Susah nak duga selera anak-anak ? Cer cuba masak Ayam Goreng Sos Lemon. Menu paling simple dan sedap, dengan rasa masam manis dan tak pedas gerenti anak-anak tak tolak punya. Jangan bimbang tentang resipi, di bawah ini RASA kongsikan:-
AYAM SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
Ads
BAHAN UNTUK AYAM:
Ads
2 keping dada ayam | bersihkan dan potong
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
Lada sulah secukupnya
1 biji telur | pecahkan
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS:
Ads
2 sudu makan perahan jus lemon
2 sudu makan cuka
4 sudu makan gula
2 sudu makan teh tepung jagung
1 sudu teh lemon emulco
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Ketuk sedikit ayam dengan lesung batu untuk jadikan ia leper.
Panaskan minyak.
Campur semua tepung, garam dan lada sulah kecuali tepung kastard.
Celupkan ayam ke dalam campuran tepung tadi, kemudian celup pula ke dalam telur. Akhir sekali, celupkan dengan tepung kastard.
Gorengkan ayam dengan menggunakan minyak yang panas. Angkat, tos dan ketepikan.
Untuk membuat sos, campur semua bahan untuk sos dan masak hingga mendidih dan pekat.
Angkat dan siram ke atas ayam. Sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Jom buat kuah petis homemade untuk Sengkuang Calit. Kalau dulu, sekeping harganya dalam RM0.50 tapi sekarang boleh mencecah RM2 sekeping. Agak mahal tapi tak apa, anda pun boleh buat sendiri sos ni secara homemade menggunakan resipi perkongsian saudari Lynda Yum Yum. Memang berbaloi cuba. Boleh makan banyak kali. Nak jadikan kuah rojak pun boleh.
RESIPI PETIS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1/2 botol kicap masin (anggaran 200ml)
6 sudu makan gula apong ATAU 250gm gula melaka
Gula pasir secukupnya – jika perlu
1 inci belacan bakar – dihancurkan
6 sudu makan sos cili
5 sudu makan cili kisar / cili boh
Bijan secukupnya – goreng tanpa minyak
5 sudu makan tepung ubi/tepung kanji – bancuh dengan sedikit air
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali bijan dan tepung ubi. Masak guna api kecil hingga mendidih. Pastikan sos ada rasa masin, manis dan pedas secukupnya.
Masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan kacau sentiasa supaya tidak berketul.
Masak sos hingga pekat dan akhir sekali masukkan bijan.
Padam api dan biarkan sos sejuk seketika.
Sedia untuk dibuat sengkuang calit atau dimakan bersama buah-buahan kegemaran yang lain.
Kalau tiba-tiba rasa kurang berselera, cuba buat sambal ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Resipi kek batik marie yang digemari ramai, kanak-kanak pun suka. Mudah dan senang menggunakan biskut marie resipi ini memberi penambahan rasa mewah rasa coklat ganache di atas kek menjadikan kek lebih cantik dan menyelerakan. Terasa coklatnya sesuai di buat pada hari raya. Selamat mencuba!
RESIPI KEK BATIK MARIE TOPPING CHOCLATE GANACHE
BAHAN A
2 pek biskut Marie (300g)
250g Buttercup
1 tin susu pekat
1 cawan air masak
6 sudu besar serbuk koko
14 sudu besar milo
Telur 2 biji
BAHAN B (Topping/choc ganache)
1 cawan Whipping cream Anchor UHT
100 gram Choc compound
100 gram Dark Choc
1 sudu besar butter
CARA MEMASAK:
1. Cairkan terlebih dahulu buttercup. Sy guna kuali jer senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair. Tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau2 smpi sebati. Terutamanya telur. Dah sebati pasang api blk. Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dgn air. Bila adunan dah likat. Dan keluar buih2 maknanya adunan dah masak. Tutup api. Masukkan biskut marie. Dan kaup balik. Smpi sekata.
2. Tuang biskut marie dlm loyang 10 inci. Lapik loyang dgn plastik.Atau guna loyang yg terbuka bawahnya. Sy lapikkan pakai plastik bekas biskut marie tu. Lebihkan kiri kanan. Supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan2 adunan biskut marie smpi rata. Sejukkan.
3. Sementara adunan tu sejuk buat choc ganache. Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu. Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dlm bekas lain. Letakkan atas air yg dipanaskan (kaedah double boiled). Kacau2 smpi rasa suam masukkan choc. Kacau smpi cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan butter. Kacau lg. Siap. Tutup api. Angkat. Sejukkan 30min.
4. Kemudian tuang atas kek batik td. Dan simpan peti sekurang2 nya 6jam utk dptkan hasil choc yg cantik di atas dan mudah di potong.
Selamat mencuba semua.. Resepi ni adalah resepi sy sendiri yg sy olah sendiri. Doakan semoga rezeki sy trs dimurahkan.
Untuk elakkan adunan hangit, pastikan gunakan api yang kecil sahaja. Api yang kuat juga boleh menyebabkan kek batik menjadi kering dan tidak sedap
Adalah lebih baik jika digunakan non-stick pan, supaya adunan tak melekat.
Semasa memasukkan milo dan serbuk koko ke dalam butter yang separa cair, masukkan sedikit demi sedikit supaya mudah untuk dikacau hingga sebati. Jika dimasukkan banyak sekaligus, dikhuatiri adunan akan berketul dan akan memakan masa pula untuk membuatkan ianya sebati.
Untuk memastikan adunan betul-betul sebati, boleh menggunakan ‘hand wisk’ yang akan mempercepatkan kerja anda.
Pastikan biskut marie dipatah-patahkan sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Ini akan mempercepatkan proses meratakan adunan dan biskut marie itu.
Gunakan peralatan yang mempunyai permukaan rata semasa menekan dan memampatkan kek batik untuk memastikan kek batik anda kelihatan menarik.
Semasa menggunakan kaedah double-boiler untuk mencairkan coklat, pastikan bekas atas menutupi sepenuhnya bukaan periuk di bawah untuk mengelakkan stim daripada keluar.
Untuk melihat lebih lanjut kaedah double-boiler, bolehlah menonton video di bawah ini:
Ketahui kebaikan belimbing buluh yang menakjubkan untuk kesihatan — dari menurunkan tekanan darah hingga membantu detoks hati. Superfood tempatan yang kecil tapi penuh khasiat!