Tauhu telur ni biasanya kita beli di kedai. Apa kata membuatnya sendiri lebih terjamin bersih dan halal.Buatnya pun tak susah. Bila ada tauhu ni boleh dipelbagaikan masakan seperti bersama sayur atau dibuat sup.Kalau ada yang nak cuba membuat, dikongsikan resipinya.

 

TAUHU TELUR HOMEMADE

Bahan-bahan:

5 biji telur gred A

225 ml air soya

1/2 sudu kecil garam

Plastik aiskrim

Dapatkan EKOBEE 3 IN 1 INTELLIGENT MULTI-COOKER WITH STEAM TRAY dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

Cara membuat:

1.Pecahkan telur.

2.Masukkan garam.

IKLAN

3.Masukkan air soya (untuk air soya boleh guna apa saja brand,air soya yang tak ada gula pun boleh)

4.Kacau sebati semua bahan.

5.Tapis supaya tiada bubble.

6.Masukkan ke dalam plastik aiskrim.

IKLAN

7.Ikat kemas-kemas.

8.Panaskan air,tidak perlu sampai mendidih.

9.Masukkan tauhu telur,masak sehingga 30 minit dengan api yang perlahan.

10.Bila tauhu dah bertukar warna maknanya sudah masak.

11.Angkat dan sejukkan.

IKLAN

12.Bila dah sejuk baru potong.

13.Nak goreng tabur sedikit tepung jagung.

14.Siap digoreng.

Kredit: Zaimah Zakaria

Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:

Cara Masak Kacang Botak Homemade Yang Rangup & Sedap

Resipi Kari Sotong Mamak Padu Ala Restoran Nasi Kandar

Buat Sendiri Popia Sayuran Vietnam. Isi Padat, Puas Hati Makan

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official