
Pernahkah anda cuba membuat Jeli Tembikai Susu? Resipi ini sunguh mudah, sedap dan berkhasiat. Anak-anak mesti teruja nak makan. Apatah lagi buah tembikai susu ni banyak manfaat dan mempunyai pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh. Antaranya baik untuk kesihatan kulit, melancarkan pencernaan serta rendah kalori, memang sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Cubalah. Anda pasti berpuas hati.
Oh ya, untuk pengetahuan anda, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah memperkenalkan menu sihat yang mengandungi pelbagai khasiat buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan melalui program MAFI Prihatin Meal. Jom sokong produk tempatan kita.
JELI TEMBIKAI SUSU
BAHAN-BAHAN:
½ biji buah tembikai susu
Jus tembikai susu secukupnya
10 gm serbuk agar-agar
½ kg gula
4 liter air
#majalahrasa #rasashare #jelitembikaisusu #mafiprihatinmeal #fama #famadihatirakyat #buahtempatan #sayurtempatan #myfoodie #menusihat #resepi #resipi #promosifama