Sedapnya dapat menikmati kuih talam pandan. Lapisan atasnya putih yang diperbuat daripada santan, lembut dan sedikit masin. Manakala bawahnya dilapisi oleh jus pandan, rasanya manis dengan tekstur yang kenyal.  Sesiapa yang ingin mencuba “tepung talam pandan” versi goyang..😂 silakan resipinya seperti berikut.

TALAM PANDAN(loyang 10×10 cantik molek dah)nak tebal guna loyang 8*inci@9 inci

Bahan-bahan:
Bahagian bawah
1 cawan gula pasir
4 3/4 cawan air(kalau nak letak santan pun boleh juga)
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh garam
8- 10helai daun pandan

Cara memasak:

1.Panaskan kukusan hingga air mendidih. Sapukan minyak/marjerin dan lapik dalam loyang.
2.Kisar daun pandan dan air kemudian tapis.

3.Masukkan tepung gandum, tepung ubi, gula, garam, pewarna ke dalam air pandan tadi.

IKLAN

4.Kacau sebati masak seketika atas api perlahan(jangan lama sekadar sentuh periuk dah rasa panas satu hingga dua minit sambil kacau guna whisk) .

5.Kemudian tapis ke dalam loyang.

6.Kukus 20 minit. Kalau ada air bertakung, buang sikit-sikit guna sudu. Kukus sekejap tanpa tudung periuk kukus.. dalam 5 minit. Cakar-cakarkan sikit atasnya.

Bahagian Atas
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam

IKLAN

Cara memasak:
1.Satukan semua bahan.

2.Kacau sebati dan tapis/ tuang atas adunan yang dah masak tadi.  Kukus lagi 20 minit. Dah siap, buka penutup kukus dan kukus lagi  5 minit untuk mengelakkan air bertakung atas kuih. Biarkan sejuk. ( jangan letak dalam peti sejuk) bila dah betul-betul sejuk baru potong. Nak cantik, potong guna pisau plastik.

Tip- sebaiknya buat malam. Esok paginya baru potong. Setiap 7 minit buka tudung kukusan dan lap bawah tudung kukusan. Ulang hingga siap.

Kredit : Mariana Zainal‎
#mahn

IKLAN

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru?  Klik sini

Red Velvet Oreo Cheesecake Menggoda Selera, Resipi Sedap Nih

Whipping Cream Homemade Segar, Guna Empat Bahan & Ais Aje.

Kek Viral, No Bake Lotus Biscoff Cheesecake, Sedap Sungguh!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI