Bekas makanan atau ‘Tupperware’ memang antara barang-barang kesayangan kaum ibu. Mana tidaknya, jika nak simpan lebihan lauk pauk atau nak bawa makanan kemana-mana memang mudah. Walaubagaimanapun, ada ketikanya makanan yang kita simpan tu meninggalkan bau yang yang kurang enak apabila dah dicuci. Ia biasa terjadi jika kita menggunakan bekas makanan plastik. Sebagai contoh jika kita simpan lebihan ikan pekasam, makanan bergoreng, asam pedas dan sebagainya. Jenuh basuh, tak hilang-hilang baunya.
foto: bonappetit.com
Jika anda selalu alami masalah ini, berikut adalah cara-cara yang boleh anda cuba untuk hapuskan bau kurang enak pada bekas makanan. Mudah dan hanya guna bahan yang ada di dapur sahaja.
CARA MENGHILANGKAN BAU PADA BEKAS MAKANAN
1. CUCI SEGERA
Ads
Paling mudah. Jika anda simpan makanan di dalam bekas makanan, pastikan anda segera membasuhnya agar bau serta sisa makanan tidak terperap lama dalam bekas tersebut. Malah, jangan amalkan simpan lebihan makanan dalam tempoh masa yang lama sehingga basi. Hmm…memang susah nak hilang bau kalau jadi macam ni.
2. HAMPAS TEH
Hampas teh jangan dibuang. Ia sangat berguna dalam menghapuskan bau busuk bekas makanan. Caranya mudah sahaja, cuci bekas dan keringkan. Kemudian masukkan hampas teh ke dalamnya. Tutup penutup dengan kemas dan biarkan sehingga bau busuk tadi hilang.
3. PERAHAN LIMAU NIPIS
Cara seterusnya ialah dengan menggosok hirisan limau nipis atau lemon pada keseluruhan bekas makanan. Biarkan selama 5 minit dan bilas menggunakan air bersih. Cara ini bukan sahaja menjadikan bekas makanan anda berbau harum malah boleh menghapuskan bakteria yang melekat pada bekas tersebut.
4. BAKING SODA
foto: homedepot.com
Jika dekat rumah tak ada limau atau lemon, boleh juga gunakan Baking soda. Caranya mudah sahaja. Campurkan soda dengan air suam, kemudian gosokkan pada bahagian dalam bekas makanan anda Biarkan seketika dan bilas hingga bersih. Keringkan dan hasilnya pasti memuaskan.
Ads
5. SURAT KHABAR LAMA
foto: homesavvyatoz.com
Ambil surat khabar lama dan renyukkan. Letak didalam bekas makanan dan tutup penutupnya. Bila anda nak guna, bersihkan bekas makanan terlebih dahulu. Mudah kan?
6. GARAM HALUS
foto: food52.com
Jika bekas makanan anda berbau kurang enak selepas dicuci, ambil 1 sudu teh garam halus dan taburkan di dalam bekas. Tutup penutupnya dan biarkan selama 1 jam. Kemudian bersihkan. Hasilnya, bekas makanan anda menjadi lebih bersih dan tidak berbau lagi.
Ads
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Biasanya, bila rebus telur, pasti ada telur yang tak berapa cantik dikupas. Ada pula yang tak cukup masak dan jadi macam telur separuh masak pula.
Nah, kita kongsikan cara dan petua yang betul untuk rebus telur supaya mudah untuk kupas tanpa cacat cela.
Petua yang dikongsi Waheeda Basiron ini, sangat mudah dan memang menjadi sehingga kita berasa sayang pula nak makan. Jom kita tengok cara-cara rebus telur yang betul.
1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan terus dalam periuk. Tambah air sehingga telur tenggelam. 2. Cara saya ni, tak perlu air mendidih baru nak masuk telur ye. Saya letak terus telur dalam periuk.
Sedapnya masakan berasaskan sotong kembang. Lebih-lebih lagi sotong masak sambal tumis cukup rasa pedas, manis dan masamnya.
Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan tidak berbau.
Ikut langkah ini, pastikan sambal tumis sotong anda semakin enak nanti:
1. Pilih sotong yang segar dan cuci bersih.
2. Siapkan bahan-bahan ini untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong.
4 batang serai
2 ini halia
1 labu bawang besar,
1 inci lengkuas,
5 ulas bawang putih.
Kesemua bahan tadi di potong-potong.
Letak sedikit garam
3. Didihkan air sehingga naik bau dan masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak.
Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang dibahagian atas si sotong
5. Kemudia tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
7. Seterusnya potong mengikut saiz yang anda suka. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Nota: Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong
ini tidak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.
Sumber: Mariberkongsi
RESIPI SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-bahan:
2 ekor sotong kembang ~ bersihkan dan dipotong ikut suka. Jerangkan air dan celur sotong. Jika tidak, kita memerlukan masa yang lama untuk mengeringkan sambal kerana sotong ini banyak mengeluarkan air.
1 senduk besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang kecil *
1 inci belacan *
asam jawa, garam & gula
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan anggaran 1 senduk minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit
garing dan campuran dengan bahan kisar yang bertanda (*)
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan sotong yang telah ditoskan bersama bawang besar yang dihiris
bulat. Kacau rata dan biarkan ia merenih sekejap sebelum diangkat.
Masakan Melayu kaya dengan penggunaan bahan-bahan segar sebagai penambah rasa serta menyedapkan lagi hidangan. Malah sesetengah darinya adalah bahan penting dalam penghasilan kuih muih. Memang tak lengkap jika tidak menggunakannya.
Antara daun-daunan herba yang wajib ada ialah daun pandan, daun kesum, daun limau purut, daun selasih, daun salam, daun kari dan sebagainya. Sebab itulah orang tua dulu-dulu banyak tanam pokok-pokok ini di kawasan rumah.
Namun bagi golongan muda yang tinggal di bandar, agak susah nak bercucuk tanam lebih-lebih lagi jika kawasan yang ada tidak bersesuaian. Pilihan yang ada hanyalah dengan membeli herba-herba ini. Namun jika disimpan terlalu lama, daun-daun herba ini akan rosak dan menjadi kering.
Bagi memastikan daun-daun herba ni kekal segar dengan lebih lama, ada cara yang boleh dicuba. Petua yang anda boleh amalkan adalah:
Bersihkan daun-daun herba kemudian lap hingga kering.
Kemudian simpan di dalam bekas kedap udara dan letakkan di dalam peti sejuk beku.
Apabila hendak menggunakannya, barulah anda keluarkan dan masukkan ke dalam masakan anda.
Dengan cara ini, daun-daunan herba anda dapat disimpan lebih tahan lama malah rasanya tetap sama seperti yang segar. Selamat mencuba!
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.