Berita baik untuk penggemar ikan sardin tin. Asyik bosan dengan menu sardin tumis, gulai dan goreng, kali ni admin nak perkenalkan menu sardin cara baru, ala-ala fusion kononnya. Tapi admin yakin ramai yang suka… tak caya cuba ya.
IKAN SARDIN PERCIK
BAHAN-BAHAN:
1 tin besar ikan sardin | asingkan kuah dan isinya
BAHAN KUAH PERCIK:
500ml santan kotak
1 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
1/2 helai daun kunyit | carik dan simpul
5 tangkai cili kering | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
2 cm halia | kisar
2biji buah keras | kisar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang. Setelah garing angkat dan ketepikan.
2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.
3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
4. Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit.
Ads
5. Kacau hingga kuah pekat.
6. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah timbul minyak. Tutup api dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.
SARDIN TELUR BUNGKUS
BAHAN-BAHAN:
1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
Sedikit cili benggala | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
1/2 biji buah tomato | dadu halus
1/2 biji bawang Holland | dadu halus
1 biji bawang putih | cincang halus
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan minyak masak
BAHAN TELUR DADAR:
Ads
2 atau 3 biji telur
Secubit garam
Secubit serbuk lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
3. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Ads
6. Setelah kuah kering, tutup api.
7. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
8. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
9. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
10. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan isi sardin tadi.
11. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
12. Angkat dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal perkongsian saudari Eh Hidayah Ariffin ni. Istimewanya resipi ini menggunakan daun kesum. Memang wangi semerbak dan lebih enak rasanya. Cubalah. Anda pasti suka akan rasanya.
CARA MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL KESUM
YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
15 ekor ikan cencaru – dibersihkan
BAHAN KISAR:
7 biji bawang merah
1/2 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
1.5 inci belacan
1 sudu makan asam jawa
3 sudu teh garam
2 inci manisan/gula melaka
Air secukupnya
8 tangkai cili kering -rendam air panas terlebih dulu
BAHAN POTONG DADU:
7 biji bawang merah
1/2 biji bawang Holland
3 biji tomato
Daun kesum /pucuk midi – leraikan daun & tak perlu hiris
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ikan, buang perut dan belah dua bahagian atas. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar ikut tekstur yang disukai. Jika bahan kisaran terlalu cair, masukkan ke dalam kuali dan didihkan sehingga air berkurangan. Lebih sedap jika bahan-bahan tersebut ditumbuk. 3. Satukan bahan kisar bersama bahan potong dadu. Rasa masin dan manisnya supaya cukup rasa.
4. Ambil ikan dan sumbat sambal di bahagian perut terlebih dahulu. Kemudian isikan di bahagian tulang belakang. Perap ikan seketika.
5. Panaskan minyak masak dan goreng ikan hingga masak. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
TIP MASAK
1. Jika mahukan rasa sambal yang lebih sedap, tumbuk bahan kisar. 2. Daun kesum / pucuk midi boleh diabaikan. Tapi cubalah letak, rasanya memang sedap. 3. Jika kisar, jangan kisar semua tomato dan bawang. Separuh boleh dipotong dadu supaya bila makan, dapat rasa tekstur bawang dan tomato. 4. Ikan Cencaru Sumbat ini boleh digoreng dan juga dibakar. 5. Boleh ubah suai resipi ikut citarasa dan selera masing-masing.
Agar-agar yang disimpan sejuk dalam peti sejuk sangat sedap dimakan. Kadang lepas makan hidangan berat, kita rasa nak makan sesuatu yang manis sebagai pencuci mulut. Nak buat sesuatu yang senang? Cuba buat agar-agar oreo ni. Guna 4 bahan saja. Tak perlu susah-susah. RASA kongsikan resipinya. Nanti boleh cuba buat.
AGAR-AGAR OREO
.
BAHAN-BAHAN
1 bungkus agar-agar tali
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
2 peket biskut Oreo
.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan 1200 ml air ke dalam periuk. Masak bersama agar-agar sehingga agar-agar larut.
2. Selepas agar-agar larut, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Kacau selama 5 minit. Biarkan mendidih dan tutup api. Ketepikan.
4. Susun biskut dalam loyang. Tuangkan adunan agar-agar tadi.
5. Tunggu sejuk sekejap dan masukkan dalam peti sejuk.
6. Setelah sejuk, potong ikut cita rasa anda.
Resipi Udang Sambal Kantan yang padu, beraroma dan menggoda selera! Gabungan udang galah segar, bunga kantan, dan kuah sambal pekat menjadikan hidangan ini lauk kampung yang wajib dicuba.