Sekarang, harga buah cempedak memang mahal dan harganya lebih kurang macam durian dah. Sebiji cempedak saiz sederhana, harganya mampu mencecah RM20-Rm30. Begitu juga kalau beli yang dah siap digoreng. Ada yang jual RM1 untuk seulas. Mahal tu!
Kalau nak puas makan, kenalah seli sebiji dan goreng sediri di rumah. Tapi macam mana nak tahu cempedak yang kita pilih tu mempunyai isi manis, masak dan sedap? Yelah, kulitnya tebal. Kalau cium bau pun, belum tentu lagi isi dalamnya masak. Ha…ini ada lima panduan memilih buah cempedak yang sempurna. Anda bolehlah cuba nanti.
TIP PILIH BUAH CEMPEDAK YANG MANIS, SEDAP & SEMPURNA
1. KULIT SEMPURNA
Ads
Perkara pertama yang perlu dilihat masa pilih buah cempedak ialah keadaan kulinya. Pilih buah yang berkulit elok tanpa ada lubang atau kesan gigitan serangga atau haiwan. Ini kerana dibimbangi isi cempedak tidak elok, masam serta berulat.
2. BUAH BERWARNA KUNING
Cempedak yang masak serta matang mempunyai kulit yang berwarna kuning kehijauan. Jika warna cempedak yang dijual masih banyak hijau berbanding kuning, elakkan yang sedemikian kerana isi dalamnya pasti belum masak sempurna dan mempunyai rasa hambar. Selain warna kulit, lihat juga keadaan tangkainya. Pilih buah yang tangkainya berwarna coklat kerana ia menunjukkan buah tersebut berkualiti bagus.
3. DURI TUMPUL & MELEBAR
Ads
Masa pilih buah tu, sentuh permukaan kulit cempedak dan lihat durinya. Kalau duri cempedak tu rasa tumpul dan bentuk dia melebar, maksudnya buah tu memang dah masak. Cara ni juga anda boleh guna untuk buah nangka.
4. TEKAN KULIT
Kredit: Tribun Lampung
Selain merasa duri, anda juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan. Jika masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Sebaliknya pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.
5. BAU WANGI
Ads
Sama seperti durian, cempedak yang masak serta manis boleh dicari menerusi baunya. Kena buah yang elok, dari jauh dah boleh bau kemanisannya. Sebenarnya cempedak yang separuh matang juga mengeluarkan aroma. Cuma bezanya, cempedak yang betul-betul masak mengeluarkan bau yang sangat kuat. Oleh itu, masa pilih buah, jangan ambil yang wangi sahaja. Kena pilih yang betul-betul wangi tau. Barulah puas hati!
6. PILIH BUAH BERAT
Kredit foto: Aezach AR
Disebabkan harganya yang mahal, ramai yang memilih buah yang kecil dan sedikit ringan. Hati-hati! Kerana anda berkemungkinan beli buah yang kosong dan tidak berisi. Sebaliknya, pilihlah buah yang berat dan ada ciri-ciri seperti diatas. Barulah puas hati dengan isinya.
Buah cempedak ni beli mahal kan? Jadi, selain dimakan isinya, kulitnya jangan dibuat. Boleh buat Jeruk Kulit Cempedak atau dikenali juga sebagai mandai. Goreng dengan cili dan bawang memang sedap! Jom cuba.
Pernah tak termakan daging yang liat sampai sakit gigi dibuatnya. Bila merebus pulak aduh, lamanya kena tunggu.
Sini Min kongsikan cara mudah memotong daging yang dikongsikan oleh Mia Sowi. Setiap langkah ada di bahagian gambarnya. Cuba ya nanti…
1. 1 buku setengah daging yang sudah dibuang lemak (saiz sebesar penumbuk tangan)
2. Cantikkan? Ini hasil yang kita nak.
3. Urat daging, jalur menegak.
4. Untuk memotong daging, haruslah bertentangan dengan jalur urat tadi.
5. Ia bertujuan untuk memutuskan otot pada daging tersebut. i. daging menjadi lembut(tidak liat) ii. daging cepat empuk ketika memasak
Dah pun selesai potong daging tadi. Hmm pastikan pisau tu tajam ya, barulah kerja memotong jadi cepat, tak sampai 5 minit kalau setakat seketul daging di atas tu.
Kebanyakan makanan laut seperti udang dan sotong kecut bila dimasak. Tak berbaloi rasanya bila masak dalam kuantiti banyak tapi hasil selepas masak jadi sebaliknya. Contohnya sotong, masa beli 1 kg, nampak banyak. Tapi bila dimasak, dapat satu pinggan je. Aduhai…Namun sebenarnya ada petua yang boleh dicuba untuk elak sotong kecut semasa dimasak. Mudah je. Puan-puan boleh cuba.
PETUA ELAK SOTONG KECUT SEMASA MASAK
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong segar
1 cawan air
2 sudu makan cuka
CARA-CARA:
1. Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam bekas.
2. Tuang air dan cuka. Gaul rata. Biarkan selama 5 minit.
3. Kemudian toskan air sotong tadi.
4. Sedia untuk dimasak mengikut resipi kegemaran masing-masing. Hasilnya sotong yang dimasak akan jadi lembut, tidak terlalu kecut dan sedap.
RESIPI SOTONG SUMBAT PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
500gm sotong
20gm bawang putih | dikisar
15gm halia | dikisar
3 biji cili padi | dikisar
10gm garam
5gm serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan perasakan dengan garam serta serbuk kunyit.
Kemudian perapkan bersama bahan-bahan yang telah dikisar.
Oles sedikit minyak pada pemanggang dan panggang sotong sehingga masak.
Angkat dan bolehlah dinikmati mengikut cita rasa anda.
Berita baik untuk penggemar pisang, sekarang anda boleh beli pisang lebih kerana ada tip yang boleh dimanfaatkan agar pisang yang anda beli tahan lebih lama, tidak mudah lembik dan busuk. Bila sudah busuk terpaksa buang, sayang dan membazirkan?
Kalau anda tidak mahu membazir masa yang sama tidak mahu melepaskan peluang membeli pisang lebih bila harga murah sebaiknya, cubalah petua in
Jangan sesekali simpan pisang dalam peti sejuk. Suhu sejuk dalam peti sejuk akan menyebabkan pisang cepat lebam dan busuk
Elakkan pisang dari terkena sinaran matahari secara langsung. Sebaiknya letakkan sahaja pada suhu bilik.Pastikan pisang mendapat udara yang cukup.
Keluarkan dari plastik atau bungkusannya kerana pisang yang masih dalam bungkusan akan membuatnya cepat masak kerana gas etilen dalam pisang akan keluar dan menjadikannya cepat masak.
Jangan letakkan pisang bersama buah-buahan lain kerana sama-sama mengeluarkan gas etilen. Gas ini akan membuat pisang cepat busuk
Paling baik simpan pisang dengan cara menggantungkannya saja.
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!