Makanan

Tip Sukatan Air AGAR-AGAR Tali, Nak Keras, Lembik, Sedang Elok, Penting Tak Lari Formula Ini

Share

Tip Sukatan Air AGAR-AGAR Tali, Nak Keras, Lembik, Sedang Elok, Penting Tak Lari Formula Ini. Jika suka buat agar-agar kena tahu sukatan cawan air dan formula yang betul. Barulah ia menjadi ikut citarasa yang diinginkan sama ada keras, sedang elok atau lembik. Lagi-lagi jika guna agar-agar jenis tali dan nak buat adunan yang sedikit, kena tahu caranya.

Agar-agar sesuai dijadikan manisan untuk majlis kenduri, tetamu datang ke rumah, majlis potluck raya sekolah anak mahupun dihidangkan buat keluarga.

Boleh rujuk tip sukatan agar-agar yang dikongsikan oleh Puan Nik Aina ni.

“Pernah tak buat agar-agar terkeras, kejong sungguh? Bila masak semula tambah air, terlembik sangat pulak? Pening nak ejas. Agar-agar dalam gambar ni contoh je. Tak mesti kena guna jenama ni. Boleh guna jenama lain jugak. Yang penting berat dan sukatannya”

Ni saya nak share tip sukatan agar-agar.Ni cara saya la. Untuk orang yang baru berjinak-jinak. Yang dah power-power tu mungkin ada formula sendiri.

Agar-agar tali 20 gram = 7 cawan cecair = keras sikit
Agar-agar tali 20 gram = 8 cawan cecair = sedang elok
Agar-agar tali 20 gram = 9 cawan cecair = lembik sikit

Saiz cawan ni saiz cawan standard. Cawan kopi tu, yang bertangkai tu. Jangan guna mug, tin susu, cawan materik, gelas, kole atau cawan sukat beras. Cawan standard sahaja ye.

Cecair tu pulak adalah sama ada terdiri dari air/santan/susu cair/susu segar.Gula tak masuk dalam kuantiti cecair ye.

Kejadian agar-agar tu ikut suka nak keras ke lembik ke sedang.Yang penting tak lari dari formula ni. 7 cawan (keras sikit), 8 cawan (sedang elok), 9 cawan (lembik sikit).

Sukatan Agar-Agar Untuk 1 Acuan Puding Saiz Kecil

Pastu kalau rakyat tak ramai macam saya ni, 2 dewasa + 3 kanak-kanak je, yang tak gemar makan berulang, cukup masak agar-agar untuk sukatan 1 acuan puding tu je, yang bunga-bunga tu.. size yang kecil. Ngam untuk sekali makan.

Sukatan agar-agar Untuk 1 acuan puding saiz kecil tu cuma guna 1/4 dari agar-agar tali tu. Camne nak dapat 1/4 bahagian tu?

Caranya :- Bayangkan 1 pack agar-agar tali 20 gram tu, dibahagi kepada 4 bahagian. Amik 1 bahagian je untuk sekali masak. Pastu campur dengan 2 cawan air/cecair/santan/susu cair. Tapi Jika suka nak keras sikit kurangkan secawan.Dan kalau suka lembik sikit, lebihkan secawan.

Cara Buat Agar-Agar Tali Taufu Fah

Dah alang-alang sebut pasal agar-agar ni, saya nak share sekali sukatan agar-agar untuk buat taufu fah. Nak buat taufu fa guna agar-agar tali lain pulak sukatannya ye.

4 gram agar-agar tali = 1 liter air soya kotak/perah sendiri + 1 cawan air. 

Camne nak dapat 4 gram dari 20 gram?

Sama je kaedah tadi tu, bayangkan 1 pack agar-agar tali 20gram tu ada 4 bahagian. Guna 1 bahagian je. Setiap bahagian ada 5 gram. 5 gram x 4 = 20 gram

Tapi 1 bahagian tu tinggalkan sikit. Jangan habis gunakan semua. Nanti tak dapat taufufa selembut taufufa yang jual kat pasar malam tu.

Dan

Biasanya air susu soya dalam kotak besar tu kandungannya adalah sebanyak 2 liter. Jadi gunakan agar-agar tali tu cuma 2 bahagian je la (8 gram). Bersama 2 cawan air.
8 gram agar-agar tali + 2 liter air soya + 2 cawan air = taufu fah

Contoh lain: 20 gram agar-agar tali + 5 liter air soya + 5 cawan air = taufu fah

Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.

RASA: Jadi buat yang suka buat agar-agar boleh ikut formula dan tip yang dikongsikan ini/ Boleh ubah ikut citarasa sendiri, suka keras, lembik atau sedang elok bergantung pada sukatan cawan yang digunakan.

Sumber: Nik Aina

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Published by
Suhaidah Abd Wahab