10 Petua Melembutkan Isi Ayam Pencen Yang Paling Mudah

Share

Bagi penggemar sajian ayam pencen, ayam tua atau ayam kampung, pasti dah faham mengenai proses penyediaan hidangannya yang agak memakan masa. Maklumlah, dagingnya sedikit liat. Walaupun begitu, isi ayam ni masih boleh dilembutkan dan memang sedap jika dimasak rendang, masak lemak cili api dan sebagainya.

Cara nak melembutkan isi, salah satunya ialah dengan cara merebus dengan beberapa bahan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses ini. Antara yang boleh dicuba ialah:

 

PETUA 1
Tumbuk 1/2  sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia. Masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air. Rebus hingga lembut.

 

PETUA 2
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

 

PETUA 3
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Ia akan membantu isi ayam cepat lembut.

 

PETUA 4
Bungkus satu sudu makan biji selasih menggunakan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Hasilnya ayam akan cepat empuk.

 

PETUA 5
Ketika merebus ayam tua, masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk.

 

PETUA 6
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa. Ayam bukan sahaja cepat empuk malah lebih sedap.

 

PETUA 7
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

 

PETUA 8
Kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

PETUA 9

Masukkan daun nangka ke dalam masakan ayam. Masak bersama ayam sehingga ayam empuk .

 

PETUA 10

Masukkan beberapa batang sudu logam ke dalam masakan ayam. Ayam akan empuk lebih cepat. Malah cara ini juga sesuai digunakan untuk mengempukkan daging.

IKLAN