
Senang je lahai nak buat apam gula merah. Bahan-bahan pun tak banyak. Tapi apam gula merah ni special dari yang lain sebab kita letak dalam daun pisang. Sesuai untuk minum petang dengan secawan kopi panas. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
11grams yis kering
½ cawan air suam
4 cawan tepung gandum
2 ½ cawan air gula merah
Kelapa parut (putihnya sahaja) + sedikit garam
Daun pisang secukupnya – dilayur
Cara-cara:
- Masukkan yis ke dalam air suam dan biarkan dalam 10-15 minit sehingga yis kembang/berbuih.
- Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum dan air gula merah sedikit demi sedikit dan kacau rata.
- Masukkan yis yang telah kembang tadi lalu kacau bancuhan sehingga sebati.
- Tutup mangkuk dengan cling wrap dan biarkan selama 60-75 minit sehingga adunan naik sekali ganda.
- Tuang adunan apam ke dalam daun pisang lalu bentukkan seperti membungkus tapai.
- Kukus adunan selama 30-45 minit atau sehingga kuih masak.
#Rasa
#GerentiJadi