Ramadan tiba begitu juga program CSR RASA Bubur Lambuk Warisan. Setiap kali tiba bulan Ramadan, Bubur Lambuk pasti ada dan menjadi simbolik juadah yang paling dinantikan oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Lain orang lain citarasanya. Ada yang menggemari bubur lambuk ayam dan tidak kurang juga yang menyukai daging. Kedua-duanya memang enak bagi menjadi juadah berbuka puasa nanti.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan & Kuih Warisan
Untuk tahun yang keenam, Rasa sekali lagi menganjurkan program Bubur Lambuk Warisan & Kuih Warisan. Program ini bakal diadakan di dua lokasi iaitu pada 16 Mac 2024 di AEON Mall, Shah Alam dan 23 Mac 2024 di Central I-City, Shah Alam.
Ads
Dan sudah tentu orang ramai dijemput hadir memeriah dan mengambil bubur serta kuih-muih yang disediakan selain banyak aktiviti menarik lain turut dianjurkan seperti demo memasak bersama BABA’S , AJI-SHIO®, FGV Holdings dan Pertunjukan Fesyen Raya Inspirasi Kuih Tradisional.
Berbeza daripada tahun terdahulu, program kali ini turut mengedarkan kuih-muih warisan. Bukan itu sahaja, orang ramai juga berpeluang menikmati bubur lambuk resipi warisan yang direncahkan oleh BABA’S. Bertambah lazat apabila Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa keluaran AJI-SHIO® serta penggunaan beras wangi iaitu SAJI Aroma, Beras Wangi Malaysia menjadi bahan utama bubur lambuk kali ini. Sesungguhnya hanya yang terbaik untuk orang ramai.
Program CSR dianjurkan oleh majalah RASA di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd. dan melibatkan pelbagai pihak dan juga masyarakat setempat. Sebanyak 10 periuk bubur lambuk bersamaan atau 3,500 mangkuk bubur lambuk dan lebih 8,000 biji kuih akan diagihkan kepada orang ramai secara PERCUMA.
Projek dengan kerjasama BABA’S, AJI-SHIO® dan FGV Holdings serta penaja lokasi, AEON Mall dan Central I-City Shah Alam menyambung tradisi berkongsi rezeki Ramadan dengan menghulurkan Bubur Lambuk kepada sasaran komuniti antaranya golongan asnaf, masjid dan frontliner.
Program ini amat dekat dengan masyarakat Malaysia dan Muslim khususnya di bulan Ramadan ini. Ianya turut menjadi simbol penyatuan masyarakat Malaysia melalui aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong royong dan diagihkan kepada orang ramai daripada pelbagai peringkat usia dan juga latar belakang.
Program RASA Bubur Lambuk Warisan yang bakal berlangsung pada 16 Mac Di AEON Shah Alam dimeriahkan dengan selebriti Sissy Iman yang merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara wanita Malaysia dan Chef Qayyum yang merupakan seorang chef selebriti yang tidak asing lagi di kalangan peminat rancangan memasak.
Ads
Manakala program RASA Bubur Lambuk dan Kuih Warisan pada 23 Mac 2024 bertempat di Central I-City, Shah Alam menyaksikan kehadiran tetamu kehormat iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Ir. Cheremi Haji Tarman Datuk Bandar Shah Alam, Selangor.Bagi menghangatkan lagi acara memasak bubur lambuk selebriti Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil dan Mila Jirin turut dijemput. Bagi memastikan kelazatan dan keenakkan bubur lambuk, pihak RASA telah bekerjasama dengan Chef Fikri dan Chef Naim yang pakar dalam bidang masakan untuk proses memasak bubur lambuk.
Sempena bulan mulia ini, rezeki dikongsi bersama tidak kira apa jua latar belakang anda. Jadi datanglah beramai-ramai ke dua lokasi ini untuk merasai keenakan Bubur Lambuk & Kuih Warisan yang dibawakan khas oleh BABA’S, AJI-SHIO dan FGV Holdings.
Oleh itu, pastikan anda hadir ke lokasi program ini di AEON Mall, Shah Alam, Sabtu,16 Mac dan Central i-City,Sabtu 23 Mac 2024.
Jumpa anda di sana!
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Selesai sudah Program RASA Bubur Lambuk Rewang Wira yang berlangsung di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Fuh… Masih terasa kemeriahan serta kehangatannya.
Seawal jam 8.00 pagi, sebanyak 15 periuk Bubur Lambuk dimasak dengan penuh teliti dengan menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Panas dan bahang memang terasa namun rewang memasak ini dilakukan bersama-sama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membabitkan tiga pasukan badan beruniform negara iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), menjadikan program berjalan dengan lebih lancar.
Turut hadir memberi sokongan kepada program ini adalah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar yang diiringi oleh Ketua Staf Markas Tentera Darat Leftenan Jeneral Dato’ Zaidan bin Atan mewakil Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk (Dr.) Zulhhelmy bin Ithnain dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman.
Walaupun sibuk dengan tugasan, namun tetap meluangkan masa untuk bersama-sama barisan petugas dalam menjayakan program ini.
Sesi pembungkusan berjalan dengan lancar. Sebanyak 8000 pek Bubur Lambuk berjaya disiapkan dan habis diagihkan kepada orang ramai.
Selain di Dataran Merdeka, agihan turut dilakukan di hospital, masjid, bazar Ramadan, rumah kebajikan dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pusat pelancongan. Terima kasih kepada warga Lembah Klang yang berpusu-pusu datang demi merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang disediakan.
Program Bubur Lambuk kali ini tentunya lebih istimewa dan membawa makna yang tersendiri kerana adanya AJI-SHIO®. Tahun ini merupakan tahun ke-7 AJI-SHIO® bersama-sama RASA & Nu Ideaktiv bagi menjayakan Program Bubur Lambuk.
Setia bersama sejak 2019, AJI-SHIO® setiap tahun komited bersama-sama berganding bahu dalam menyediakan juadah istimewa ini untuk diagihkan kepada umat Islam yang berpuasa.
Malah tahun ini, para pengunjung luar negara yang turut sama berada di Dataran Merdeka juga berpeluang untuk merasai keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
AJI-SHIO® adalah salah satu bahan terbaik yang mampu membuatkan Bubur Lambuk jadi lebih cepat dimasak, rasa yang lengkap dan enak. Ia mempunyai rasa lada, masin dan aroma yang wangi menjadikan rasa Bubur Lambuk jadi lebih beraroma. Tidak perlu guna bahan perasa lain. Hanya dengan produk ini sudah cukup untuk menghasilkan juadah yang sempurna.
AJI-SHIO® MERIAHKAN RASA BUBUR LAMBUK REWANG WIRA
Bukan setakat masak Bubur Lambuk menggunakan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa je, pada hari tersebut team AJI-SHIO® juga melakukan pelbagai aktiviti menarik untuk mendekatkan lagi jenama ini dengan orang ramai.
Di booth AJI-SHIO®, turut berlangsung jualan produk dengan harga promosi istimewa! Memang meriah lain macam. Beruntung para pengunjung yang datang ke booth AJI-SHIO®. Masing-masing pulang dengan senyuman.
Malah AJI-SHIO® juga turut mengadakan Demo Masakan Istimewa bersama Chef Naem dimana chef telah berkongsi dua resipi yang sesuai dinikmati sewaktu berbuka iaitu Roti John dan Tauhu Bergedil. Sedap betul! Gabungan AJI-SHIO ® Lada Berperisa dan AJI-SHIO ® Lada Hitam Berperisa pasti membangkit selera dan menambahkan lagi kelazatan hidangan anda.
Siap main kuiz lagi sementara menunggu waktu berbuka. Seronok para pengunjung menang hadiah.
JOM RASAI SENDIRI KEENAKAN BUBUR LAMBUK AJI-SHIO®
Bagi yang tidak berkesempatan untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dimasak menggunakan produk-produk AJI-SHIO®, anda boleh masak sendiri di rumah. RASA kongsikan resipi Istimewa ini buat anda. Jom cuba!
Jom cuba resipi Bubur Lambuk best ni. Juadah ini memang popular dan sinonim dengan bulan Ramadan. Pendek kata kalau tak makan juadah ni waktu berbuka, rasa tak lengkap.Bubur lambuk ada pelbagai resipi dan versi. Setiap negeri ada rasa yang berbeza. Pada penggemarnya, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai keenakan bubur lambuk kegemaran. RASA kongsikan resipi pelbagai Bubur Lambuk popular yang boleh anda cuba di sepanjang bulan puasa ini. Jom semak!
1.BUBUR LAMBUK DAGING UTARA
BAHAN-BAHAN:
1 1/2 pot beras – basuh, rendam selama 15 minit dan toskan
Daging – dihiris kecil, basuh dan toskan
1 bungkus Perencah Sup – beli online disini
Daun sup – dihiris kecil
1 batang lobak merah – potong dadu
1 biji ubi kentang – potong dadu – beli online disini
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 inci halia
1/2 sudu teh serbuk lada hitam – beli online disini
100ml santan
2 liter air
Bawang goreng
Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Kisar halia, bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.
5. Masukkan beras dan kacau rata.
6. Masukkan periuk beras ke dalam rice cooker.
7. Masukkan air, ubi kentang dan lobak merah.
8. Masak sehingga beras kembang.
9. Bila beras sudah kembang, masukkan santan, gula, garam, serbuk lada hitam, daun sup dan bawang goreng.
10. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.
11.Bubur Lambuk Daging versi Utara yang sedap sedia untuk dihidang.
6 ekor ikan selayang (dicuci bersih)
1 cawan kecil santan (optional)
2 inci halia (diketuk)
1 ½ cawan kecil beras
3 sudu besar kerisik
Garam, gula, dan perasa secukupnya
Air secukupnya mengikut kadar cair atau pekat bubur yang disukai
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sudu besar lada hitam
BAHAN DAUN:
Pucuk paku
Pucuk ubi kayu
Daun kaduk
Daun kesum
Pucuk manis
CARA MEMASAK:
1.Mulakan dengan memasak beras hingga menjadi bubur.
2. Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam hingga masak dan ambil isi ikan sahaja. Kemudian, kisar hingga hancur.
3. Beras dah lembut seperti bubur, boleh lah masukkan semua bahan kisar dan halia yang diketuk.
4. Tambahkan pula ikan yang dikisar halus. Kacau rata.
5. Selepas itu, masukkan semua bahan berbaki satu persatu sambil kacau hingga sebati.
6. Masak hingga mendidih. Kemudian, boleh lah rasa. Jika cukup lemaknya, masinnya, sayur pun dah layu, maknanya bubur lambuk dah siap untuk dihidangkan.
7. Dah siap! Bubur lambuk Terengganu sedia untuk dinikmati.
2 cawan beras
500gm sayur campur sejukbeku
500gm daging lembut
Air rebusan daging
Air secukupnya
4 sekawan
2 sup bunjut
3 senduk kecil penuh rempah bukhari (boleh ganti dengan rempah sup, kurma @ beriani)
Kacang kuda
Kentang (jika suka)
Daun sup
Bawang goreng
Garam secukup rasa
½ kotak santan
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil
1 inci halia
CARA MEMASAK:
1. Rebus daging sehingga empuk, hiris kecil. Air rebusan jangan dibuang.
2. Tumis bahan kisar beserta rempah 4 sekawan dan rempah bukhari tadi sampai naik bau.
3. Tuangkan beras ke dalam bahan tumisan, masukkan sup bunjut.
4. Masukkan air rebusan daging. Masak hingga mendidih dan pekat. Pastikan sentiasa dikacau.
5.Masukkan sayur campur dan hirisan daging.
6. Kacau sampai nasi jadi hancur dan bertekstur bubur. Bila pekat kena sentiasa tambah air.
7. Masukkan kiub pati ayam @ daging atau garam secukup rasa.
8. Bubur Lambuk sedia untuk dihidang. Hiaskan dengan telur, daun sup, bawang goreng dan kacang tanah.
Beras
Ikan selayang – rebus dan asingkan isi (*)
Paku merah
Daun kesum
Daun kaduk
Daun kunyit
Santan
Bawang merah (*)
Bawang putih (*)
Halia (*)
Lada hitam – tumbuk halus
Garam & gula secukup rasa
BAHAN HIASAN:
Ikan bilis goreng
Bawang goreng
Daun sup
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras dan rebus hingga menjadi bubur.
2. Tumbuk atau kisar bahan bertanda (*).
3. Campur semua bahan ke dalam periuk bubur dan perasakan garam dan gula dengan secukupnya.
4. Masak hingga menggelegak dan bubur mencapai tahap kepekatan yang diingini. Sedia untuk dinikmati bersama bahan-bahan hiasan.
1 pot beras – basuh bersih
6-7 mug air – boleh lebih
1 sudu teh halba
1/2 inci halia – hiris halus
2 sudu teh lada hitam
2 sudu besar garam kasar
1 kiub pati ayam
1 keping kecil kulit kayu manis
Daun pandan
Ubi kentang & lobak merah – potong kecil
2 sudu besar minyak sapi – boleh guna minyak masak
1 biji bawang besar – hiris
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dan rebus semua bahan di atas. Kena selalu kacau guna senduk kayu untuk elak bubur melekat di dasar periuk dan hangit.
2. Bila air kering, kena sentiasa trambah sampailah nasi menjadi bubur. (Empuny resipi masak lebih kurang 45 minit)
3. Masukkan bahan B. Boleh rasa. Jika kurang rasa, boleh tambah garam @ perasa. Sentiasa kacau bubur.
4. Dalam kuali lain, panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar hingga garing.
5. Tuang ke dalam bubur bersama minyaknya dan tabur daun bawang. Tutup api.
6. Bubur Lambuk Udang sedia untuk dinikmati.
4 pot beras – basuh & tos
24 pot air (ratio 1:6)
1/2 kg daging – dadu nipis
1 cawan udang geragau
4 sekawan (pelaga, cengkih, lawing & kayu manis)
2 inci halia – hiris halus
1 batang serai – ketuk
2 batang lobak merah – dadu kecil
2 biji ubi kentang – dadu kecil
1 labu bwang putih -cincang
2 biji bawang merah – cincang
1 kotak kecil santan + 2 cawan air
1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 kiub pati ayam
Garam secukupnya
Daun sup & daun bawang
2 helai daun pandan
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1.Tekan “stir fry” dan panaskan minyak.
2. Masukkan 4 sekawan. Bila dah naik bau, masukkan bawang-bawang, halia, serai dan daun pandan. Kacau.
3.Masukkan udang geragau, jintan manis dan jintn putih. Kacau.
4. Masukkan daging. Kacau lagi. Tambahkan juga kentang dan lobak merah.
5. Masukkan beras. Kacau sebati.
6. Tambahkan air. Kacau.
7. Masukkan kiub pati ayam dan serbuk lada hitam kasar.
8. Tutup periuk dan tekan “hp” 40 (tombol pressure).
9. Bila sudah habis 40 tu, jangan lepaskan lagi wap. Biar dulu selama 10 minit.
10. Lepaskan wap dan buka penutup.
11. Tekan “stir fry” dan masukkan santan serta garam. Kacau sebati. Jika pekat sangat, tambah air sedikit demi sedikit.
12. Bila dah siap boleh tabur daun sup & bawang goreng.
2 cawan beras – basuh dan tos
1/2 biji kelapa – ambil santan pekat
1/2 kg daging tetel – potong kecil
Udang kering – rendam air panas dan tumbuk lumat
2 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
2 helai daun pandan – basuh & dicarik-carikkan
Garam & gula secukup rasa
1 air cawan
1 cawan bawang goreng
4 ulas bawang putih – dimayang
2 biji bawang besar – dimayang
1 inci halia – dimayang dan potong macam batang mancis
REMPAH TUMIS:
1 keping kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba
2 biji buah keras – ditumbuk
BAHAN REMPAH (GORENG KERING DAN MESIN HALUS):
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN (OPTIONAL):
2 batang lobak merah – potong dadu
1/2 cawan kurma – buang biji & mayang
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Bawang goreng (lebih sedap guna bawang goreng yang dibuat sendiri
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan minyak sapi
2. Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan dan bawang besar.
3. Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi
4. Kemudian masukkan daging. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk.
6. Masukkan rempah yang telah dihaluskan (ketumbar, jintan, lada putih/hitam)
7. Masukkan beras dan kurma. Tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.
8. Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu beras kembang @ pecah.
9. Masukkan lobak merah jika mahu.
10. Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam & gula dengan secukup rasa
11. Bila bubur sudah masak elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan.
4 sudu besar rempah bumbu
12 ekor udang basah saiz sederhana
250 ml pati santan 5 batang kacang panjang (dihiris kecil-kecil)
2 biji kentang (dipotong dadu kecil)
½ biji keledek saiz kecil (dipotong dadu)
50 gm fuchuk 50 gm cendawan shitake (direndam lembut dan dihiris)
50 gm bunga lili (direndam lembut dan dihiris)
50 gm cendawan telinga (direndam lembut dan dihiris)
3 batang jagung muda (dihiris)
Daun kesum (diracik)
1 daun kunyit (diracik)
1 batang serai kecil (dihiris halus)
1 sudu besar udang kering
1 lobak kecil
Asam jawa
Cili kisar
Garam
Gula
Minyak
Air Bahan kisar:
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar, cili kisar dan udang kering. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan kentang, ubi keledek, lobak merah, rempah bumbu, sedikit air, dan santan. Kacau dan biarkan selama 1-2 minit sehingga empuk.
4. Selepas itu, masukkan daun kunyit, cendawan shitake, cendawan keping, bunga lili, fuchuk dan daun kesum. Kacau perlahan-lahan sehingga cendawan lembut.
5. Masukkan kacang panjang dan jagung muda ke dalam periuk. Kacau lagi supaya kacang panjang dan jagung masak.
6. Akhir sekali, masukkan udang, garam dan sedikit gula. Setelah itu, kacau sehingga mendidih.
7. Sedia untuk dihidangkan.
NAK BUBUR LAMBUK PERCUMA?
Tak sah berbuka puasa di bulan Ramadan tanpa BUBUR LAMBUK! Sekurang-kurangnya sekali mesti dinikmati.
Dapatkan 8000 bubur lambuk PERCUMA disediakan khas oleh Angkatan Tentera Malaysia dan selebriti popular serta lebih 1000 pek juadah berbuka turut disediakan.
Nikmati bubur lambuk legenda; penuh rasa, penuh berkat! Jom datang untuk menikmati bubur lambuk dan berbuka puasa beramai-ramai sambil menyaksikan keindahan pelita-pelita hiasan gergasi.
Tarikh : 22 Mac 2025 (Sabtu)
Masa : 12 tengahari (aktiviti)
Edaran bubur : 5 petang sehingga habis
Tempat : Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Fakta menarik tentang bubur lambuk yang ramai tak tahu. Bubur lambuk adalah juadah istimewa yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan. Namun, ramai yang tidak tahu bahawa di sebalik keenakan dan tradisi penyediaannya, terdapat pelbagai fakta menarik tentang hidangan ini. Berikut adalah beberapa fakta unik mengenai bubur lambuk yang mungkin mengejutkan anda!
Segalanya bermula di Masjid Kampung Baru
Ramai yang tidak tahu bahawa bubur lambuk yang terkenal di Malaysia dipercayai bermula di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sejak sekian lama, bubur ini dimasak dan diedarkan secara percuma kepada orang ramai setiap kali Ramadan.
Sumber gambar: FB Rizal Hakim
Tradisi ini kemudian berkembang ke seluruh negara, menjadikan bubur lambuk sinonim dengan bulan puasa. Tahniah kepada AJK masjid yang terawal membuat inisiatif baik ini sehingga menjadi aktiviti sedekah popular seluruh negara. Jika ada yang mengatakan bahawa mungkin ada juga masjid lain yang lebih awal melakukannya, namun projek bubur lambuk masjid Jamek Kampung Baru adalah yang paling konsisten dan sistematik.
Sumber gambar: FB Rizal HakimSumber gambar: FB Rizal Hakim
Bukan sekadar bubur biasa, ada resipi berbeza di setiap negeri
Walaupun bubur lambuk di Kuala Lumpur terkenal dengan rasa rempah yang kaya, beberapa negeri di Malaysia turut mempunyai versi mereka sendiri. Contohnya: Bubur Terengganu & Kelantan menggunakan santan dan lebih berkrim. Johor pula menggunakan daging dan rempah khas seperti rempah sup. Manakala Sabah & Sarawak menambah makanan laut sebagai bahan utama.
Bubur Lambuk Terengganu
Apa yang pasti, setiap negeri mempunyai keunikan tersendiri, menjadikan pengalaman menikmati bubur lambuk lebih menarik! Betul tak?
Tak kick kalau tak berewang bersama
Salah satu keistimewaan bubur lambuk adalah cara penyediaannya yang melibatkan gotong-royong masyarakat atau rewang. Dari menyiapkan bahan-bahan hingga mengacau bubur dalam periuk besar, semua dilakukan bersama-sama. Ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim tetapi juga menjadi simbol perpaduan umat Islam ketika Ramadan.
Makanan bernutrisi lengkap
Walaupun nampak ringkas, bubur lambuk sebenarnya adalah hidangan yang lengkap dari segi nutrisi. Ia mengandungi karbohidrat dari beras untuk tenaga. Ada juga sumber protein dari daging atau ayam. Tidak ketinggalan juga vitamin dan mineral daripada pelbagai rempah serta sayur-sayuran.
Tidak hairanlah ia menjadi makanan pilihan ketika berbuka puasa kerana mudah dihadam dan mengembalikan tenaga dengan cepat.
Jangan masak bubur lambuk ketika marah
Di sesetengah tempat, terdapat pantang larang tertentu dalam penyediaan bubur lambuk. Contohnya, ada yang percaya bahawa jika seseorang dalam keadaan marah atau tidak ikhlas ketika memasak, bubur yang dimasak akan menjadi kurang sedap. Oleh itu, mereka yang memasak bubur lambuk sering diingatkan untuk memasak dengan hati yang tenang dan penuh keikhlasan.
Boleh tahan lama jika disimpan dengan betul
Ramai yang menyangka bubur lambuk perlu dimakan segera kerana ia cepat basi. Namun, jika disimpan dalam peti sejuk dan dipanaskan semula dengan cara yang betul, ia boleh bertahan sehingga dua atau tiga hari tanpa kehilangan rasanya. Dalam dunia moden hari ini, panaskan semula bubur lambuk dalam microwave. Tak perlu tambah air.
Dapat sesuatu?
Bubur lambuk bukan sekadar makanan berbuka puasa, tetapi juga lambang perpaduan, tradisi, dan sejarah masyarakat Islam di Malaysia. Dari kisah asal usulnya hinggalah keunikan resipi di setiap negeri, bubur lambuk terus menjadi simbol Ramadan yang dinanti-nantikan setiap tahun. Jadi, apabila anda menikmati semangkuk bubur lambuk nanti, ingatlah bahawa ia lebih daripada sekadar bubur – ia adalah warisan budaya yang penuh makna!
8000 bubur PERCUMA untuk berbuka puasa
Tapi, kepada anda yang teringin sangat makan bubur lambuk yang team RASA sediakan bersama para perwira negara, apa kata datang memeriahkan program RASA Bubur Lambuk Rewang Wira pada 22 Mac 2025 (Sabtu) di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bermula jam 12 tengahari hingga berbuka puasa. Hampir 8000 bubur lambuk akan diedarkan. Ini merupakan program CSR tahun ketujuh anjuran RASA, portal masakan #1 tanahair.
Ada banyak juga aktiviti menarik seperti demo masakan, tazkirah Ramadan, beramah mesra dengan para tentera serta boleh juga temui selebriti terkenal tanahair.
Edaran bubur akan bermula pada jam 5 petang ke atas. Selain itu anda juga boleh berbuka puasa santai bersama keluarga dan teman-teman di Dataran Merdeka sambil meyaksikan pameran pelita-pelita gergasi di Dataran Merdeka sempena malam tujuh likur. Ada 1000 makanan percuma turut diberikan selain pelbagai hidangan berbuka dijual oleh pengusaha food truck. Tambah menarik, pengunjung bertuah juga akan menerima sample makanan dan produk daripada para penaja program ini. Jumpa di sana!
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...