
MASAK MERAH UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN:
500grm Udang basah
5 ulas bawang merah – kisar
2-3 ulas bawang putih – kisar
Halia sedikit – kisar
2 senduk Cili boh @ cili kering.
3 sudu makan Sos tiram
3 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
1 biji bawang besar – hiris kasar
Petai
Gula garam secukup rasa.
Minyak utk menumis
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
2 Setelah kekuningan, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan naik minyak.
3. Masukka sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan garam dan gula dan perasakan.
5. Masukkan udang dan petai kacau sehingga udang masak dan jangan terlalu lama. Kemudian akhir sekali masukkan bawang yang di potong bulat. Kacau.
6. Siap hidangan untuk makan tengahari.