Resipi Nasi Dalca Penang Yang Ramai Cari, Harum Rempah & Cukup Menyelerakan

Ads

Kalau jalan-jalan cari makan di Penang, Nasi Dalca memang antara hidangan yang rugi kalau tak cuba! Makan pula dengan Ayam Bawang dan Acar, sangat sedap! Kalau dah lama teringin, tak perlu tunggu pergi Penang. Jom cuba buat sendiri di rumah ikut resipi ni. Makan panas-panas, memang puas hati!

NASI DALCA PENANG

BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi – dicuci dan ditoskan. Rendam 30 minit
1 cawan kacang dhal – rendam minimum 1 jam
1 biji bawang holland – potong dadu
4 ulas bawang putih – cincang kasar
Rempah 3 sekawan: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
3 helai daun bay
1 biji tomato – potong dadu
1/4 cawan daun ketumbar – hiris halus
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 batang lobak merah – potong dadu
2 1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ayam

BAHAN TABUR:
Kismis
Daun ketumbar
Bawang goreng

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #nasidalcapenang #ResipiTradisional #MakananMalaysia

Ads

Video Menarik

Video Seterusnya

Ads