Bosan Bihun Goreng Biasa? Cuba Versi Telur Masin Ni, Memang Padu!
Nak makan bihun tapi dah bosan dengan versi biasa? Cuba Bihun Goreng Telur Masin pula! Rasa masin lemak telur masin buat rasanya jadi lebih enak. Simple je nak buat. Anak-anak pasti seronok bawa bekal ke sekolah.
BIHUN GORENG TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
200gm bihun – rendam hingga lembut & toskan
3 biji kuning telur masin – kukus/rebus & lenyek
100gm isi ayam – potong kecil
1 biji telur
2 ulas bawang putih – cincang
1/2 biji bawang Holland – hiris
1/2 cawan sayur campur
1 pokok sawi – potong kecil
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap cair
½ sudu teh gula
2 sudu makan mentega
Sedikit air jika perlu
CARA MEMASAK:
1.Panaskan mentega. Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi. Masukkan ayam dan masak hingga sempurna.
2.Ketepikan bahan ke tepi kuali. Pecahkan telur dan kacau hingga menjadi telur hancur.
3.Masukkan kuning telur masin yang telah dilenyek. Kacau dengan api kecil hingga berbuih dan sebati dengan bahan tumisan.
4.Masukkan sayur campur. Kacau seketika. Tambahkan sos tiram, kicap cair dan gula.
5.Masukkan bihun. Gaul perlahan-lahan hingga bihun bersalut rata dengan telur masin. Jika terlalu kering, renjis sedikit air.
6.Goreng 2-3 minit lagi hingga bihun lembut dan semua bahan sebati. Siap!
#resepi #resipi #recipe #majalahrasa #rasashare #ingatmakaningatrasa
