Membeli- belah tentulah lebih menyeronokkan kalau semua barangan yang kita perlukan berada di bawah satu bumbung. Sebagai pengguna yang mengutamakan produk keluaran tempatan, kita pasti akan memilih produk berkualiti serta menepati citarasa kita sekeluarga.

Berbelanja Lebih Bijak Dengan Sokong Produk Tempatan

Namun selalunya kita perlu mencari di kedai atau pasaraya berbeza untuk mendapatkan setiap produk yang diinginkan. Selain membazir waktu, adakalanya kita juga rasa kecewa apabila barang yang dicari tiada di tempat tersebut.

Mengerti masalah yang selalu melanda pengguna, TESCO membawakan lebih banyak pilihan produk keluaran SME yang berkualiti dan memenuhi keperluan ramai. Apabila semua barang yang diperlukan ada, sudah pasti suasana membeli belah di TESCO lebih mengembirakan.

Bagi yang mengutamakan barangan tempatan, Di TESCO anda boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan rumah seperi produk makanan, barangan dapur, barangan elektirik, produk kecantikan, kesihatan hinggalah produk-produk keperluan harian seisi rumah.

Berbelanja Lebih Bijak Dengan Sokong Produk Tempatan Berbelanja Lebih Bijak Dengan Sokong Produk Tempatan

Berbelanja Lebih Bijak Dengan Sokong Produk Tempatan

Lebih penting setiap barangan tersebut berbaloi untuk dibeli kerana kualitinya setanding dengan produk keluaran luar negara. Di samping itu secara langsung kita turut memberi sokongan kepada pengusaha tempatan.

IKLAN

Tesco Teruskan Usaha Mengangkat Produk Tempatan

Disamping mengutamakan keperluan pengguna dengan menyediakan perkhidmatan yang lengkap, TESCO secara langsung turut membantu pengusaha tempatan meningkatkan pendapatan jualan dengan membantu meningkatkan pasaran dan mengukuhkan jenama tersebut dengan menyediakan pelbagai promosi dalaman.

TESCO juga turut bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dengan melancarkan Program Citarasa Malaysia sebagai tanda sokongan kepada pengusaha tempatan serta Peniaga Kecil dan Sederhana (SME). TESCO telah membawa masuk pelbagai jenama ketika program ini berlangsung Julai lalu, malah semua produk ini masih terus dijual sehingga kini.

Berbelanja Lebih Bijak Dengan Sokong Produk Tempatan

Pengarah Produk Tesco Malaysia, Kenneth Chua melahirkan rasa gembira kerana dapat berkongsi dan membantu pembekal meningkatkan keuntungan.

IKLAN

Saya gembira untuk berkongsi kejayaan ini. Di tengah persekitaran runcit yang kompetitif. pembekal SME Tesco secara kolektif dapat menyaksikan pertumbuhan jualan sebanyak 13 peratus pada 2018. Ini adalah peningkatan daripada 11 peratus yang dicatatkan pada tahun 2017.

Beliau juga menggesa agar pembekal SME lebih dinamik dalam bersaing dalam pasaran runcit.

Pasaran Runcit adalah perniagaan yang dinamik dan oleh itu para pembekal harus memahami bahawa penyenaraian semata-mata di rak kami bukanlah usaha terakhir tetapi ia satu permulaan yang menarik dan kadang-kadang mencabar, kata Chuah.

“Adalah cita-cita kami untuk melihat pembekal SME ini terutamanya yang lebih kecil berkembang dengan kami. Untuk mencapai matlamat ini, kita terus memelihara dan membimbing mereka supaya berdaya saing dan berdaya tahan dalam ruang pasaran. Untuk itu pengusaha dan pembekal SME, mereka mesti bekerja keras untuk membina jenama mereka sendiri dan ini memerlukan penambahbaikan berterusan terhadap kualiti produk, pembungkusan dan kemampuan.” Ujarnya.

Pada majlis yang sama Tesco Malaysia telah mengiktiraf 10 Pembekal Utama atas pencapaian jualan mereka tahun lepas. Sebagai sokongan selanjutnya kepada para pembekal SME, pengendali pasar raya besar itu juga menganugerahkan lima (5) pembekal SME Potensi Pertumbuhan Tinggi serta mengalu-alukan tiga (3) pembekal baharu yang berpotensi.

Pengeluar herba organik dan penghasil racun serangga AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd melalui Pengarah Urusannya, Amirul Firdaus Yunus berkata TESCO telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan syarikat itu.

IKLAN

Berbelanja Lebih Bijak Dengan Sokong Produk Tempatan

“Kerjasama kami dengan Tesco telah memberi manfaat kepada kami kerana bukan sahaja ia menghubungkan kami dengan pegawai terbaik dan paling berpengalaman, Tesco juga mempunyai banyak data yang membantu kami menganalisis kekuatan produk kami di semua cawangan Tesco,” kata Amirul .

AFY Haniff telah menjadi pembekal Tesco Malaysia sejak tahun 2007.  Sementara itu, pembuat kek dan kueh Frutissimo yang terkenal, Kolam Emas Sdn Bhd, melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zukahida Kasim berkata jualan syarikatnya telah berkembang dengan pesat sejak berkerjasama dengan Tesco Malaysia.

Berbelanja Lebih Bijak Dengan Sokong Produk Tempatan

“Bermula dengan sesi padanan perniagaan di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2017, Kolam Emas mula bekerjasama dengan Tesco pada April 2018. Sejak itu, kami telah melihat bahawa terdapat peningkatan kira-kira 25 peratus dalam jualan tahunan kami.”

AFY Haniff dan Kolam Emas telah dianugerahkan 10 Pembekal SME Terbaik dan turut menerima pengiktirafan sebagai Pembekal Berpotensi Tinggi.

Selain itu , antara jenama tempatan lain yang boleh didapati di Tesco termasuklah PETANI dan MUNIRA (produk SAMZA, NUREY’s, dan NASGERA, (Keperluan memasak & produk makanan) TOK MA (rempah), SWAG (produk kecantikan rambut dan SAFERCLEAN (produk penjagaan diri dan produk kebersihan rumah).

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI