Bila menyebut menu Daging Salai Masak Lemak, memang orang negeri Sembilan handal menyediakan. Cukup rasa , memang terliur nak mencuba, lagi- lagi di bulan Ramadan ini. Memang kecur liur dibuatnya. Aroma santan dan daging salai berpadu memang buat bertambah makan. Menyediakan masak lemak yang sedap, kita perlu menggunakan santan segar yang pekat. Barulah sedap, lemak dan kuahnya pekat dan cantik.
Dalam Rasa Nostalgia Ramadan Episod 2 ini, kita tengok gelagat Ara Johari memasak Daging Salai Masak Lemak buat tetamunya, Waris. Keduanya orang Nogori, memang kecoh dibuatnya dengan loghat mereka.
Tidak lengkap berbuka tanpa pemanis mulut. Kelopong satu menu nostalgia yang disediakan oleh Ara dibantu Waris dan rakan-rakannya. Bila makan rasa feel sebab gula pecah dimulut, memang nikmat. Bolehlah buat untuk menu berbuka nanti.
DAGING SALAI MASAK LEMAK
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging salai
*10-15 cili api -ditumbuk lumat
*1 ketul kunyit hidup -ditumbuk lumat
1 biji kelapa parut – perah ambil santan
1 gelas air
Sedikit serbuk kunyit
Secubit garam
Asam keping
CARA MEMASAK:
1Bersihkan daging dan potong nipis.
2.Bahan bertanda (*) ditumbuk lumat.
3.Dalam periuk/kuali masukkan daging salai, cili api bersama sedikit air, rebus seketik
4.Agak-agak daging empuk, masukkan santan dan biarkan mendidih api perlahan.
5.Masukkan air. Untuk dapatkan warna kuning yang menarik tambah sedikit serbuk kunyit. Sentiasa dikacau supaya kuah cantik. Jangan sehingga kuah pecah minyak.
6.Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
7.Apabila masak tutup api, sedia dihidang.
KELOPONG GULA ANAU
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 biji kelapa parut (nak bahagian putih sahaja)
2 keping gula anau (dipotong dadu)
Sedikit garam
Sedikit air (jika perlu)
Sedikit pewarna hijau
Cara memasak:
- Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air, masukkan pewarna hijau (kalau nak wangi guna air daun pandan yang dikisar dan tapis airnya).
- Bila dah gaul sebati, ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya dan leperkan. Letak gula anau dan gentel menjadi bulat..
- Jerang air dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan gaul kuih tadi dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam tadi.
- Siap hidangan berbuka puasa nanti.
Minuman Segar, Tulen Dan Bersih Terus Dari LG PuriCare™
Setelah seharian berpuasa, tekak yang dahaga memang tak sabar untuk minum air sepuasnya kala berbuka.
Untunglah ada LG PuriCare™; Penulen Air Tanpa Tangki 4-WARD yang mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan suhu air (panas, sejuk dan bilik) yang membekalkan air jernih dan bersih sedia untuk nikmati.
Jadi kalau sedang makan tu, tergigit cili atau gulai terlalu pedas, jus yang dibuat pula sudah habis, apa lagi ambil sahaja terus dari Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD. Selamat untuk diminum terus. Muncung Auto bergerak atas dan bawah juga dapat memutar kiri dan kanan, memudahkan kita mengambil air dengan mudah. Nikmati air bersih dan segar serta merta pada isipadu air pilihan anda iaitu 120ml, 500ml dan 1000ml hanya dengan satu butang.
Lepas makan nak buat air panas, mudah sangat, tekan pilihan air panas. Kawalan air panas memberikan anda pilihan suhu 40°C, 75°C & 85°C hanya di hujung jari sahaja.
Ternyata Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD memberikan banyak kelebihan dan keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan.
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI