Bahan Masak Cepat Busuk? Ini Petua Simpan Sayur Agar Segar & Tahan Lama

Share

Nak tahu petua simpan sayur agar tahan lama? Ini caranya. Maklumlah, barang masak seperti sayur-sayuran segar agak sukar untuk disimpan dalam tempoh masa yang lama. Biasanya dalam dua atau tiga hari, sayur yang dibeli mula layu dan membusuk. Menerusi perkongsian saudari Maryam Salleh

, beliau menunjukkan cara menguruskan sayur-sayuran agar kekal segar macam baru beli di pasar walaupun sebenarnya sudah seminggu dibeli. Jom lihat cara-caranya.

 

CARA SIMPAN SAYUR-SAYURAN AGAR TAHAN LAMA


Sebelum ni kan bila beli sayur dan terus simpan dalam peti ais tahan dua tiga hari jer. Lepas tu kompom jadi buruk la, berair la dan cepat busuk. Maklumlah takde ilmu pengurusan yang betul. Akhirnya saya jumpa cara yang berkesan dan dah seminggu sayur yang di simpan masih kekal segar macam baru beli di pasar.

CARA-CARANYA:
1. Basahkan tisu dan jadikan pelapik di dalam bekas. Sediakan bekas yang berpenutup untuk simpan sayur.

2. Jangan basuh sayur yang nak di simpan. Hanya potong sahaja dan masukkan ke dalam bekas. Masa nak masak baru basuh. 

3. Setiap bekas tu mestilah cukup-cukup untuk sekali atau dua kali masak. Elakkan simpan secara banyak sekaligus.

4. Kemudian tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Selepas seminggu pun kalian akan dapati sayur tersebut masih kekal segar seperti baru dibeli di pasar.

Selamat mencuba!

 

Kredit petua dan foto: Maryam Salleh

 

IKLAN