Bila tiba waktu berbuka, pastinya banyak hidangan tersedia diatas meja. Maklumlah bila ke bazar, rambang mata memilih. Air, kuih muih, lauk pauk. Semua terasa sedap. Ada yang berminyak, berempah, manis, pedas, sejuk. Cukup lengkap! Bila dah makan banyak, pasti perut pun rasa kurang selesa dan sebu. Nak solat pun rasa sengkak. Tapi jangan risau kerana anda boleh atasinya dengan cara-cara berikut.
5 CARA MUDAH REDAKAN PERUT SEBU SELEPAS BERBUKA HANYA GUNA BAHAN SEMULAJADI
1. AIR LEMON SUAM
foto: www.popsugar.com
Jika rasa tak selesa, minum segelas air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon. Masukkan sedikit madu jika anda tidak suka terlalu masam. Ia akan membantu mengembalikan sistem imunisasi anda, mengimbangkan kadar PH dah menyahkan toksin dalam badan.
Ads
2. AIR HALIA SUAM
foto: www.thevitaminbox.com
Halia memang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Halia dapat mengeluarkan angin dan menyingkirkan lemak. Hanya hiriskan beberapa keping halia, masukkan ke dalam air dan didihkan. Jika suka boleh tambahkan madu dan perahan jus lemon.
Ads
3. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG
foto: www.wired.com
Elakkan minum air yang bergas, manis dan berkafein. Ini kerana badan anda memerlukan cecair yang secukupnya untuk melancarkan proses penghadaman. Jadi pastikan minum air kosong dengan banyak. Pengambilan air suam juga membantu anda untuk berasa lega dengan lebih cepat.
4. REHATKAN SISTEM PENGHADAMAN
Ads
foto: www.tasteofhome.com
Makan dengan banyak secara sekaligus, menyebabkan perut ‘terkejut’. Sebaiknya, berbukalah dengan mengambil makan yang ringan seperti kuih, sup dan bubur terlebih dahulu dan brulah diikuti dengan hidangan yang lebih berat. Kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan hingga lumat. Jika makan terlalu laju, makanan yang dimakan tidak dapat hancur dengan sempurna menyebabkan perut berasa tidak selesa & lambat hadam.
5. SENAMAN RINGAN
foto: sarafresh.com
Bila perut tidak berasa selesa, ia bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Pilihlah jenis senaman yang anda suka seperti berjogging, yoga atau berjalan. Bila badan anda bergerak, toksin dalam badan anda dapat dikeluarkan seterusnya menjadikan anda berasa lebih segar dan sihat. Solat terawih pun boleh membantu anda berasa lega tau.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Konsep dapur terbuka di restoran amalan Hotel New World Petaling Jaya memang sungguh ‘wow’ dan memberikan pengalaman menarik buat pengunjung. Memasuki ke kawasan dapur yang luas di Pasar Baru pelanggan dapat melihat aksi chef memasak secara ‘live’ di dapur yang terbuka.
Aroma masakan India dengan aksi Chef menebar roti di dapur sajian India, dan lambungan mi dan ‘goyangan’ kuali wok oleh Chef di dapur masakan Cina serta rempah ratus yang berdesir ditumis Chef dapur Melayu tiba-tiba terasa macam menyaksikan program realiti masakan di tv pulak.
Makanan dihidang segar terus menerus dari dapur . Inilah kelebihan dan kepakaran Chef di hotel ini. Ketua pasukan dapur di sini adalah Chef berkredibiliti Eksekutif Chef Alexander Chong, 45 tahun yang mengetuai sejumlah 65 Chef yang bertugas di hotel ini.
Banyak ilham dan inspirasi menu di Pasar Baru digerakkan oleh kebijaksanaan Chef yang mesra dipanggil Alex ini. Mempunyai pengalaman lebih 23 tahun di bidang kulinari hotel, sebelum ini dia bekerja di Hotel New World di Dalian , China selama 3 tahun. Dia juga pernah bekerja di hotel di Filipina dan Hong Kong.
“Walaupun saya belum setahun di hotel ini, tetapi menjadi misi saya menjadikan sajian Malaysia setanding dan popular di peringkat antarabangsa. Saya perlu mahu mencapai ‘brand standard’ dan piawaian yang ditetapkan ibu pejabat rangkaian NewWorld Hotel di China.
Jika anda lihat di Pasar Baru ini, konsep terbuka sebegini memberi peluang kepada pelanggan untuk mencuba dan merasa masakan yang disediakan. Ia menarik minat dan kepercayaan pelanggan dapat melihat sendiri suasana bersih dapur dan bahan segar yang disediakan.
Saya perlu menilai di mana kekuatan dan kelemahan setiap individu chef itu dan memperbaiki dan mencungkil kelebihan yang boleh ditonjolkan oleh setiap staf,”cerita Chef Alex sambil berpesan bahawa setiap Chef perlu berbangga dengan kerjaya mereka kerana terlibat dalam kerjaya yang paling popular di merata dunia.
Bagi Sous Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, 39 tahun, pengalaman kerja selama 21 tahun di dapur hotel dengan lima darinya hotel di India menjadi ‘aset’ memantapkan dapur sajian India di hotel ini. Air tangan hidangan yang disediakan cukup autentik dengan rempah ratus yang ada di antaranya di import dari India.
Malahan dia turut menyediakan peralatan dapur dan bekas periuk serta pinggan mangkuk bermotifkan budaya India, bagi menarik selera pelanggan terhadap hidangan India yang disajikannya.
“Di India terdapat 29 wilayah yang memberi pelbagai warna dan rasa dalam sajian mereka. Bahagian utara dan selatan mempunyai ciri dan rasa yang berbeza mengikut tradisi dan kesukaan rakyatsetempat. Jika di India penggunaan rempah ratusnya lebih ‘kuat’, tetapi masakan India negara ini pula rempah ratusnya lebih ‘mild’ dan dikurangkan penggunaan rempah ratusnya, ujar Sureshkumar mengenai keunikan hidangan India.
Chef Aleif Aldrin, 39 tahun, adalah di antara staff terbaru menyertai Hotel New World. Tapisudah pun memiliki 20 tahun pengalaman bekerja dalam kulinari perhotelan. Memulakan kerjaya sebagai pembantu dapur, dia kini Chef De Partie yang bertanggungjawab memastikan kos barang-barang tidak melangkaui bajet yang disediakan.
Bertugas di dapur sajian Melayu, katanya, “Masakan Melayu perlulah betul-betul asli barulah ia menjadi tarikan. Seorang Chef kena menerokai masakan Melayu di setiap negeri agar pengetahuan masakannya lebih meluas dan kepakaran tidak terikat dengan satu negeri sahaja.
Kita perlu mengkaji apakah kelebihan setiap masakan di pantai timur, utara, dan selatan. Cuba menggunakan bahan baru contohnya masakan asam pedas ikan memang popular , kenapa tidak kita cuba cipta dan popularkan menu asam pedas ekor lembu pula,” ujarnya dengan penuh semangat
Bagi Senior Chef De Partie, Nazrin Syazwan Roslan, 25 dan rakan sebayanya Demi Chef De Partie Muhammad Afiq masih banyak lagi yang mahu diterokai dan dipelajari oleh mereka untuk menjadi Chef yang terbaik. Keduanya beruntung dikelilingi dengan Chef Senior dan ketua yang luas pengalaman seperti Chef Alex .
Walau masih muda Chef Nazrin si bujang yang tampan orangnya telah pun mengumpul pengalaman merantau dan bertugas di dapur kapal pelayaran mewah “World Cruise”. Pengalaman merantau ke Hong Kong, China, Jepun digunakan sebaiknya untuk merasai dan mengkaji hidangan unik negara yang dilawati.
Bekerja di kapal yang mempunyai pelanggan dari pelbagai negara antarabangsa memberi pendedahan dalam sajian barat, Mediterranean dan luar negara. Di usia muda begini , dia sudah pun meraih pengalaman bekerja selama dua tahun di Arab Saudi.
“ Minat yang mendalam dan suka belajar masakan baru perlu ada diri seorang Chef. Prinsip hidup saya manusia memang tidak akan berhenti makan selagi hidup jadi kami yang bertugas dalam bidang kulianari inilah yang perlu menjaga kualiti makanan agar pelanggan terus berpuas hati dengan masakan yang dihidang,”ujar pemuda berdarah kacukan Arab ini.
Bagi rakan seusianya Chef Muhammad Afiq pula menganggap kerjaya Chef memberi kelebihan kerana selain masakan Melayu dia berpeluang mengasah bakat dalam masakan Jepun, Perancis dan masakan barat yang lain. Hubungan baik yang kuat terjalin dalam rakan sepasukan dan ketuanya Chef Alex yang sentiasa menjadi ‘role model’ membakar semangat untuk terus memantapkan kerjayanya.
Mula bekerja sebagai pekerja sambilan semasa tingkatan 4, menyebabkan dia masak benar dengan sistem kerja di perhotelan dan gigih berusaha mencapai ‘standard’ yang dikehendaki oleh pihak pengurusan. “Saya bangga dapat berkerja dalam pasukan yang saling bekerjasama, bekerja dengan team berlainan bangsa, kita kan satu Malaysia kepelbagaian ilmu masakan setiap kaum itu menjadi satukelebihan dalam bidang kulinari ini,”ujarnya tersenyum bangga.
Apa lagi jom kita ke sini, rasa sendiri air tangan Chef-chef di sini.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wahhh..Sedapnya nampak madu dalam sarang tu! Macam manis-manis kenyal. Ada yang pernah cuba makan madu dari sarang tu tak? Hari ni nak share sedikit info mengenai makanan sunah ni. Madu, sejak dulu memang dikenali sebagai makanan yang berkhasiat bagi kesihatan. Madu yang dihasilkan oleh lebah boleh dimakan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain. Bahkan ia boleh diolah dan dijadikan minuman. Misalnya dengan mencampurkan madu dengan air suam. Beberapa penelitian menunjukkan bahawa campuran madu dan air suam memiliki banyak manfaat bagi kesihatan tubuh.
ANTARA KHASIAT MADU
1. MADU UNTUK ANTIOKSIDAN
2. MENGATASI BATUK
3. BANTU TURUNKAN BERAT BADAN
4. MENINGKATKAN ENERGI TUBUH
5. KESIHATAN KULIT
6. MENINGKATKAN SISTEM KEKEBALAN TUBUH
7. MENINGKATKAN METABOLISME TUBUH
8. MENCEGAH DEHIDRASI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Management & Science University (MSU) telah mendapat pengiktirafan antarabangsa menawarkan program-program hospitaliti dan pelancongan untuk memenuhi keperluan terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang berkenaan.
Melalui School of Hospitality and Creative Arts atau Sekolah Hospitaliti dan Seni Kreatif (SHCA), MSU menawarkan pelbagai program pengajian diperingkat sarjana muda dan diploma secara sepenuh masa dan pembelajaran fleksibel bagi golongan bekerja.
Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan dan berkait dengan industri hospitaliti,, pelancongan dan kulinari adalah : 1)Hospitality & Tourism Management (Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan) 2)Culinary Arts (Seni Kulinari), Patiserrie Arts (Seni Pasteri)
MSU menjadi platform terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu sama ada teori atau amali. Sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee dengan suasana pembelajaran kondusif dengan kemudahan prasarana lengkap memberi bonus kepada pelajar.
Selain mendapat akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), MSU turut mendapat pelbagai pengiktirafan daripada badan-badan bebas Malaysia dan antarabangsa.
Akreditasi tersebut ialah daripada Accreditation Services for International Colleges, Schools and Universities (ASIC), United Kingdom dan The Alliance on Business Education and Scholarship for Tomorrow (ABEST21), Jepun.
Di peringkat antarabangsa, MSU adalah universiti ke-217 menerusi QS Asia Ranking 2018 serta mendapat penarafan lima bintang dalam QS World Universities Rating System. Selain itu, MSU adalah “Excellent Status University” mengikut sistem penarafan universiti dan “The Most Entrepreneurial Private University“, pengiktirafan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Pengiktirafan lain termasuklah Putra Brand Awards 2017 oleh Association of Accredited Advertising Agents Malaysia (4As), the Best Brand in Education for Leadership and Human Capital Development 2017, Gold-standard School of Tourism & Hospitality oleh Malaysia Tourism Council (MTC) serta sebagai Pusat Kecemerlangan Antarabangsa, Asia Pacific Institute of Events Management (APIEM) yang pertama di Malaysia.
Dengan suasana prasarana lengkap, pelajar dapat merasai suasana sebenar dunia kerjaya dengan kerjasama MSU dan industri menerusi University Industry Advisory Panel (UIAP).
Melibatkan lebih 100 rakan industri termasuk pemain utama perniagaan di Malaysia, ianya memberikan kelebihan kepada graduan MSU dalam pasaran kerjaya kelak.
NAMA institusi : management and science university (MSU) ALAMAT : :University Drive, Off Persiaran Olahraga, Shah Alam, Selangor. MAKLUMAT LANJUT : https://www.msu.edu.my/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!