5 Langkah Mudah Buang Lemak Pada Daging Paling Senang.

Share

Anda suka daging,  tapi bila memikirkan kandungan lemak pada daging menjadikan  anda terpaksa berfikir dua kali  agar tidak kerap mengambil daging.   Tapi sekarang  usah risau lagi kerana RASA akan kongsikan lima langkah mudah menghilangkan lemak pada daging.  Diharapkan dengan tip atau petua ini  dapat membantu pengemar daging  menikmati  masakan daging tanpa risau lagi.

LANGKAH 1:

Keluarkan daging dari freezer, kemudian hiris dengan lebar lebih kurang 10cm dan ketebalan tidak lebih dari 1 cm. Cuci dan tos.

LANGKAH 2:

Sediakan kuali non stick  di atas dapur, panaskan tanpa minyak  lebih kurang lima minit  dengan  api sederhana.

LANGKAH 3:

Panggang  atau masak daging lebih kurang 10 -12 minit. Setelah daging masak atau berubah dari warna merah kepada keperangan. Tutup api dapur.

 

LANGKAH 4:

Letakkan  daging di dalam pinggan yang dialas dengan  beberapa helai tisu dapur, kemudian balik-balikkan daging di atas tisu tersebut supaya air daging mengandungi lemak diserap oleh tisu dapur.

LANGKAH 5 :

Apabila daging bebas dari lemak. Anda bolehlah memasak daging tersebut dengan menu kegemaran dengan hati tanpa rasa was-was akan kandungan lemak yang boleh menambah kolestrol dalam badan.

Mudahkan! Lebih penting lagi anda tidak perlu keluarkan duit dan hasilnya   lebih sihat .

 

IKLAN