Ads

Resipi AYAM DENDENG PEDAS Mudah, Sedap Menyelerakan Campak-Campak Style!

Resipi AYAM DENDENG PEDAS Mudah, Sedap Menyelerakan Campak-Campak Style! Lauk Ayam memang mudah ‘digayakan’ dengan pelbagai resipi. Ada yang mudah disediakan meskipun hanya resipi campak-campak je.

Bagi yang nak cuba resipi Ayam Dendeng Pedas yang sedap, penuh aroma dan rempah ratus, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nizawatimusa Niza ini. Memang nampak menyelerakan dan mudah disediakan. Makan dengan nasi panas memang tak pandang lauk lain dah. Anak-anak pun mesti suka!

Resipi Ayam Dendeng Pedas Campak-Campak Style:

Bahan-Bahan:

Ayam di bersihkan (Digoreng Separuh Masak)

(Bahan Sangai)
*Jintan Manis
*Jintan Putih
*Ketumbar biji

Bawang Besar
Bawang Putih
Halia
Cili Kisar
Air Asam Jawa
Gula
Garam
Serbuk Perasa
Serai (diketuk)
Kicap Manis

Ads

Daun Sup/Limau Purut
Bawang Hiris
Cili Padi
Bawang Goreng

Cara Membuat:

1. Sangai jintan manis, jintan putih dan ketumbar biji dalam kuali sampai wangi.
2.Kemudian, kisar bawang besar, bawang putih, halia dan bahan sangai tadi sehingga halus.
3. Selepas itu, masukkan sedikit cili kisar dan tumis sehingga garing.
4. Masukkan pula air asam jawa , gula, garam dan perasa.
5. Masukkan juga serai yang telah diketuk.
6. Akhir sekali, masukkan kicap dan ayam yang telah digoreng tadi.
7. Taburkan hirisan bawang, cili padi dan daun sup.
8. Boleh juga masukkan juga bawang goreng. Baru lebih umph rasanya.

Ads

Siap!

Resipi AYAM DENDENG PEDAS Mudah, Sedap Menyelerakan Campak-Campak Style!

Ads

Tip Ekstra!

  • Pastikan ayam digoreng dulu separuh masak supaya rasanya ‘juicy’, kalau goreng garing nanti liat dan keras.

Resipi AYAM DENDENG PEDAS Mudah, Sedap Menyelerakan Campak-Campak Style!

Selamat Mencuba!

Sumber& foto: Nizawatimusa Niza

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Mi Jawa Homemade Paling Padu, Kuah Pekat Manis Pedas Memang Sedap!

Resipi Mi Jawa homemade yang sedap dengan kuah pekat dari keledek dan udang kering. Cara masak mudah, sesuai untuk hidangan keluarga.