Hujung minggu nanti mungkin ada yang bakal meraikan hari lahir. Pasti di fikiran sudah ada pelbagai menu untuk dijamu kepada tetamu yang bakal hadir. Adalah lebih enak jika ia datang dari air tangan tuan rumah. Barulah teringat-ingat kesedapan makanan yang ada. 

Tak perlu susahkan diri, bertemakan potluck lebih mudah untuk tuan rumah dan semua tetamu yang hadir. RASA kongsi menu potluck yang boleh disediakan nanti. Pilihan menu yang menarik dan menyelerakan bakal memeriahkan majlis anda nanti.

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir
MAC & CHEESE ( Makaroni & keju )
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis dan reneh
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Lemak berkrim
Anggaran kos :RM 10.00

BAHAN-BAHAN:
Macaroni
5 ulas bawang putih ( dicincang halus)
3 ulas bawang Holland ( potong dadu kecil )
3 sudu makan mentega
5 biji tomato ceri
Sosej ayam
1 tin sos keju Preggo
3 keping keju cheedar
Serbuk Cheese Mesra
1 cawan susu cair
3 sudu makan nestum

Dapatkan DEROYAL 3 IN 1 CORDLESS CHOPPER & MIXER dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

CARA MEMASAK:

  1. Rebus makaroni bersama sedikit minyak, setelah agak kembang tos dan ketepikan dahulu
  2. Dalam kuali, panaskan mentega dan tumis bawang putih diikuti Bawang Holand
  3. Masukkan sosej dan kacau hingga masak
  4. Setelah itu masukkan sos keju Preggo
  5. Kemudian masukkan susu cair. Kacau sehingga sos agak pekat masukkan makaroni dan gaul rata
  6. Masukkan sedikit garam, lada sulah dan sedikit serbuk perisa
  7. Masukkan tiga keping keju cheedar
  8. Masukkan tomato ceri
  9. Masukkan serbuk nestum untuk memekatkan sos
  10. Serbuk cheese Mesra dibancuh dengan ½ cawan air dan curah ke dalam makaroni tadi untuk membuatkan sos lagi berkrim selain memberi warna keju yang menyelerakan.
  11. Setelah masak, angkat masuk ke dalam mangkuk dan taburkan sedikit serbuk nestum sebagai hiasan dan siap dihidangkan panas

INFO CHEF: Guna serbuk nestum untuk memekatkan sos keju

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir
ANGEL HAIR AGLIO UDANG
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Herba English Tradisi
Anggaran kos :RM 8.00

BAHAN-BAHAN:
Spaghetti Angel Hair
Minyak zaiton untuk tumis kering
5 ulas bawang putih | di cincang halus)
3 ulas bawang Holland |potong dadu kecil
5 ekor udang | dibuang kulit dan basuh bersih
3 sudu teh empingan cili
5 biji tomato ceri | belah dua
Sedikit daun parsli segar| dicincang halus
Garam, gula & perasa
Serbuk bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Rebus spaghetti Angel Hair sehingga empuk, angkat dan toskan
  2. Dalam kuali masukkan sedikit minyak zaitun untuk tumisan kering
  3. Tumis bawang putih kemudian diikuti dengan bawang Holland
  4. Agak garing dan naik bau, masukkan udang
  5. Kemudian masukkan pula spagheti dan gaul rata
  6. Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan serbuk perasa
  7. Masukkan empingan cili, gaul rata
  8. Masukkan serbuk bawang putih
  9. Akhir sekali padamkan api dan masukkan daun parsli, kacau rata
  10. Siap untuk dihidangkan

INFO CHEF:Masukkan sedikit minyak zaitun dan garam semasa merebus spageti bagi mengelakkan spageti melekat dan teksturnya kenyal dan tidak mudah terputus semasa proses merebus

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir
NASI GORENG BUTTER
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 15 minit
Cara memasak: Tumis
Jenis masakan :Hidangan utama
Keistimewaan: Kaya dengan rasa lemak keju bersama variasi pedas dan manis
Anggaran kos :RM 8.00

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
Minyak zaitun untuk tumis kering
2 sudu makan buttercup
5 ulas bawang putih | dicincang halus
1 keping sosej ayam | dipotong memanjang dan nipis
½ batang lobak merah | dipotong panjang dan halus
½ mangkuk kacang pis hijau
5 biji tomato ceri
Serbuk perasa, serbuk lada sulah,garam dan gula
Serbuk parsli untuk hiasan

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun.Tumis bawang putih sehingga naik bau dan sedikit garing
  2. Masukkan hirisan sosej
  3. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata
  4. Sesuaikan rasa dengan garam gula, serbuk lada sulah dan serbuk perasa
  5. Masukkan buttercap dan gaul rata
  6. Masukkan lobak merah , kacang pis dan tomato ceri
  7. Goreng sehingga semua sebati.Tutup api, angkat ke dalam pinggan dan taburkan serbuk daun pasley
  8. Sedia untuk dihidagkan

INFO CHEF: Untuk memasak nasi goreng, elok gunakan nasi sejuk semalaman untuk mendapat hasil nasi yg berderai semasa di goreng dan tidak melekit.

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir
FLOWER SAUSAGE SKEWER
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 25 minit
Cara memasak: Panggang dan goreng
Jenis masakan :Pembuka selera
Keistimewaan:
Anggaran kos :RM 6.00

BAHAN-BAHAN:
UNTUK GRILL
2 batang lobak merah | dipotong baji
1 biji kentang | dipotong baji
Beberapa kepingan helai Bawang Holand
Beberapa biji tomato ceri
Serbuk BBQ
Bawang putih |dicincang
Garam dan gula
Lada hitam
6 batang lidi satay untuk skewer

UNTUK GORENG
Beberapa keping sosej ayam untuk setiap sebatang dipotong 3 kemudian di belah 4 pada bahagian atas dan bawah untuk menjadikanya kembang berbentuk bunga semasa di goreng dengan minyak panas

CARA MEMASAK:

IKLAN
    1. Panaskan minyak dan goreng potongan sosej tadi, setelah kembang, angkat dan toskan
    2. Untuk bahan panggang, rebus terlebih dahulu lobak merah dan kentang sehingga empuk
    3. Gaul semua bahan-bahan panggang dan perap selama 15 minit dan kemudia panggang lebih kurang dalam 3 minit untuk mendapatkan warna keperangan pada sayuran tadi
    4. Setelah itu mula membuat skewer dengan cara menyucuk satu hirisan ubi kentang diikuti dengan satu ketul sosej, kemudian diikuti dengan hirisan lobak merah, diikuti pula dengan satu ketul sosej, kemudian cucuk pulak kepingan bawang dan terakhir cucuk buah tomato ceri di bahagian atas sekali
    5. Susun di dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan bersama mana-mana sos kegemaran.

INFO CHEF:Hidangan skewer sangat sesuai untuk acara barbeku di mana konsep penyediaan yang memerlukan hidangan di panggang di atas bara api dan di makan dalam keadaan santai

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir
BRUSHETTA TOMATO
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak: Tumis dan bakar
Jenis masakan : Pembuka selera
Keistimewaan: Makanan diet baik untuk kesihatan
Anggaran kos :RM 6.00

BAHAN-BAHAN:
1batang roti Perancis/ Baguette
1 biji tomato besar
1/4 bawang besar kuning
4 ulas bawang putih
1/4 cawan minyak zaitun
Sedikit herba campuran untuk taburan
Sedikit lada hitam
1 mangkuk sup Mozarella Cheese

CARA MEMASAK:

  1. Roti Perancis dipotong serong dengan tebal 1/2 inci
  2. Bawang besar, tomato, dibasuh dan dipotong kiub kecil-kecil
  3. Bawang putih dibasuh dan dicincang halus
  4. Di dalam satu mangkuk besar, satukan tomato, bawang besar dan bawang putih.
  5. Tuangkan minyak zaitun dan taburkan lada hitam dan herba campuran. Gaul rata kesemua bahan.
  6. Sapukan bahan-bahan ke atas kepingan roti Perancis dan taburkan Mozarella Cheese atasnya.
  7. Panaskan oven selama 10 minit. Susunkan roti-roti tadi ke atas dulang dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 10 minit atau Cheese cair.

INFO CHEF – Kalau tak nak bakar dalam oven, boleh makan roti Perancis kosong dicicah bahan campuran tomato itu.

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir
FISH & CHIPS
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan :Sajian utama
Keistimewaan: Kelazatan hidangan ini pada kerangupan filet ikan dengan ramuan perasa yang secukup rasa.
Anggaran kos :RM 8.00

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 sudu makan baking powder
1 cawan sparkling water
1 sudu teh madu
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh lada hitam
3 keping isi ikan dory
Ubi kentang | dipotong bentuk french fries
Lemon
Daun parsley

CARA MEMASAK:
1. Gaul tepung bersama baking powder, sparkling water, madu, garam dan lada hitam hingga sebati.
2. Salut ikan dory dengan tepung gandum. Kemudian, salut dengan adunan tepung.
3. Goreng hingga keemasan.
4. Rebus kentang selama lima minit.
5. Toskan dan goreng hingga rangup.
6. Tabur garam dan lada hitam.
7. Hidangkan bersama hirisan lemon dan daun parsley
INFO CHEF – Untuk menambahkan lagi enak pada ikan, renjiskan sedikit air lemon dari belahan buah lemon yang segar. Rasa ikan tidak hanyir dan menaikkan aroma yang lebih menyelerakan.

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir
KEK BUTTER KLASIK
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak: 35 minit ke 50 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan :Dessert
Keistimewaan: Penggunaan bahannya yang sangat ringkas dan mudah untuk disediakan
Anggaran kos :RM 6.00

BAHAN-BAHAN:
1 cawan mentega Buttercup
1 cawan cawan gula kastor
4 biji telur ayam gred A
1/1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder

CARA MEMASAK:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang
  2. Masukan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang
  3. Masukkan esen vanilla
  4. Masukkan baking powder
  5. Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati
  6. Masukkan dalam loyang yang digris dengan mentega terlebih dahulu
  7. Bakar pada suhu 170*c selama 50 minit

INFO CHEF– Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja-kerja penyediaan bahan kek untuk menghasilkan kek yang bakar menjadi cantik dan gebu.

IKLAN

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir
TRIFFLE PUDDING
Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Rebus dan dingin beku
Jenis masakan :Dessert
Keistimewaan: Penggunaan buahan segar lagi sedap berbanding dengan penggunaan buahan koktel di dalam tin selain ianya lebih berkhasia
Anggaran kos :RM 6.00

BAHAN-BAHAN:
Buah koktel dalam tin
Buah anggur hitam
Buah anggur hijau
Buah apple hijau
Kepingan swis roll
Agar-agar tanpa pewarna
3 sudu makan chia seeds
3 senduk sederhana gula dan sedikit garam,
Sedikit esen vanila

CARA MEMASAK:

  1. Agar-agar dimasak dengan api yang sederhana sehingga larut sepenuhnya
  2. Masukkan gula dan sedikit garam
  3. Masukkan sedikit esen vanilla dan chia seeds
  4. Tutup api dan biarkan sebentar
  5. Kesemua buah-buahan dipotong dadu kecil
  6. Di dalam acuan kaca, aturkan swiss roll dengan rata
  7. Taburkan pula ke semua hirisan buah-buahan tadi
  8. Curahkan agar-agar ke dalam acuan kaca tadi pastikan lapisan agar-agar meliputi semua bahan-bahan tadi
  9. Masukkan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan
  10. Sedia untuk dihidangkan setelah jelly sudah membeku

INFO CHEF – Chia seed direndam terlebih dahulu dengan air panas supaya ia kembang sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam agar-agar

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir
SAGO GULA MELAKA KLASIK
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Reneh
Jenis masakan :Pencuci mulut
Keistimewaan: Lemak manis
Anggaran kos :RM4
Bahan-bahan diperlukan:
Bahan-bahan (sago):
– 5 cawan air
– 1 1/2 cawan sago

Bahan-bahan (kuah santan):
– 2 cawan santan
– Daun pandan

Bahan-bahan (sirap gula melaka):
– 1/2 cawan air
– 200g gula melaka
– 1/4 sudu kecil garam

CARA MEMASAK:
1. Untuk memasak sago, panaskan air dan masukkan sago. Kacau 15 minit hingga masak.
2. Sejukkan 30 minit.
3. Untuk kuah santan, didihkan santan dengan daun pandan.
4. Untuk sirap gula melaka, didihkan air, gula melaka dan garam sehingga pekat.
5. Hidangkan sago bersama kuah santan dan sirap gula melaka.

INFO CHEF:Biji sagu direndam semalaman terlebih dahulu agar cepat masak apabila di rebus dengan api yang perlahan.

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir
SIRA LABU BERSANTAN
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak: Reneh
Jenis masakan :Pencuci Mulut
Keistimewaan: Lemak Manis
Anggaran kos :RM4

Bahan-bahan diperlukan:

  • biji labu saiz sederhana
  • ½ sudu teh kapur makan
  • Garam secukup rasa

Bahan-bahan ( kuah santan):
– 2 cawan santan
– Daun pandan

IKLAN

Bahan-bahan (sirap gula melaka):
– 1/2 cawan air
– 200g gula melaka
– 1/4 sudu kecil garam

CARA MEMASAK :

    1. Kupas kulit labu dan potong mengikut citarasa.
    2. Kemudian rendam labu yang telah dipotong tadi dengan air kapur. Ini untuk memejalkan labu apabila dimasak nanti
    3. Setelah beberapa jam labu direndam didalam air kapur, basuh dan toskan labu tersebut
    4. Masukkan labu ke dalam periuk bersama air, garam, dan daun pandan
    5. Masak dengan api yang perlahan. Masak lebih kurang 1/2 atau satu jam atau bila nampak labu tu dah lembut dan masak boleh tutup api.
    6. Sedia untuk dihidang di dalam mangkok bersama curahan kuah santan dan gula melaka .
    7. Sedap di makan sejuk.

INFO CHEF: Labu direndam bersama air kapur untuk mengelakkan labu cepat hancur semasa proses memasak.
RESIPI : ROZELINDA MUSTAFA

Koleksi Menu Potluck Sempena Hari Lahir

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI