Rasanya rakyat Malaysia ni rata-rata suka makan Tom Yam kan. Bukan sekadar makan, memasaknya pun ramai yang pandai.

Tapi bagi yang sibuk bekerja pasti nak guna kiub tom yam atau pes tom yam ready made kan. Tapi kalau buat sendiri lagi jimat, boleh adjust lagi ikut kesedapan yang disukai, nak pedas lebihkan cili kering. Yang pasti boleh dijadikan stok dan simpan dalam peti sejuk.

Selamat tanpa pewarna atau perasa MSG, iya lah kita yang buat kaniJom tengok resipi perkongsian Cikgu Shaini nih

D.I.Y PES TOMYAM HOMEMADE LETOPSSS

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji bawang besar
  • 4 biji cili merah
  • 10 biji cili kering
  • 2 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 2 sudu udang kering
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 inci belacan (dibakar)
  • air asam jawa, gula & garam

CARA MEMASAK :
1. Kisar kesemua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula bersama sedikit air.

2. Kemudian panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pecah minyak n menjadi pes.

4. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk. Perencah boleh disimpan. Kalau nak guna boleh ambil.

Resepi : Cikgu Shaini

FB : KONGSI RESEPI MASAKAN DAN PETUA