Tengok tajuk menu dah tahu gerenti sedap. Daging dan keju memang gandingan rasa yang mantap. Tambah pula roti dicelup susu dan telur, sungguh menyelerakan.

Resipi perkongsian dari FB Diari Ohsemama ni patut dicuba. Anda boleh menggunakan daging kisar atau daging burger yang dihancurkan. Kalau min suka keju lebih sikit sebab min memang ‘cheese lover’.

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU

IKLAN

Roti Lapis Daging Berkeju Bakar, Versi Paling Ummph…Sedap.

Bahan-bahan :

IKLAN
  • 300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • ½ paket perencah daging black pepper maggi
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • 12 keping roti gardenia
  • 3 biji telur |** idah guna 4 biji
  • 200ml susu segar
  • 8 keping keju
  • Parutan keju cheddar secukupnya @ mozzarella (Min campur keduanya)
  • Sayur ikut suka

CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih,
2. Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk
3. Masukkan sayur jika perlu
4. Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering
5. Ketepikan dan biarkan ia sejuk

IKLAN

Cara sediakan roti :
1. Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat
2. Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati
3. Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh loyang untuk layer pertama (4 keping)
4. Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk lapis pertama
5.Susun kepingan keju ke atas inti
6.Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk lapis seterusnya seterusnya
7. Dan ulang seperti layer pertama tadi
8. Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali
9. Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti
10.Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak). Sediakan untuk dihidang

Sumber :FB : Diari Ohsemama

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI