Nak sembuhkan luka cepat, biasanya dikaitkan dengan vitamin C. Tetapi sebenarnya makanan yang tinggi kandungan proteinnya juga memberikan khasiat yang diperlukan untuk proses penyembuhan luka.
Kredit foto : cookinglight.com
Anda kena percaya nih sebenarnya apa yang anda makan, boleh menentukan cepat atau lambat tubuh anda sembuh. Makanan yang tinggi kandungan protein ada kebaikan jangka panjang kepada tubuh kerana setiap sel di dalam tubuh mengandungi protein.
Jadi , pilihlah makanan kaya protein untuk bantu sembuhkan luka…
1. KEKACANG
Kredit foto : healthline.com
Kekacang (legumes) memang sumber terbaik kaya protein. Anda boleh masukkan kacang merah, dhal, kacang pis ke dalam diet anda. Campurkan ke dalam nasi goreng dan pasta atau lauk .
2. KACANG
IKLAN
Kacang seperti kacang tanah, gajus, badam juga adalah sumber hebat dalam membekalkan protein dalam tubuh. Kudapan enak yang menceriakan ini boleh meningkatkan proses penyembuhan luka. Tabiat memakan kacang ni baik untuk kesihatan daripada anda memilih kudapan yang memudararkan seperti kentang goreng atau makanan ringan lain (jajan).
3. TELUR
IKLAN
Kredit Foto : medicalnewstoday.com
Telur boleh sahaja diadunkan ke dalam pelbagai jenis hidangan makanan. Telur adalah efektif untuk menghimpun kandungan makanan yang kaya protein. Pun begitu kena jangan berlebihan sebab kuning telur juga tinggi kolestrol. Jadi bersederhanalah lebih lagi jika anda ada masalah isu kesihatan jantung.
4. AYAM
Kredit foto : seriouseats.com
Ayam adalah salah satu sumber daging yang sihat dan kaya protein. Ia juga mudah dipelbagaikan dalam hidang. Beli ayam tanpa tulang seperti bahagian dada dan pangganglah ke dalam ketuhar, dah pun siap sajian tinggi protein anda.
IKLAN
5. SUSU
Kredit Foto : mim.co.uk
Susu adalah cara terbaik menguatkkan tubuh. Jika tubuh anda alah kepada laktos, atau anda tak suka minum susu lembu ada pilihan susu lain yang kaya protein seperti susu badam, susu soya. Jadikan susu sebagai rutin minuman harian anda.
6. SUPLIMEN PROTEIN
Kredit foto : mensjournal.com
Jika anda alah atau tidak suka makanan dalam senarai di atas, anda boleh aje memasukkan suplimen protein (makanan tambahan/kesihatan) di dalam diet pemakanan. Terdapat pelbagai suplimen (makanan kesihatan) yang boleh membantu proses menyembuhkan luka.
Di antaranya adalah protein ‘whey’ (larutan cecair/air bila susu sudah berketul), protein soya dan protein berasaskan tumbuh-tumbuhan (dalam bentuk serbuk). Ambil secawan air atau susu dan kisarkan bersama sesudu dua serbuk suplimen kesihatan itu.
Sebelum ni rakyat Malaysia tidak pernah bising dengan harga minyak masak kerana kerajaan memberikan subsidi untuk minyak masak sehingga 2 billion setahun. lesap dalam pasaran tempatan. Kini harga minyak masak naik dari harga biasa disebabkan subsidi minyak dikurangkan.
Jadi apa yang penting bagi pemakai seperti kita ialah bagaimana kita boleh menjimatkan pemakaian minyak masak sehari-harian tanpa perlu lagi membazir sekaligus menyihatkan? Wajib ambil tahu tau…
CARA-CARA MENGORENG (DEEP FRYING) DENGAN BETUL.
Semasa goreng tentukan sentiasa suhu minyak dikekalkan kepada 180-190 darjah C. Semasa goreng ayam atau ikan yang bersalut tepung (bater) dimasukkan dalam minyak yang panas yang bersesuaian, suhu yang panas bersesuaian akan cepat membentukan perisai (shield) untuk minyak tidak dapat menyerap ke dalam bahan gorengan yang masih sejuk dan hasil gorengan tidak terlampau berminyak.
Isi ayam atau ikan digoreng akan masak melalui cara tidak langsung dari haba minyak tetapipengaliran haba perisai tepung dan bahan di goreng. Dengan ini juga pembaziran minyak boleh jimatkan.
Sekiranya minyak tidak cukup panas. Perisai tepung tidak akan terbentuk maka minyak akan sampai kepada isi ayam atau ikan sebelum lapisan tepung cukup masak (garing) untuk jadikan lapisan yang perisai. Hasil masakan seperti ini terlalu berminyak.
Sekiranya anda goreng menggunakan habuk roti (bread crumb) celupkan bahan goreng (ayam) itu didalam telur yang di pukul ringan dan gulingkan ke dalam habuk roti (bread crumb) yang telah ditambah garam dan lada (seasoned). Biarkan selama 15-20 mint sebelum mengoreng untuk ia menjadi kering dan bread crumbs melekat pada bahan goreng.
Untuk gorengan ayam atau ikan tidak boleh gunakan garam semasa goreng. Garam akan menyebabkan wap air wujud dipermukaan bahan gorengan dan menyebabkan gorengan anda meletup. Garam halus boleh taburkan sedikit semasa hidangan telah goreng (tapi payah stail kita). Goreng Ikan keli perlu awas!. Ada yang jadi buta kerana goreng ikan keli ini.
Sekiranya ingin goreng Fries kentang (French Fries), goreng terus dari keluarkan dari peti sejuk (masih keras lagi). Ini akan mengurangkan penyerapan minyak dan French Fries menjadi rangup.
Elakan gorengan yang terlalu banyak dalam satu masa. Ini akan menyebabkan suhu minyak akan menurun mendadak.
Sekiranya minyak terlalu panas tambahkan minyak yang baru untuk mengawal suhu minyak.
Keperluan sukatan minyak untuk gorengan ialah 1 isi padu bahan gorengan bersamaan dengan 6 isipadu minyak. 1:6.
Minyak sebelum gorengan perlu dipanaskan dahulu sebelum gorengan dilakukan dengan 7-8 darjah C lebih rendah dari suhu gorengan yang dikehendaki.
TANDA-TANDA MINYAK TERPAKAI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
Minyak bertukar warna menjadi kehitaman.
Kepekatan minyak bertambah dari biasa.
Minyak terpakai yang disimpan mendapati terdapat bendasing yang terapung atau membentuk lapisan di permukaan minyak.
Apabila minyak gorengan telah mengelurkan asap atau minyak yang telah terbakar.
Sekiranya minyak berbau yang tidak menyenangkan atau masih berbau dari bahan gorengan yang lepas.
CARA MEMANJANGKAN HAYAT MINYAK MASAK:
Hayat minyak masak terpakai akan menjadi pendek bila anda suka memansakan minyak untuk masa yang panjang. Apabila anda mula goreng jangan biarkan minyak itu panas tanpa bahan gorengan. Masa selingan gorengan perlu cepat dan jangan biarkan minyak panas terlalu lama tanpa gorengan. Selesai gorengan cepat padamkan apai dapur dan sejukan minyak.
Dapatkan jangka suhu untuk Deep Fry. Jangka suhu ini akan banyak membantu anda semasa gorengan dan menjimatkan masa gorengan dan kegunaan minyak.
Semasa gorengan dikeluarkan untuk masukkan kembali bahan gorengan, pastikan tapis minyak gorenag terdahulu dengan menggunakan penapis tangan yang mudah. Ia tidak mahal tetapi akan menjadikan minyak gorengan anda sentiasa bersih.
Apabila minyak masak telah sejuk dan selamat untuk ditapis, tapiskan minyak telah gunakan dengan penapis kantung teh atau kain nipis. Anda juga boleh dapat kertas turap yang berkon untuk tujuan ini. Jangan masukan dalam minyak baru.
Gunakan kembali bekas minyak dan tuangkan minyak terpakai kedalam. Tentukan ia ditutup rapat dan kalu boleh simpan di peti sejuk anda sebelum digunakan. Ia menjadi beku tidak mengapa. Apa di keluarkan dan dibiarkan dalam udara biasa ia akan cair cepat.
Anda suka makan makanan pedas kerana merasa lebih nikmat ketika makan? Tapi bagaimana dengan orang yang tidak tahan dengan pedas. Sebenarnya jika rasa pedas menyerang, kita sering mengulangi kesilapan yang sama dengan meminum air tetapi rasa pedas hanya hilang sekejap sahaja. Ini kerana dengan meminum air akan mempercepatkan lagi rasa pedas merebak di dalam mulut anda. Jadi jangan minum air untuk menghentikan rasa pedas dalam mulut anda sebaliknya pilih 7 bahan di bawah ini untuk meredakannnya.
1. Produk Tenusu
Minum segelas susu atau yogurt untuk menghilangkan rasa pedas adalah pilihan yang terbaik. Di dalam susu terkandungi protien yang akan menghilangkan capsaicin dan mengurangkan haba pedas. Coklat susu juga boleh menghilangkan rasa pijar.
2. Minyak Zaitun
Dengan mengambil beberapa sudu minyak zaintun akan mencuci rasa haba pedas di lidah anda. Minayk zaitun mempunyai lemak yang dapat menyejukkan dari haba pedas.
3. Satu Sudu Gula
Manis dari gula sebenarnya akan meneutralkan haba dari makanan pedas yang dimakan. Gula akan menyerap minyak pedas dan ia akan menghasilkan rasa yang berbeza.
4. Manis Madu
Selain banyak khasiat, rasa manis semulajadi madu juga akan meredakan haba pedas pada lidah.
5. Mentega Kacang
kredit: flickr
Selalunya mentega kacang kita akan sapukan pada roti. Rupanya mentega kacang mengandungi kandungan lemak yang akan membantu meneutralkan rasa pedas. Jadi makan satu sudu mentega kacang untuk mengurangkan rasa pedas. Tetapi bagi sesiapa yang memiliki alergi pada kacang tidak boleh mengamalkannya.
6. Makanan Berkanji
kredit: flickr
Nasi dan roti adalah makanan asas bagi masyarakat kita. Nasi dan roti tidak akan meneutralkan rasa pedas tapi akan mengurangkan kesan haba pedas pada lidah. Dengan meresap haba pedas dan menghentikan rasa tidak enak di lidah.
7. Jus Lemon
kredit: pixabay
Selain sedap diminum air lemon ia juga boleh meredakan rasa pedas pada lidah. Rasa pedas boleh di neutralkan dengan makanan yang berakali antaranya lemon. Selain lemon anda boleh memakan nanas dan tomato.
Jadi bila anda hendak makan makanan pedas sila pastikan salah satu remedi ini tersedia di samping anda. Ingat jangan terlebih makan makanan pedas kerana ia juga boleh memudaratkan kesihatan iatu berisiko mendapat penyakit buasir dan kanser kolon.
Nak bersihkan oven / ketuhar tapi kesan kotoran susah tanggal? Maklumlah, jika selalu guna untuk masak macam-macam makanan, pasti akan kotor. Jika dibiarkan, memang susah nak tanggal kesan makanan yang terpercik tu. Namun ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan oven tanpa guna banyak tenaga.
Petua yang dikongsi oleh Chef Asma ni memang mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur sahaja. Jom cuba. Pasti ketuhar anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.
PETUA BERSIHKAN KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air – lebih pun boleh
2 cawan cuka
1 cawan baking soda @ soda bikarbonat
Kain buruk
Botol spray
Mangkuk
Berus dawai periuk kasar
CARA-CARA:
Keluarkan semua perkakasan dalam ketuhar anda ( redai, tray dan sebagainya).
Campurkan baking soda, air dan cuka kedalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran tu kepada cecair@ pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor.( masa tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih.)
Sapukan cecair @ pes tadi pada permukaan kotor dalam ketuhar. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.
Biarkan selama 12 jam. Kena ikut supaya hasilnya menjadi seperti yang diingini.
Cukup 12 jam @ semalaman, ambik kain buruk @ berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada ketuhar.
Lap permukaan ketuhar hingga bersih. Kemudian bilas dengan sabun pencuci pinggan & spray dengan air bersih.
Kemudian lap dengan kain hingga betul-betul bersih. Hasilnya, ketuhar anda pasti berkilat.
CARA CUCI PERMUKAAN KACA (PINTU) KETUHAR
foto: http://stokkeland.info
Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda.
Sapu pes pada kaca ketuhar dan biar selama 30 minit.
Guna kain buruk untuk lap danbilas dengan air bersih. Pastikan anda lap hingga kering.
PERINGATAN:
JANGANswitch on ketuhar jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh on.
Pastikan bahagian dalam ketuhar juga benar-benar kering sebelum digunakan. Jika tidak ia boleh menyebabkan ketuhar berasap dan jika nasib tidak baik, cermin juga akan pecah.
Jangan simbah air pada kipas ketuhar. Cukuplah sekadar lap hingga bersih.
TIP DARI CHEF
foto: Chef Asma Nordin
foto: Chef Asma Nordin
Cecair bancuhan baking soda tadi juga boleh digunakan untuk rendam acuan biskut, tat dan kuih yang berkarat @ berminyak. Caranya ialah rendam semalaman @ berhari-hari. Kemudian gosok menggunakan span hingga kotoran hilang. Bersihkan dengan sabun cuci pinggan. Akhir sekali, bilas dengan air bersih. Hasilnya, acuan kuih akan berkilat macam baru.