Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging liat atau keras. Untuk mengelakkan daging keras atau liat, korang baca info yang RASA kongsikan ini,  ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.

Cara Mudah Tumis Daging Sedap & Tak Liat.

Hiris Nipis-Nipis

Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.

Cara Mudah Tumis Daging Sedap & Tak Liat.

IKLAN

Jangan Cuci

Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika di masak, sukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur.

Cara Mudah Tumis Daging Sedap & Tak Liat.

IKLAN

Perap

Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran  bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula.  Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.

 Cara Mudah Tumis Daging Sedap & Tak Liat.

IKLAN

Masak Sekejap

Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 3-5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat.  Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI