Cara Masak Nasi Beriani Udang Paling Mudah & Lagi Sedap Daripada Kedai
Kalau dah bosan dengan nasi putih, apa kata masak Nasi Beriani Udang pula. Nasi berderai dan wangi, isi udang pun manis, uihhh…memang sangat sedap. Masak guna rice cooker je. Sekejap je dah siap. Jom cuba puan-puan. Gerenti puas hati.
NASI BERIANI UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras basmathi – dibersih dan rendam 30 minit
5 ulas bawang merah kecil – mayang halus
3 ulas bawang putih – mayang halus
1 inci halia – mayang halus
1 batang serai – dititik
2 helai daun bay
5 biji cili padi
500gm udang besar – dibuang kulit
2 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan minyak sapi
2 sudu makan minyak masak
Rempah 4 sekawan
Kismis dan kacang gajus secukupnya
Garam secukup rasa
2 ½ cawan air – untuk masak nasi
Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #nasiberianiudang #ResipiTradisional #MakananMalaysia
