Ramai yang kata mereka kesal dengan tindakan pasangan suami isteri yang memadam semua 98 video masak di chanel Sugu Pavithra. Ada yang berasa sedih sebab tak sempat lagi ikut resipi yang dikongsikan oleh Sugu dan Pavithra.

Namun, berita yang diperoleh melalui BERNAMA ini amat menggembirakan kerana chanel itu bakal ‘bernyawa’ kembali.

Ads

Akui Hilang Pendapatan Lumayan, Chanel Sugu Pavithra Bakal Beraksi Petang Ini

Foto: BERNAMA

Melalui laporan BERNAMA, M Sugu, 29, memaklumkan video baharu akan dimuat naik di YouTube ‘Sugu Pavithra’ pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.

“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah),” katanya ketika dihubungi di BERNAMA di Ipoh, hari ini.

AKUI HILANG PUNCA PENDAPATAN LUMAYAN

Ads

Akui Hilang Pendapatan Lumayan, Chanel Sugu Pavithra Bakal Beraksi Petang Ini

Pavithra ketika menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri Malaysia.

Ads

Bercerita lanjut kepada BERNAMA, Sugu mengaku hilang punca pendapatan daripada YouTube selepas memadam semua video masak yang telah dimuat naik sejak Januari lalu. Tapi dia tidak kesal kerana merasakan masih ada kudrat untuk bekerja.

“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.

Sumber: BERNAMA

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI