Sup Labu Berkrim Paling Senang, Rasa Macam Makan Kat Cafe
Ads
Labu dekat rumah tu jangan simpan lama-lama. Apa kata cuba Sup Labu Berkrim yang pekat, lemak dan manis semula jadi ni. Lagi sedap bila makan panas-panas dengan roti bawang putih rangup.
SUP LABU BERKRIM
Bahan-bahan:
500gm labu | dikupas & dipotong kiub
1 biji bawang holland
2 ulas bawang putih
300ml stok ayam
80ml krim masakan
1 sudu besar mentega
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil lada hitam kisar
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #suplabuberkrim #minitekspress #ingatmakaningatrasa
