Kehadiran anda ke Pa&Ma Baby Fiesta 2019 kali ini pastinya membangkitkan emosi gembira kerana banyak acara yang berbeza bakal mencuit hati. Antara acara yang ditunggu-tunggu adalah Raja Pecut Bayi iaitu acara perlumbaan bayi merangkak paling laju ke garisan penamat. Mesti gamat suasana. Bayi tak menjerit pun, tapi pasti mak-mak yang lebih-lebih teruja nak melihat bayi mereka cepat-cepat merangkak.
WhatsApp Image 2019-07-25 at 6.32.05 PM.
Acara Raja Pecut Bayi adalah anjuran team majalah Pa&Ma iaitu portal keibubapaan yang terunggul di tanah air. Perlumbaan ini adalah salah satu daripada pelbagai lagi acara menarik yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 2 hingga 4 Ogos 2019, jam 10 pagi hingga 9 malam di Shah Alam Convention Centre.
Pa&Ma Baby Fiesta 2019 anjuran Nu Ideaktiv turut mendapat tajaan daripada AXA Affin Life Insurance, Boost App dan Avisena.
APA YANG BEST?
1) Bagi anda yang sedang mencari pelan insurans kesihatan terbaik dan berbaloi untuk diri dan keluarga, AXA Affin Life Insurance bakal memberikan anda pelan kesihatan yang diinginkan.
WhatsApp Image 2019-07-25 at 6.32.08 PM
2) Anda tak payah bawa wang tunai banyak-banyak. Menerusi Boost App, anda boleh membeli-belah tanpa cash. Siap boleh dapat rebat menarik tau. Jadi tak perlulah mencari mesin ATM. Kalau nasib tak baik, kena beratur pulak. Dengan Boos App, anda boleh berbelanja dengan lebih tenang.
IKLAN
3) Hospital Avisena pula menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma buat para bakal ibu bagi mengetahui tahap kesihatan mereka.
WhatsApp Image 2019-07-25 at 6.32.10 PM.
4) Fiesta ini menawarkan tawaran diskaun sehingga 99% untuk pelbagai barangan keperluan bayi dan ibu. Ada
antaranya boleh dibeli pada harga RM1 yang tertakluk kepada terma dan syarat pihak pempamer daripada jenama-jenama terkenal.
IKLAN
5) Penganjur turut menyediakan 4,000 beg hadiah untuk diberikan kepada pengunjung sekiranya mendaftar awal secara online di http://bit.ly/PAMAGOODIEBAG atau yang mendaftar secara manual di kaunter pendaftaran fiesta nanti.
6) Kemeriahan fiesta dimarakkan lagi dengan pelbagai aktiviti penuh ceria seperti acara pertandingan mewarna. Terbuka kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun, Bayi Merangkak Race, Super Hero Jr Gader, sesi demo Yoga Ibu Hamil, Pertunjukan Fesyen Ibu Hamil, Chicky Dance Challenge dan banyak lagi.
7) Tidak cukup dengan itu, Pa&Ma Baby Fiesta turut diserikan dengan kehadiran para selebriti terkenal seperti Dazrin, Hafidz Roshdi, Fauziah Gous & Zhafran, Mawar dan suami, Fynn Jamal di reruai Pa&Ma serta kemunculan maskot pujaan anak-anak kecil iaitu Omar & Hana.
IKLAN
WhatsApp Image 2019-07-25 at 6.32.12 PM
8) Penuh dengan pengisian informasi. Antaranya Buckle Up Campaign tentang kesedaran penggunaan tempat duduk bayi dalam kereta, seminar Membesarkan Anak Hebat Dengan Susu Ibu bersama Pakar Perbidanan Sakit Puan, Dato’ Dr. Hamid Arshat.
9) Pa&Ma turut akan mengadakan majlis perasmian kad keahlian yang dikenali sebagai momstobe by Pa&Ma. Ini merupakan kad keahlian yang akan memberi banyak manfaat kepada pemegang kad berdaftar.
WhatsApp Image 2019-07-25 at 6.32.18 PM
10) Fiesta ini bukan sahaja menyajikan tawaran harga terendah di samping aktiviti yang meriah malah, pihak penganjur turut ingin memastikan keselesaan dan kebajikan pengunjung terutamanya ibu-ibu mengandung dan anak-anak kecil. Kemudahan penting seperti bilik menyusu dan menukar lampin bayi ada disediakan selain ruang istirahat yang cukup selesa serta surau yang luas.
WhatsApp Image 2019-07-25 at 6.32.11 PM.
Pa&Ma Baby Fiesta membawa dimensi ekspo bayi yang berbeza dan penuh warna-warni daripada yang lain. Alami pengalaman beli belah berbeza yang lebih menyeronokkan. Berbelanja sambal berhibur di Pa&Ma Baby Fiesta. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat fiesta: Pa&Ma Baby Fiesta 019-675 3057 atau emel kepada event@ideaktiv.com
Memang berbaloi kalau buat kek untuk hidangan raya tapi dalam masa yang sama kalau dapat berkongsi kek dengan jiran tetangga dan sanak saudara lagi meriah. Resipi ni boleh buat sampai 3 adunan jadi boleh lah buat berbekas-bekas memang sedap dan jimat masa! Selamat mencuba.
Bekalan untuk seminggu, buat 3 adunan dapatlaa 9 tupperware nii, 1 kg gandum jer tu pun ada lebih lagi 1 cawan nii. Dah biasa makan benda sama beminggu berbulan, ikut kudrat & rezki sambil jimat petrol dan bajet membeli. Makan panas pun sedap, sejuk dari fridge pun sedap, buat simple jerrr…..
RESIPI SUNQUICK MOIST CAKE
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
* satukan ketiga2 bahan, gaul2kan sekejap & ayak.
4 biji telur A @ 5 biji telur B
2 sudu makan parutan kulit buah sunkist
1/2 cawan sunquick (perisa OREN)
2/3 cawan gula
2/3 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak sayur @ minyak masak
1 cawan air panas
sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur, blh jg guna kaler oren.
* boleh kurang @ lebihkan sesudu dua gula @ susu jika nak lebih @ kurang manisnya.
CARA MEMASAK:
* Setelah pecah telur, buangkan tali pusatnya supaya kek tak hanyir, so tak guna esen vanilla puntak pe
– Pukul telur dan gula hingga gula hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis sambil dipukul sebati.
* Jika adunan pekat atau berat untuk dipukul boleh selang selikan tepung dengan minyak yer. Buat hingga habis minyak & tepung.
– Tambahkan susu pukul kejap pastu tambah air panas, pukul lagi hingga adunan kelihatan licin & tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati & adunan pun kelihatan mula kembang naik dah time nii.
– Akhir sekali letakkan parutan kulit sunkist jg pewarna. Pukul sekejap hingga warnapun sekata dan dah boleh mula mengukus @ pun dibakar.
* Sukatan satu adunan di atas untuk sebiji kek bersaiz 8″x8″ @ 3 biji kek kecil bersaiz 4 1/2″x6 1/2″ (spt bekas dlm gmbr saya nii)
* UTK DIKUKUS:
Jika guna tupperware plastik tahan panas macam gambr nii boleh terus tuang & kukus dengan api besar leibh kurang 25 – 35 minit @ sehingga masak (2 biji sekali kukus). * UTK DIBAKAR:
Alaskan dasar loyang dgn kertas minyak, sapukan sedikit marjerin, tuangkan adunan & bakar api atas bwh suhu lbh krg 160-170°c, dlm 45 minit @ hingga masak & bgantung jenis oven. Kalu nk lbh moist dibakar, blh alaskan tray k
Ada saja resipi pelik setiap hari di Malaysia ni, mula viral maggi lilit atau sate maggi. Sangat kreatif selain resipinya sangat mudah dan senang untuk disediakan. Selamat mencuba!
RESIPI MAGGI LILIT/SATE MAGGI
BAHAN-BAHAN:
Maggie perisa kari(Saya buat 2 bungkus.Nak guna jenama dan perisa lain pun boleh)
2 atau 3 biji telur
Sedikit tepung jagung
Lidi sate
CARA MEMASAK:
Rebus maggie dan toskan
Bubuh perencah kari dan gaul sebati
Lilitkan maggie pada lidi sate.Kepal-kepal supaya kemas dan tak terburai
Laksa Johor merupakan makanan tradisi yang berasaskan bahan seperti spaghetti, ikan parang bakar, hirisan timun, bawang besar, hirisan daun kesum, daun selasih, perahan limau kasturi, taugeh, kacang panjang, lobak masin dan sambal belacan. Manakala kuah laksa pula menggunakan bahan seperti ikan parang bakar, santan pekat, bawang dan rempah-ratus. Keunikan dan perbezaan Laksa Johor dengan laksa negeri lain terletak pada penggunaan spaghetti dan kepekatan kuahnya. Suatu ketika dahulu, orang Johor menggunakan tangan untuk memakan Laksa Johor kerana dikatakan lebih enak dan dihidangkan semasa musim perayaan dan majlis-majlis tertentu.
Perbezaan laksa Johor dengan laksa daripada negeri lain adalah hanya laksa Johor yang dimakan bersama spaghetti berbanding mee laksa seperti versi laksa negeri lain. Beliau turut mempercayai asal usul laksa Johor muncul selepas Almarhum Sultan Abu Bakar melawat Itali dan memperkenalkannya kepada kerabat kesultanan Johor. Rasa keaslian laksa Johor yang unik itu akan berlainan sekiranya diganti dengan mee kuning atau jenis mee yang lain.
BAHAN UNTUK KUAH :
1 1/2 kg ikan kembong etc
15 ulas bawang merah
12 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
1/2 genggam udang kering
13 batang serai. (3 ketuk, 10 kisar)
3 keping asam keping
2 ibu jari lengkuas(1/2 kisar, 1/2 ketuk)
2 ibu jari halia
1 peket besar kerisek
1200ml santan
125gram rempah kari Ikan
Minyak masak utk tumis
Garam dan Gula secukup rasa
*Semua bahan dikisar halus (kecuali ikan) Rebus ikan, dipilih isinya, tulang ikan dikisar kasar untuk ambil air tulang.
SPAGETI – DIREBUS
ULAM
Timun Taugeh
Kacang panjang
Daun kesum
Daun selasih
Bunga kantan
Limau kasturi
SAMBAL BELACAN
Cili kecil
Cili besar
Bawang putih
Belacan
Garam
(Ditumbuk halus)
CARA MEMASAK : 1. Kisar bawang, halia, lengkuas & udang kering.
2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau.
3. Masuk serai yang sudah dikisar.
4. Masukkan sedikit air, kacau.
5. Masukkan kerisek
6. Masukkan serbuk rempah kari ikan Adabi
7. Masukkan asam keping
8. Masukkan air sedikit lagi
9. Masukkan isi ikan & air tulang ikan
10. Kacau
11. Masukkan santan & air. (air jangan banyak sampai cair kuah)
12. Dah mendidih masukkan garam & gula.
13. Kacau jangan bagi pecah santan.
14. SIAP!
Hidangkan laksa dengan ulaman & sambal belacan.
Resepi asal dari FB Nieza HM Kredit Resepi : Muhammad Nurul Imran Ismail
Klik Link ini jika anda suka laksa Thai: http://www.rasa.my/resipi-laksa-thai-asli-yang-mudah-ringkas/
” Mengikut cerita orang2 dulu kala, sebab laksa Johor ber ‘mi’ kan spaghetti, isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah difusionkan. Berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johor, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya. Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi IKAN PARANG. Memang leceh nak buat kuahnya.Kalau orang dulu nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari untuk mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa” # copy paste