Tahun lepas, team Majalah RASA dan krew produksi bekerjasama dengan Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey. Beliau adalah salah seorang daripada artis yang terlibat dalam program RASA Nostalgia Ramadan. Program itu menampilkan Chef Wan sebagai hos.

Pagi ini seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita yang sangat tidak disangka-sangka. Abam dilaporkan meninggal dunia melalui instagram rakan sekumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad. Pengumuman itu turut kami rasai kerana Abam turut menjadi salah seorang selebriti dalam program yang RASA pernah terbitkan.

KENANGAN BERSAMA ABAM

Abam Sporting & Kelakar Di Set Penggambaran, Takziah Untuk Seluruh Keluarga Beliau

Sewaktu penggambaran rancangan RASA Nostalgia Ramadan tahun lepas, Abam memang sangat sporting. Set penggambaran tak sunyi daripada gelak ketawa kerana beliau sangat kelakar. Masakan Chef Wan memang sangat kena dengan seleranya. Nampak berselera sungguh Abam menikmati dua hidangan yang dimasak iaitu mi rebus dan kek epal.

IKLAN

Abam hadir tepat pada masa yang dijanjikan. Ketika di set penggambaran, Abam bercerita mengenai kegembiraannya bakal menimang cahayamata. Masa tu, isteri Abam sedang mengandung anak sulung mereka. Terpancar keceriaan pada wajah Abam sebab tak lama lagi nak jadi ayah.

Abam Sporting & Kelakar Di Set Penggambaran, Takziah Untuk Seluruh Keluarga Beliau

IKLAN

 

Abam turut menjadi salah seorang selebriti untuk rancangan RASA Anak Emak, Anak Bapak.

IKLAN

Menurut Biro Khairat Kematian Masjid Gombak Utara, jenazah akan dimandikan di rumah dan akan dibawa ke masjid tersebut untuk disolatkan selepas solat Asar. Arwah berumur 32 tahun. Pemergian beliau meninggalkan isteri yang dikahwini pada 2017 lalu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 5 bulan.

Abam Sporting & Kelakar Di Set Penggambaran, Takziah Untuk Seluruh Keluarga Beliau

 

Salam takziah daripada kami seluruh tenaga kerja di majalah RASA. Al-Fatihah.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI