Masak apa pun sedap kalau ada sotong. Jangan biar dalam peti sejuk aje..Cuba masak cepat. Simpan lama hilang pulak kemanisan dan kesegarannya. Ni min kongsi 5 aneka sajian dari sotong untuk dicuba.

Mudah aje masaknya. Tapi ingat tau, sotong ni jangan masak lama sangat, nanti liat pulak. Boleh lah cuba resipi nih…

1. SOTONG TIGA WARNA

Teringin Nak Makan Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yang Mudah.
BAHAN-BAHAN :

  • 4 ekor @ 250 gm

Bahan sos Cheong Zeng :

  • 300 gm tauchu
  • 120 gm bawang merah
  • 120 gm bawang putih
  • 40 gm cili padi
  • 400 gm cili merah
  • 120 gm cili boh
  • 120 gm sos plum
  • 30 gm sos tiram
  • 90 gm halia
  • Gula secukupnya
  • 50 ml air

* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.

Bahan sos Ceng Poa :

  • 200 gm cili boh
  • 60 gm bawang besar
  • 60 gm bawang putih
  • 40 gm cili kering
  • 40 gm cili padi
  • 40 gm tauchu
  • 40 gm asam jawa
  • 200 gm sos tomato
  • 200 gm sos cili
  • 10.air putih.80 gram
  • 80 ml air

* Dikisar menjadi pes dan ditumis dengan minyak masak secukupnya. Masukkan dalam satu bekas.

CARA MEMASAK :
1. Masukkan kedua-dua sos tadi ke dalam periuk atau kuali.
2. Terus masukkan sotong, gaulkan dan masukkan sedikit air .
3. Apabila mendidih boleh diangkat dan padamkan api
4. Sajian siap untuk dihidang

Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian China
Keistimewaan : Sotong 3 warna terjadi kerana kombinasi kedua sos dengan sotong
Anggaran kos : RM 15

INFO CHEF : Kedua sos sudah ditumis, jadi semasa masukkan sotong, kacau gaul sahaja jangan ditumis lagi untuk mengelakkan terlalu berminyak nanti. Sotong masak jangan lebih 3 minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.

IKLAN

2. SOTONG GORENG BEREMPAH KARI

Teringin Nak Makan Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yang Mudah.

BAHAN-BAHANNYA :

  • 3 ekor sotong bersaiz besar
  • 3/4 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1 biji bawang besar |- di hiris bulat (kalau guna bawang holland lagi sedap)
  • 2 biji cili masak – dihiris kasar
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat
2. Gaul dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam kemudian perap dalam beberapa minit.
3. Panaskan minyak ke dalam kuali dan masukkan sotong yang telah diperap gaul .
4. Biarkan sebati dan apabila hampir masak masukkan bawang besar dan cili masak.
5. Akhir sekali tambah garam secukup rasa, kacau dan biarkan sekejap .
6. Sajian siap dihidang

Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 5 minit
Cara memasak : Goreng dan tumis
Jenis masakan : Makanan laut
Keistimewaan : Manis dengan rasa rempah kari yang lazat
Kos masakan : RM 15

3. KETUPAT SOTONG

Teringin Nak Makan Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yang Mudah.

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 5 -6 ekor sotong sederhana besar | lebih kurang 1 kg
  • 1 cawan beras pulut
  • 1/2 cawan setengah santan
  • 6 ulas bawang merah | dimayang
  • 2.5 sm halia | dimayang
  • 1/2 sudu teh halba
  • 2 batang serai | diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Beberapa batang lidi @ pencungkil gigi

CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sotong, buang dakwatnya. Cuci kulit nipis pada badang sotong
2. Beras pulut dibasuh dan rendam dengan sedikit santan dalam sejam.
3. Isikan beras pulut dalam badan sotong, setengah sahaja, selepas itu tutup kepala sotong dan kemaskan dengan lidi atau pencungkil gigi.
4. Rebus sotong dan santan cair hingga sotong menjadi kembung, Masak dengan api perlahan.
5. Setelah sotong kembung, masukkan semua bahan (santan,bawang merah halba,halia, serai garam dan gula)dan masakkan atas api perlahan dan kacau selama lebih kurang 10 minit.
6. Sajian siap dihidang.

Saiz hidangan : 7 orang
Masa memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan : Inti pulut di dalam menjadikan sajian ini sungguh mengenyangkan
Anggaran kos : RM 35

INFO CHEF : Pastikan dakwat dibuang untuk mengelakkan kuah menjadi hitam . Sotong juga jangan dimasak terlalu lama untuk mengelakkan ia menjadi liat.

4. SOTONG MASAK HITAM BLC

Teringin Nak Makan Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yang Mudah.

IKLAN

Bahan-bahan :

  • 6- 7 ekor sotong saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih /ditumbuk
  • 1/2 inci halia /ditumbuk kasar
  • 1/2 inci kunyit hidup /ditumbuk kasar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 labu bawang besar /dihiris bulat
  • 2 – 3 batang cili hidup/ padi
  • 1 batang serai /diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak :
1. Potong sotong bulat-bulat dan bersihkan macam biasa tapi dakwatnya JANGAN DIBUANG.
2. Kemudian tos dan ketepikan.
3. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bahan-bahan bertanda *.
4. Lepas tu, masukkan dakwat sotong dan biarkan sekejap.
5. Kemudian masukkan sotong, dan tunggu sampai sotong keluar air.
6. Kemudian masukkan cili dan bawang besar dan perasakan dengan garam secukup rasa.

Saiz hidangan : 3 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian Johor
Keistimewaan : Cukup kaya dengan rasa rempah ratus, dakwat hitam memberi aroma yang sedap .
Anggaran kos : RM15

INFO CHEF :Sotong jika dimasak terlalu lama akan menjadi liat, jangan menumis lebih daripada lima minit, cukup sekadar tiga minit sahaja.

5. SINGGANG SOTONG

Teringin Nak Makan Sotong…Ni 5 Aneka Sajian Sotong Yang Mudah.

BAHAN-BAHAN :

  • 10 ekor sotong
  • 2 sm lengkuas/ dihiris
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 biji bawang besar sederhana/ dihiriskan
  • 3 ulas bawang putih/ dihiriskan
  • 4 batang bendi/ dipotong dua
  • 3 biji cili padi
  • Air secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan di atas ke dalam periuk kecuali sotong dan bendi.
2. Masukkan anggaran dua mangkuk kecil air dan biarkan ia mendidih.
3. Masukkan bendi, cili padi dan sotong.
4. Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
5. Masak selama lima minit dan singgang sotong siap dihidangkan

INFO CHEF: Seperti juga masakan lain, sotong jangan dimasak lama, cukup sekadar lima minit untuk mengelakkan ia menjadi liat.

Saiz hidangan : 2 orang
Masa memasak : 10 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan :Sajian yang sungguh menyegarkan, ringan dan tidak berminyak dan tiada santan atau rempah.
Anggaran kos : RM 25

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI