Resipi kuih tradisi tepung gomak ni ada banyak versi. Tapi min paling suka dengan versi ini kerana ada ubi keledek rebus dimasukkan juga ke dalam tepung atau kulit tepung gomak. Hasilnya memang sedap melampau.

Ada sesetengah resipi hanya menggunakan ramuan tepung pulut tanpa ubi keledek. Ada setengah resipi meletakkan sedikit tepung gandum dalam inti, tetapi resipi yang dikongsikan oleh Maria Bentalib  memasukkan kacau hijau didalam inti. Sudah pastilah berbaloi baloi kesedapannya. Ni warisan omak den, katanya . Jom cuba…

TEPUNG GOMAK OMAK DEN

Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

BAHAN-BAHAN :

Bahan kulit :

  • 1 kg tepung pulut
  • 500g keledek direbus | dilecek
  • 2 sudu besar air kapur
  • 1 1/2 sudu besar garam
  • 800ml air

CARA MASAK :

IKLAN
  1. Semua bahan-bahan di atas gaul sebati, ambil sedikit adunan tepung ,leperkan.
    Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

  1. Masukkan inti , tekan sedikit dan bulatkan dan rebus. Apabila timbul, angkat dan golekkan dan salut rata dengan tepung kacang hijau.

Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

IKLAN

Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

Bahan inti :

  • 1 biji kelapa parut
  • 80gm gula pasir
  • 80gm gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu besar warna coklat
  • 50gm kacang hijau direbus dulu sampai kembang

*Gula pasir dan gula melaka tu dimasak dulu dengan daun pandan hingga larut

IKLAN

CARA MASAK :

  1. Tapis air gula, masukkan air gula yang dimasak tadi dalam kuali.
  2. Campurkan kelapa parut. Masukkan pewarna coklat jika suka, dan kacau masukkan kacang hijau rebus. Kacau.
  3. Masak hingga kering, api kecil .

Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

Tepung Gomak Omak Den,Warisan Ibu Maria Ni Memang Sedap Melampau.

Bahan tepung kacang hijau :

*Boleh beli dah siap dalam pek, kalau nak buat sendiri ni resipinya

  • 200gm kacang hijau

CARA MASAK :

  1. Basuh kacang hijau sehingga bersih
  2. Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan
  3. Kemudian dikisar halus
  4. Ayak tepung sebelum digunakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI