Selagi ada bulan Syawal masih ramai yang ambil kesempatan mengadakan Open House atau Rumah Terbuka untuk meraikan jiran-jiran, handai taulan mahupun ahli keluarga yang belum sempat berjumpa di Aidil Fitri.  Hari ni RASA ingin kongsikan 10 menu hidangan berkuah yang boleh korang pilih mana yang berkenan dihati sebagai untuk dijamu pada tetamu di majlis rumah terbuka korang nanti.

.10 Pilihan Hidang berkuah Untuk Open House.

MI BANDUNG UDANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus mi kuning
  • 8-10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan udang kering
  • 20gm udang
  • 200gm daging
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan stok daging
  • 4-5 tangkai sawi
  • Sedikit kubis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 biji telur

CARA MEMASAK:

  1. Rebus udang kering bersama 1/2 cawan air.
  2. Kisar cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
  3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging, kacau seketika. Kemudian masukkan 3 cawan air rebusan daging.
  5. Masukkan daun sawi dan kubis berserta bancuhan tepung jagung.
  6. Masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas mi.

 10 Pilihan Hidang berkuah Untuk Open House.

MI KARI ALA NYONYA

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning
  • 500gm ayam | potong kecil
  • 1kg kerang | rebus dan ambil isi
  • 300gm udang | rebud dan buang kulit
  • 2 cawan air rebusan udang
  • 10-15 biji bebola ikan
  • 3 keping kek ikan
  • 4 sudu makan rempah kari ayam | bancuh menjadi pes pekat
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah | rebus dan lecek halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair | boleh digantikan dengan santan kota

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga bunga cengkih
  • 1 ng kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkai daun kari

BAHAN KISAR HALUS:

  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 batang serai | sehingga lembut
  • 10 tangkai cili kering | rebus dan toskan air
  • 2 sudu makan udang kering | rendam

BAHAN UNTUK HIASAN:

  • 4 biji telur rebus | potong dua
  • 2 tangkai sawi | potong dan rebus
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi | potong dua
  • Taugeh
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Tauhu kering goreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan air sehingga mendidih dan celur mi kuning seketika. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak. Kemudian masukkan air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
  4. Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (atau keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Hidangkankan mi bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.

 10 Pilihan Hidang berkuah Untuk Open House.

BIHUN SUP TULANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg tulang dan daging.
  • 1 bungkus bihun

BAHAN REMPAH TUMIS:

  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 tangkai cengkih

BAHAN KISAR:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 biji buah keras
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan putih
  • ½ batang lobak merah | potong dadu besar
  • 2 biji kentang sederhana besar | potong dadu besar
  • Tomato | potong 4

BAHAN SAMBAL CILI:

  • 4 sudu besar serbuk cili | dibancuh dengan sedikit air
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 3 ulas bawang merah | dikisar
  • ½ biji bawang besar | dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK HIASAN:

  • 200gm lobak masin | dicelur
  • 2 tangkai daun bawang
  • 3 tangkai daun sup
  • Bawang goreng

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
  2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
  3. Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar.
  4. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
  5. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
  6. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
  7. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

CARA BUAT SAMBAL CILI:

  1. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.

CARA CELUR BIHUN:

  1. Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam
  2. Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.
  3. Kemudian bilas dengan air bersih.
  4. Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup.

10 Pilihan Hidang berkuah Untuk Open House.

MIREBUS MUAR

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg mi kuning |dicelur
  • 250gm taugeh | buang ekor dan celur
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • 3 biji telur | direbus
  • 1 tangkai daun sup | hiris halus
  • Cili merah | hiris nipis
  • Cili hijau | hiris nipis
  • 3 ketul tauhu | goreng dan hiris sederhana nipis

BAHAN KUAH:

  • 1 senduk minyak masak
  • 500gm daging | hiris nipis
  • 500gm keledek merah | anggaran 2 ketul kecil
  • 2 sudu makan taucu
  • 5 ulas bawang merah | kisar halus
  • 4 ulas bawang putih | kisar halus
  • 2cm halia | kisar halus
  • 1 sudu makan udang kering | direndam dan kisar halus
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 6 cawan air
  • ½ cawan serbuk kacang tanah | kacang digoreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 2cm lengkuas | dititik
  • 1 biji tomato | dipotong dadu
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Rebus keledek sehingga masak dan lenyek halus.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai wangi, kemudian masukkan rempah kari daging dan taucu. Masak hingga pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau sebati.
  4. Masukkan air dan keledek yang dilenyek tadi. Masak hingga mendidih.
  5. Kemudian masukkan lengkuas, serbuk kacang dan tomato. Didihkan sehingga kuah menjadi pekat.
  6. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

10 Pilihan Hidang berkuah Untuk Open House.

LAKSA PENANG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus laksa
  • 2kg ikan kembung | rebus dan ambil isi
  • 2 biji bawang besar
  • 15 bawang merah
  • 2 ibu jari belacan
  • 1 senduk cili kisar
  • 15 keping asam keping
  • 2 bunga kantan | belah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • Garam

BAHAN HIASAN:

  • Telur | rebus dan belah 2
  • Timun | hiris
  • Salad | hiris
  • Bawang besar | hiris
  • Cili hidup | hiris
  • Limau kasturi | belah 2
  • Daun pudina | jika suka
  • Cili padi  (jika suka)
  • Otak udang (jika suka) 

CARA MEMASAK:

  1. Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah.
  2. Kisar isi ikan jangan sampai hancur untuk dapatkan kuah yang terasa isi ikannya.
  3. Kisar bahagian kepala ikan dan tulang. Kemudian tapis airnya.
  4. Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan.
  5. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
  6. Masukkan isi ikan yang di kisar tadi. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih.
  7. Masukkan garam dan sesuaikan rasa serta kepekatannya.
  8. Bolehlah dihidangkan bersama kuah laksa dan bahan hiasannya.

10 Pilihan Hidang berkuah Untuk Open House.

LAKSA KUAH LEMAK

BAHAN-BAHAN:

  • 2kg laksa basah
  • 8 ekor ikan selayang | direbus dan ambil isinya
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan air untuk tambahan | untuk sesuaikan pekat/cair
  • 1 labu bawang besar | kisar
  • 8 ulas bawang merah | kisar
  • 1 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia | kisar
  • ½ sudu teh lada hitam | tumbuk halus
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • serbuk perasa

BAHAN SAMBAL CILI

  • Cili padi
  • Garam
  • Belacan

BAHAN ULAM-ULAMAN:

  • Tauge
  • Kacang panjang | hiris halus
  • Timun | hiris halus
  • Bunga kantan | hiris halus
  • Kubis| hiris halus

CARA MEMASAK:

Cara memasak kuah:

IKLAN
  1. Kisar isi ikan bersama air hingga halus.
  2. Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan kacau hingga sebati.
  3. Jerang atas api dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga mendidih untuk dapatkan tekstur kuah yang halus.
  4. Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kacau hingga mendidih.
  5. Sesuaikan rasa dan tutup api.

Cara buat sambal lada:

  1. Satukan semua bahan dan kisar sehingga halus.
  2. Sesuaikan rasanya.

 

10 Pilihan Hidang berkuah Untuk Open House.

MI KOLOK DAGING SARAWAK

BAHAN-BAHAN:

  • 3-4 gulung mi sanggul
  • 1 sudu makan perencah sup
  • 100gm daging
  • 5 ulas bawang putih | dicincang
  • 8 biji cili api
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 5 sudu teh kicap manis
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 2 biji limau kasturi | ambil jusnya
  • 1 sudu teh sos ikan atau sos soya
  • 1 sudu teh cuka
  • Daun bawang & daun sup | dihiris
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Cara memasak sup:

  1. Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk.
  2. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis-nipis.
  3. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan)

Cara memasak mi :

  1. Rebuskan mi bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan.
  2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan.
  3. Masukkan pula mi yang telah ditoskan ke dalam kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang tadi.
  4. Perasakan dengan cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
  5. Di dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan goreng daging yang telah dihiris tadi.
  6. Masukkan kicap pekat, 1/2 sudu besar kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam.

Cara memasak sambal:

  1. Kisar cili api dengan 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi.

10 Pilihan Hidang berkuah Untuk Open House.

LONTONG

BAHAN -BAHAN:

Bahan Kuah Lodeh:

  • 1 paket ketupat nasi mini | direbus dengan sedikit garam
  • 500ml santan pekat
  • 3 ketul tempe | dipotong
  • 2 bungkus fucuk | direndam lembut dan dipotong pendek
  • suun secukupnya | direndam lembut
  • ¼ bahagian kubis | dipotong nipis
  • 2 batang lobak merah | dipotong memanjang
  • 3 kacang panjang | dipotong pendek
  • 2 sudu besar udang kering tanpa kulit | direndam
  • 2 ulas bawang besar | dibelah 8
  • 2 biji cili merah | dihiris nipis
  • 2 sudu besar ikan bilis direndam | dikisar
  • 4 ulas bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 inci lengkuas | dikisar
  • garam dan gula secukup rasa
  • Bahan-bahan kuah kacang
  • 600gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak
  • 3 senduk cili kisar | lebihkan jika mahu pedas
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan seruk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1/2 cawan gula merah | atau lebih jika perlu
  • 10 ulas bawang merah | dikisar
  • 5 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 sudu besar udang kering tanpa kulit | dikisar
  • 4 biji buah keras | dikisar
  • 2 inci lengkuas | dikisar
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa

BAHAN TUMIS:

  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 buah pelaga
  • 2 bunga lawang
  • 1/2 cawan minyak masak

CARA MEMASAK:

IKLAN

Kuah Lodeh:

  1. Dalam periuk, satukan bahan kisar, udang kering dan santan. Didihkan atas api perlahan sambil dikacau.
  2. Masukkan tempe, lobak merah dan kubis. Masak sehingga sayur lembut.
  3. Masukkan cili merah, fucuk dan suun dan masak sehingga keduanya lembut.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Kuah Kacang:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi. Masukkan bawang kisar dan cili kisar. Kacau sebentar.
  2. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Masukkan juga kacang tanah dan sedikit air. Fungsi air ialah supaya kuah kacang dapat dimasak sehingga lembut.
  3. Masukan garam dan gula merah.
  4. Masak sehingga kacang kembang dan empuk dan kuah menjadi pekat.
  5. Kacau sekali sekala.
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama ketupat nasi, sambal tumis dan kuah kacang.

10 Pilihan Hidang berkuah Untuk Open House.

 LAKSA SARAWAK

BAHAN-BAHAN:

Bahanbahan pes laksa sarawak (200gm)

  • 8 biji bawang merah | kisar halus
  • 4 ulas bawang putih | kisar halus
  • 10-12 tangkai cili kering | kisar halus
  • 1 inci lengkuas | kisar halus
  • 1 sudu teh ketumbar | kisar halus
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 3 biji buah keras | kisar halus
  • 2-3 batang serai  | kisar halus
  • 1 inci belacan bakar  | kisar halus
  • 1/4 cawan kacang tanah | digoreng dan dikisar halus
  • 1/4 cawan bijan | digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan-bahan kuah:

  • 200gm pes
  • Isi ayam secukupnya | direbus dan dicarik halus
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus bihun | direndam dan dicelur
  • 4 biji telur | didadarkan dan dihiris halus
  • 2 batang serai | diketuk
  • 250ml santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Taugeh | dicelur
  • Sedikit daun ketumbar | diracik
  • Limau kasturi secukupnya | dibelah dua

Bahan sambal udang kering 

  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • Sedikit belacan bakar | dikisar
  • Segenggam udang kering | dikisar halus
  • 4-5 sudu makan cili kisar
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula

CARA MEMASAK:

 pes:

  1. Satukan semua bahan yang telah dikisar halus.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.

kuah Laksa:

  1. Panaskan 2 liter air dalam periuk. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang.
  2. Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan udang tadi dan kacau menggunakan api perlahan. Boleh tambah air jika perlu.
  3. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  4. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas.

Sambal Udang Kering 

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
  2. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

10 Pilihan Hidang berkuah Untuk Open House.

BIHUN BELACAN

Bahan-bahan A

  • 1 bungkus bihun | rendam kembang dan celur dengan air panas
  • Tauge secukupnya
  • Timun | potong halus
  • Telur padi
  • Sotong kembang | potong sederhana
  • Limau kasturi

Bahan-bahan B (kisar)

  • 1 biji bawang bombay
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • sedikit udang kering

Bahan-bahan C

  • Cili giling (abaikan jika tidak mahu pedas)
  • Minyak sedikit untuk menumis

Bahan-bahan D

  • 1 liter air
  • ½ inci belacan | tambah sedikit air dan hancurkan
  • 2 sudu teh pitis udang
  • 1 sudu teh pes asam jawa | lebihkan jika mahu rasa masam
  • Sedikit kicap pekat masin atau kicap pekat | untuk warna
  • Sedikit garam
  • Gula dan bahan perasa secukupnya.
  • 1 ½ sudu teh tepung jagung | tambah sedikit air untuk memekat kuah

CARA MEMASAK:

  1. Tumis bahan (c) hingga garing dan masukan bahan kisar. Tumis sehingga kuning dan bawang masak.
  2. Masukan bahan (d) kecuali bancuhan tepung jagung dan biarkan mendidih menggunakan api sederhana selama 10 minit.  Masukkan sedikit garam.
  3. Tapis kuah terlebih dahulu menggunakan penapis kecil supaya dapat kuah yang halus.
  4. Masukan bancuhan tepung dan kacau rata. Tutup api. Kuah jangan terlalu cair ataupun pekat.
  5. Siap dan boleh dihidangkan bersama bahan A, bahan sampingan diatas.

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI