
Menu ringkas Daging masak pelembang ni kalau dihidangkan satu lauk ni pun dah cukup makan dengan nasi panas-panas. Cara penyediannya tidaklah sesusah mana pun hanya bahan-bahannya perlulah lengkap agar rasanya nanti tidak hilang dan sedap untuk dihidangkan bersama keluarga tercinta. Selamat mencuba!
RESIPI DAGING MASAK PELEMBANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging dihiris nipis
- 1 cawan kicap manis kipas udang
- 3 batang serai dititik
- 4 sudu kerisik
BAHAN YANG DI KISAR:
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 20 biji cili kering
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
BAHAN TUMIS:
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu mania
- 5 biji buah pelaga
- 5 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan minyak dalam kuali
2. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Biar naik bau sekejap.
3. Masukkan bahan2 yang telah dikisar. Masak seketika.
4. Masukkan daging dan serai yang dititik. Masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan kicap dan masak seketika.
6. Masukkan kerisik.
7. Masukkan 1 camca kecil garam dan 1/2 sudu makan gula. Rasa dulu la ya. Setengah org suka manis2 sikit. Boleh ejas2 ikut masing.
8. Siap memasak. Boleh lah dihidangkan.
Nota: makan dgn nasi panas2… sedap!
Kredit : mcik google / Zubaidah Saeh
https://www.facebook.com/zubaidah.saeh/videos/1834408006598449/
Lady’s Choice #KeepingItReal Dengan Sapuan Ayam dan Tuna Baru

Lady’s Choice melancarkan rangkaian produknya yang terbaru iaitu Lady’s Choice Meaty Spread yang didatangkan dalam dua varian, Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna. Selain daripada menjadi sapuan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna Lady’s Choice diperbuat menggunakan ramuan-ramuan sebenar seperti ayam dan tuna segar yang kaya dengan khasiat serta kedua-dua sapuan ini mengandungi kebaikan Omega 3.
Walaupun menjadi seseorang ibu itu mempunyai ganjaran yang tersendiri, ia turut datang dengan pelbagai cabaran, terutama sekali dalam memenuhi tanggapan masyarakat tentang erti sebenar keibuan. Ibu moden dilihat perlu bijak mengatur kerjayanya, menyediakan hidangan yang seimbang, membuat kerja rumah dan menjaga anak-anak mereka setiap masa. Realitinya, menjadi seorang ibu adalah sukar dan tidak ramai ibu bersuara mengenainya. Oleh itu, bersempena dengan pelancaran Lady’s Choice Meaty Spread, Lady’s Choice juga melancarkan kempen #KeepingItReal anjurannya.
Kempen #KeepingItReal menyasarkan untuk mengajak para ibu di Malaysia berkongsi keluh-kesah mereka sambil menyatakan sokongan dengan menceritakan kisah serta dugaan sebenar yang dialami oleh para ibu. Menerusi siri Sesi Instagram Live yang diadakan dengan kerjasama para ibu dari kalangan personaliti terkenal, jenama ini berusaha untuk menggalakkan perbincangan berkisarkan realiti yang dihadapi oleh para ibu dan membantu mereka dengan memberikan penyelesaian yang benar-benar dapat membantu mengurangkan kesibukan di waktu pagi dengan Lady’s Choice Meaty Spread.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Lady’s Choice turut menjemput pakar terapi perkahwinan dan keluarga, Charis Wong (Pakar Kaunseling Psikologi) untuk berkongsi pendapat beliau mengenai perkara ini dan memberikan para ibu ilmu pengetahuan yang tidak ternilai bagi membantu mereka mengharungi situasi ini.
“Umum mengetahui bahawa apa yang berlaku di waktu pagi akan mempengaruhi seluruh hari berkenaan.Ada beberapa langkah mudah yang boleh diambil oleh para ibu bagi menguruskan waktu pagi mereka dan kekal fokus, sambil menikmati detik istimewa yang dapat mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak mereka sebelum semuanya keluar rumah.”
- Mulakan rutin pagi esok pada malam sebelumnya terutama sekali jika anda tidak suka bangun pagi seperti saya. Sediakan pakaian, bungkuskan atau siapkan bekalan untuk sarapan dan makan tengah hari pada malam sebelumnya, sediakan semua barang keperluan seperti botol air minuman dan pelitup muka di atas meja agar mudah diambil sebelum keluar rumah. Latih anak-anak anda agar menyiapkan beg dan pakaian seragam sekolah pada malam sebelumnya.
- Lakukan ritual di waktu pagi yang bermakna diri anda dan anak-anak anda. Aktiviti yang menenangkan jiwa seperti solat, sembahyang, meditasi, mengucapkan syukur atau sekadar melakukan senaman pernafasan secara mendalam adalah cara yang terbaik untuk memulakan hari yang tenang dan fokus. Amalan seperti berdoa, berbincang tentang rancangan atau matlamat harian, serta sekadar berbual ringan dengan anak-anak anda ketika menaiki kereta menuju ke sekolah juga boleh menjadi ritual yang bermakna.
- Pilih sarapan yang kaya dengan protein, dan kurang lemak, karbohidrat dan gula diproses yang tidak baik untuk kesihatan. Pakar kesihatan telah lama menyarankan tentang kelebihan mengambil sarapan protein tinggi berbanding mengambil sebahagian besar protein harian di penghujung hari. Namun, akibat kesibukan di waktu pagi, kita lebih cenderung untuk mengambil sarapan yang mudah didapati oleh kita, yang selalunya rendah protein.
Dalam siri kedua IG Live ini, Lady’s Choice sekali lagi berpadu tenaga dengan ibu selebriti kesukaan rakyat Malaysia, Amyra Rosli dan pakar kaunseling psikologi, Charis Wong pada Ahad, 4 April, 8:30 malam di mana mereka akan membincangkan tentang perjalanan serta cabaran yang dihadapi sebagai seorang ibu yang berkerjaya, selain daripada berkongsi pendapat, nasihat serta penyelesaian untuk membantu para ibu mengharungi situasi ini.
Para ibu kini boleh mendapatkan Sapuan Ayam dan Sapuan Tuna Lady’s Choice di semua pasar raya besar, pasar raya hiper dan kedai serbaneka di seluruh negara, masing-masing pada harga RM8.50 untuk botol 220ml.
Untuk mempelajari bagaimana anda boleh menggunakan sapuan pelbagai guna ini bagi menyediakan hidangan yang cepat dan berkhasiat untuk anak-anak anda, sila layari https://www.nakmakanapa.com.my/produk/ladys-choice-sapuan-ayam/ atau https://www.nakmakanapa.com.my/produk/ladys-choice-sapuan-tuna/.
Menu Diet Tortilla Chicken Wrap, Inti Padat Memang Mengenyangkan
Gajet Mampu Milik, Mudahkan Kerja Di Dapur

Kerja dapur jadi lebih senang dan efisien bila mempunyai gajet unik yang tersendiri. Mulai dari kerja mengupas bawang, memotong sayur , buah dan sebagainya, semuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu memudahkan kerja.
Di pasaran banyak gajet yang mampu milik boleh anda dapatkan. Jika tidak ke kedai boleh saja membeli secara online contoh di shopee. Banyak saja gajet dapur yang cool dan membantu kerja dapur.
Antaranya seperti berikut:
1.Mudah untuk menuang minyak dengan menggunakan gajet ini.
RM1.74
2. Jika ingin memotong sayur secara memanjang, mudah dengan menggunakan gajet ini.
RM2.85
3. Tak gusar lagi bagaimana nak mengasah pisau. Alat ini bertujuan untuk menajamkan pisau secara pantas.
RM3.29 – RM3.58
4. Ini penting untuk menempatkan lebihan minyak yang telah digunakan. Cooking Oil Filter Pot (1.7L)
RM35.90
5. Sukar bagi yang tidak biasa memotong nenas kerana mempunyai mata. Jadi alat ini secara kreatif dapat membuang mata pada buah nenas dengan lebih mudah.
RM1.49
6. Mudah untuk mencincang bawang putih dengan alatan ini.
RM1.56
7. Nampak comel ikon kartun ini dalam masa yang sama ia berfungsi untuk mengelakkan masakan melimpah dari periuk.
RM3.30 – RM3.70
8. Super senang memotong epal menggunakan peralatan ini.
RM2.16
9. 5 in 1 Multifunctional vegetable cutter
RM15.90
10. Hanya menggunakan gajet ini , mudah untuk menanggalkan kulit udang. Mudahkan!
RM6.31
11. Alat ini menyekat sisa makanan dari terus masuk ke dalam lubang singki.
RM2.90
INGIN MEMBELI HOME APPLIANCES, BOLEH LIHAT DI SINI.
Tip Hilangkan Kesan Minyak Pada Bekas Plastik, Hanya Guna Garam & Sabun
Buat Sendiri Rak Barang Dapur Gaya Inggeris Guna Barang Kedai Eco.
Nasi Himpit Tupperware Elok Jer Kejadiannya! Try Pulak Teknik Ni.

Bulan Syawal sudah berpenghujung tetapi masih ada lagi yang mendapat jemputan Rumah Terbuka di saat-saat akhir. Begitulah lumrah orang Malaysia memang suka meraikan tetamu dengan makan-makan. Begitu juga dengan Puan Khatimah ni yang turut berkongsi resipi nasi himpit menggunaka teknik barunya. Memang mudah dan lebih kurang jer rupanya dengan nasi himpit bungkus plastik.
NASI HIMPIT BEKAS TUPPERWARE
SUKATAN:
- 1 pot beras
- 3 pot air
- (Boleh tambah daun pandan bg wangi)
CARANYA:
- Bila dah masak masukkan dalam bekas hentak2 dan padat2kan nasi tu biarkan sejuk kemudian tutup..
- Biarkan semalaman baru potong..kalu nak cepat masukkan dalam peti ais 3-4 jam dah boleh potong. Cukup-cukup 1 ccawan beras untuk bekas tupperware petak tu.
Kongsi resipi: Khatimah Abdul Jalil