8 Makanan Panjang Tempoh Luput & Boleh DiSimpan Lama.

Share

Bila disebut makanan yang tahan lama dan panjang tarikh luputnya, pasti yang menjangkakan makanan dalam tin. Mungkin juga buah-buahan atau hidupan laut kering. Tetapi sebenarnya ada lagi makanan-makanan lain yang mampu mengekalkan khasiat walaupun kita telah lama menyimpannya. Antaranya adalah :

1. BERAS PUTIH



Foto : www.deliaonline.com

Kajian menunjukkan beras putih (yang sudah digilap/‘polished’) masih mengekalkan kandungan nutrisi dan rasa selama 30 tahun jika disimpan di dalam bekas kedap udara dengan suhu di bawah 40 darjah Fahrenheit. Bagaimanapun, beras perang pula hanya bertahan hingga enam bulan sahaja kerana minyak asli yang didapati dalam lapisan ‘bran’nya (kulit biji)

2. MADU



Foto : cox's honey.com

Madu memang dikenali sebagai makanan yang panjang hayatnya. Itulah keajaiban kimia yang dicipta hasil kegigihan lebah. Nektar dari bunga yang bercampur dengan enzim di dalam perut lebah menghuraikan kandungan nektar membentuk gula yang disimpan dalam sarangnya.

Cirinya yang tinggi asid dan rendah lembapan melindungi daripada pembentukan bakteria. Madu yang disimpan dan ditutup secara betul dalam bekas yang tidak boleh menyerap lembapan di udara akan menyebabkan ia kekal khasiat dan rasanya. Percaya tak bekas madu yang pernah ditemui dipercayai berusia 5500 tahun! Dan madunya masih elok!

3. GARAM



Foto : medicalnewstoday.com

Garam atau sodium klorida adalah bahan mineral semulajadi dari bumi. Jadi bukan mengejutkan jika ia termasuk dalam senarai lama tarikh luput. Sudah berkurun ia menjadi bahan untuk mengawet makanan lain dan juga tubuh manusia kerana ia mampu membuang lembapan. Tetapi garam dalam almari anda, tidak kekal hayatnya. Jika garam anda jenis garam ‘iodized’, ia hanya mampu bertahan selama lima tahun. Kandungan iodine memendekkan jangka luputnya.

4. KICAP SOYA



Foto : epicurious.com

Tempoh luput bergantung juga kepada jenis dan pengawet yang ada dalam jenama kicap. Kicap diketahui antara makanan yang panjang jangka hayatnya. Walau pun telah dibuka, ia masih boleh bertahan lama di dalam peti sejuk.

5. GULA



Foto : frucey.com

Serbuk gula dan gula halus perlu disimpan dalam bekas kedap udara. Tempoh luputnya bergantung kepada cara anda menyimpan gula. Selagi ia tidak terdedah pada lembapan, ia boleh lagi digunakan selagi rupanya masih elok.

6. KEKACANG KERING



Foto : www.goodhousekeeping.co.uk

Kajian dari Brigham Young University menemui bahawa selepas 30 tahun kualiti kacang kering menurun tetapi semua sampel kacang masih boleh dimakan. Kandungan proteinnya masih kekal.

7. SIRAP MAPLE ASLI/SEMULAJADI



Foto : www.finecooking.com

Kajian dari Utah State Universiti mendapati sirap maple asli juga mempunyai jangka hayat yang lama bersama dengan madu. Bagaimanapun jika ada kulat terbentuk di atasnya, anda hanya perlu didih sebentar, bersihkan permukaan, masukkan dalam bekas bersih kemudian simpanlah di dalam peti sejuk.

8. SUSU TEPUNG



Foto : www.birkamidon.com

Rasanya mungkin tidak begitu sedap, tetapi yang pasti tempoh luputnya jauh lebih lama daripada susu segar. Lagi pula susu tepung lebih mudah disimpan berbanding susu segar yang tahan cuma beberapa hari . Mungkin inilah puncanya mengapa susu tepung dicipta!

Rujukan: mentalfloss.com oleh Andrew Lasane

IKLAN