Dalam rancangan Rasa Projek Gerenti Jadi episod 8, disiarkan tiga resipi yang sangat popular dalam kalangan masyarakat Johor. Resipi yang dimasak adalah Lontong Goreng. Mi Bandung dan Kacang Pool. Kalau korang nak masak untuk majlis kecil dengan jemputan 50 orang, boleh cuba resipi ini. Hidangannya sedap dan pasti menggamit selera. Kali ini ditampil dua tetamu jemputan iaitu Izzue Islam dan Yana Samsudin.

3 Resipi Sedap Masakan Johor Dalam Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 8

 

3 Resipi Sedap Masakan Johor Dalam Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 8

 

LONTONG GORENG

3 Resipi Sedap Masakan Johor Dalam Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 8

IKLAN

BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• 3.5 liter air rebusan ayam
• 4 sudip kicap lemak manis
• 1 sudip sos tiram
• Gula dan garam secukup rasa
• 10 biji telur ayam
• 2 kg ayam (direbus dan dicarik-carik dagingnya)
• 24 peket besar nasi himpit (direbus dah dipotong kiub)
• 20 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
• 8 biji tomato (potong dadu)
• 3 ikat sayur sawi
• Taugeh

BAHAN KISAR
• 400 gram cili kering
• 20 ulas bawang putih
• 35 biji bawang merah
• Setengah sudip udang kering

CARA MEMBUAT
1. Tumis semua bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air rebusan ayam, kicap lemak manis, sos tiram, gula dan garam. Kacau sebati.
2. Masukkan telur ayam dan ayam yang dicarik.
3. Masukkan nasi himpit, tauhu, tomato, sawi dan taugeh.
4. Masak sehingga kering.

MI BANDUNG

3 Resipi Sedap Masakan Johor Dalam Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 8

IKLAN

BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• 7 liter air rebusan daging
• 2 kg daging (direbus dan dihiris)
• 10 ekor sotong (hiris bulat)
• Kacang tanah (disangan dan buang kulit untuk dikisar)
• Tauhu goreng
• 25 biji buah keras
• 10 keping biskut merry (dikisar halus)
• 8 biji telur ayam
• Sawi
• Tomato
• Gula dan garam secukup rasa
• 8 peket mi kuning

BAHAN KISAR
• 400 gram cili kering
• 30 ulas bawang putih
• 40 biji bawang merah
• Setengah sudip udang kering
• 2 inci halia

CARA MEMBUAT
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan air rebusan daging. Biarkan mendidih.
2. Masukkan daging dan sotong.
3. Masukkan kacang tanah, tauhu goreng dan buah keras.
4. Masukkan biskut merry dan pecahkan telur satu demi satu. Kacau rata.
5. Masukkan sawi, tomato, garam dan gula. Kacau rata.
6. Akhir sekali masukkan mi.

KACANG POOL

3 Resipi Sedap Masakan Johor Dalam Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 8

IKLAN

BAHAN TUMIS
• 4 sudu besar minyak sapi
• 4 sudu besar cili giling
• 10 biji bawang merah – 10 biji
• 6 sudu besar serbuk kari
• 3 sudu besar ketumbar (tumbuk halus)

BAHAN LAIN
• 6 peket daging dikisar
• 8 tin kacang panggang
• 2 kg kacang kuda (direbus dan dilenyekkan)
• 10 biji tomato (dipotong dadu)
• Gula dan garam secukup rasa

CARA MEMBUAT
1. Tumis semua bahan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar. Kacau rata.
3. Masukkan pula kacang panggang, kacang kuda, tomato, gula dan garam.
4. Biarkan seketika dan sedia dihidang.

Selamat mencuba.

3 Resipi Sedap Masakan Johor Dalam Rasa Projek Gerenti Jadi Episod 8

Bagi mendapatkan resipi yang lebih menarik lagi, pastikan janji temu korang dengan Rasa Projek Gerenti Jadi bersama hos, Rozita Che Wan dan Aunty Aini. Kehadiran tetamu undangan di episod seterusnya pasti menceriakan suasana. Rancangan ini disiarkan setiap Isnin, jam 12.00 tengah hari melalui slot Dewi di saluran Astro Prima (105) dan  Astro Prima HD (121).

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI