Sekali Cuba Mesti Nak Lagi! Ayam Cincang Goreng Berempah Memang Sedap
Ads
Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari nanti? Cuba resipi Ayam Cincang Goreng Berempah ni. Sedap weh… Aroma rempah yang wangi, rasa yang cukup padu, bila makan gigit biji rempah garing tu, fuhhh…nikmat! Rugi kalau tak cuba. Jom lihat cara-cara memasaknya!
AYAM CINCANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam bertulang – potong kecil
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
4 batang serai
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #resipi #dapurrasa #ingatmakaningatrasa #ayamcincanggorengberempah
