Tak Payah Beli Di Kedai! Yong Tau Foo Homemade Stail Hakka Ni Memang Sedap
Ads
Peminat Yong Tau Foo, korang kena cuba versi Hakka ni. Mudah je rupanya nak buat. Selama ni kita asyik duk beli dekat kedai je. Lagi best bila buat sendiri ni, lebih jimat dan kebersihan pun terjaga. Bolehlah masak untuk keluarga di hari cuti nanti. Selamat mencuba!
YONG TAU FOO STAIL HAKKA
BAHAN PES IKAN:
- 500gm isi ikan kembung
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- 2 sudu kecil kicap cair
- Sedikit gula
BAHAN YONG TAU FOO
- Tauhu pok
- Tauhu – potong 2
- Bendi – belah tengah & buang biji
- Cili merah – belah tengah & buang biji
- Terung – potong dalam 2 cm & belah tengah
- Peria – potong bulat & buang biji
- Air campuran garam
BAHAN SOS TAUCU
- 2 ulas bawang putih – diketuk
- 1 sudu besar taucu
- 1 sudu besar sos tiram
- 5 sudu besar kicap manis
- Minyak bijan (jika suka)
- 1 sudu besar tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
- Sedikit gula
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #yongtaufoostailhakka
