Simple Je Bahannya, Tapi Resipi Kari Telur Kentang Ni Memang Sedap Luar Biasa!
Kari Telur Kentang ni memang sedap. Kuah pekat berempah meresap ke dalam telur rebus serta kentang yang empuk, memang cukup membuka selera. Makan pula dengan nasi putih panas dan papadom, memang susah nak berhenti tambah. Jom cuba!
KARI TELUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
7 biji telur ayam – rebus
3 biji ubi kentang – kupas, belah 4, bilas & toskan
5 tangkai daun kari – dibuang batang & cuci
1 kiub pati ayam
1 cawan minyak masak
5 sudu makan serbuk kari ayam
2 keping kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 keping asam gelugur
300ml santan
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit air
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #karitelurkentang #ResipiTradisional #MakananMalaysia
