Bosan Makan Roti Biasa? Buat Mufin Roti Telur Ni, Mudah & Sedap!

Ads

Nak idea sarapan atau bekal yang mudah? Cuba Mufin Roti Telur ni! Roti tortilla digandingkan dengan telur, keju, bayam dan chicken slice, kemudian dibakar sampai keperangan. Mudah nak buat, sedap dan mengenyangkan. Simpan resipi ni untuk menu sarapan atau bekal nanti. Selamat mencuba!

Mufin Roti Telur

BAHAN-BAHAN:
6 keping roti tortilla
2 biji telur
1 cawan susu
Keju kaşar parut (boleh guna keju cheddar atau mozzarella)
Daun bayam
Garam secukup rasa
Chicken slice secukupnya
Sedikit mentega atau minyak masak

CARA MEMASAK:
1.Susun 3 keping roti tortilla bertindih, kemudian gulung.
2.Potong gulungan mengikut saiz lubang acuan mufin. Pastikan acuan disapu minyak.
3.Masukkan potongan roti tortilla ke dalam setiap lubang acuan mufin yang telah disapu sedikit minyak.
4.Selitkan hirisan sosej di celah-celah lavash.
5.Dalam mangkuk, campurkan susu, telur, daun bayam cincang, keju parut dan garam. Kacau hingga sebati.
6.Tuangkan campuran telur tadi ke atas roti di dalam acuan.
7.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 15 minit atau hingga masak dan keperangan.

#MajalahRASA #MufinRotiTelur #IdeaSarapan #IdeaBekal #ResipiTelur #ResipiMudah #MenuSarapan

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads