
Pening tak tahu nak sediakan apa untuk sarapan atau minum petang? Boleh cuba resipi Roti Bun Kacang Merah ni. Hasilnya gebu, lembut dan sedap! Siapa tak suka kacang merah, boleh gantikan dengan serunding, kaya atau sambal tumis. Memang sedap, tambah pula dengan secawan kopi panas.
ROTI BUN KACANG MERAH
Bahan-bahan:
11gram yis 2 sudu makan gula kastor ½ cawan air suam 3 cawan tepung gandum 2 sudu makan susu pekat manis 1 biji telur 2 sudu makan mentega ½ sudu teh garam Inti pilihan – kacang merah/serunding/kaya/sambal tumis
Cara-cara:
1. Satukan yis bersama air suam dan gula kastor lalu kacau. Biarkan seketika sehingga berbuih (sehingga yis kembang).
2. Masukkan semua bahan lain kecuali inti lalu uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat pada mangkuk adunan (8-10 minit, kelajuan medium).
3. Uli doh sebentar dengan menggunakan tangan dan tutup doh dengan cling wrap lalu rehatkan selama 45 minit atau sehingga doh naik sekali ganda.
4. Tumbuk doh untuk keluarkan lebihan angin. Uli doh dan bentukkan menjadi bebola kecil atau bentukkan mengikut saiz yang disukai.
5. Letakkan inti pilihan dan kemaskan doh dan susun di atas dulang pembakar. Rehatkan doh sekali lagi selama 20 minit.
6. Sapu permukaan doh dengan sedikit mentega cair atau telur.
7. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180℃ selama 20-25 minit atau sehingga roti keperangan.
8. Sedia untuk dihidangkan.
#RasaGerentiJadi