Ads
Ads

BABA'S

Jenama BABA’S telah sinonim dengan rempah ratus berkualiti premium, serbuk kari yang benar-benar vegetarian, tepung dan pracampuran sejak 39 tahun yang lalu.  Hari ini, sebagai jenama rempah ratus utama Malaysia, popularitinya telah melangkaui sempadan budaya dan masakan yang wujud dalam masyarakat berbilang budaya dan etnik Malaysia.

Setiap produk dalam rangkaian BABA’S diperbuat hanya daripada bahan-bahan berkualiti tinggi yang sesuai untuk pengguna Vegetarian dan sama sekali tidak mengandungi bahan-bahan yang berasal dari daging atau makanan laut.     

BABA’s mematuhi piawaian kebersihan, dan keselamatan makanan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Teknologi pemproposen dan pembungkusan inovatif kami adalah berdasarkan Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), memastikan setiap produk dalam rangkaian kami disahkan dan dijamin Halal.