berjasa ini.
Program Rasa Ajar Masak (RAM) bakal melabuhkan tirai pada 30 Mac ini setelah membawa 22 selebriti terkenal tanah air berkongsi pelbagai resipi istimewa. Disiarkan selama 22 episod bermula 1 Mac 2025 di Astro Ria dan Astro Go, setiap Sabtu hingga Rabu jam 7.00 malam, RAM bukan sekadar sebuah program masakan, tetapi juga perkongsian resipi antara ibu dan anak, suami dan isteri menjadikan program ini penuh dengan rencah dan momen yang mencuit hati.
44 Resipi Menarik Untuk Dicuba
Dalam setiap episod, para selebriti turut berkongsi cerita-cerita peribadi yang penuh kenangan sepanjang bulan Ramadan. Gelagat lucu dan ceria mereka di dapur membuatkan kita tidak hanya tertawa, malah turut terkenang kisah-kisah manis di bulan penuh keberkatan ini.
Yang lebih menarik, RAM tidak sekadar menampilkan hiburan semata-mata tetapi juga memberi kita peluang untuk belajar pelbagai resipi yang sedap dan mudah untuk dicuba di rumah. Sepanjang episod yang disiarkan, 44 resipi menarik telah dikongsi oleh selebriti undangan.
Antara resipi menarik dan unik adalah Lidah Lembu Bakar dan Air Asam Kerisik serta Nasi Ulam Tumis yang dimasak oleh Dato’ Chef Ismail dan Maria Tunku Sabri. Puding Payasam yang dimasak oleh Watie Hanifiah, Pandan Payasam Triffle yang dimasak oleh Chef Adu dan Wantan bersama Inti Rendang Ayam yang dimasak oleh Angeline Tan. Memang pilihan resipi yang pelbagai dan sedap!
Bagi yang teringin untuk masak menu istimewa sempena rumah terbuka, RAM turut berkongsi resipi Kurma Kambing yang mudah dan lazat. Hanya menggunakan rempah BABA’S, hidangan ini boleh disediakan dengan cepat dan dijamin rasanya tidak kalah dengan kurma kambing yang ada di restoran. Tentu tetamu akan memuji keenakan hidangan tersebut. Anda boleh tonton video resipi penuh dalam program RAM untuk mencuba sendiri resipi ini di rumah.
Melihat gelagat selebriti memasak sambil berkongsi cerita membuatkan kita teringat memori pertama kali belajar memasak atau mungkin ketika pertama kali mencuba resipi untuk berbuka puasa.
Resipi Borneo Istimewa oleh Wafiy Ann di Episod 22!
Jangan lupa saksikan episod terakhir pada 30 Mac 2025 yang menampilkan selebriti muda berbakat, Wafiy Ann, yang berkongsi resipi Borneo istimewa bersama adiknya. Resipi Borneo ini memukau penonton dengan kelainan dan kekayaan rasa tradisional dari wilayah Malaysia Timur.
Wafiy Ann dan adiknya mempersembahkan hidangan yang jarang-jarang kita dapat lihat di televisyen. Mereka berkongsi resipi khas dari Borneo yang penuh dengan rasa asli dan unik. Anda pasti teruja melihat bagaimana mereka mengolah bahan-bahan tempatan dengan cara yang istimewa, memberi peluang untuk anda mencuba resipi yang menggugah selera dan tentunya membawa kita lebih dekat kepada keindahan masakan Malaysia Timur.
Jadi, pastikan anda tonton kerana resipi Borneo yang dikongsikan bukan sahaja membuka selera tetapi juga membawa nostalgia ke kampung halaman. Sambil memasak, Wafiy Ann dan adiknya turut berkongsi cerita peribadi tentang pengalaman mereka semasa Ramadan yang penuh dengan kenangan manis.
Pastikan Ramadan kali ini penuh dengan memori manis bersama Rasa Ajar Masak.
Jangan lupa tonton episod terakhir RAM pada 30 Mac 2025 hanya di Astro Prima dan Astro Go, jam 7 malam.