Tauhu sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini kaya dengan pelbagai khasiat. Sumber nutrisi dalam tauhu diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu anda mencegah pelbagai penyakit. Ia termasuklah sakit jantung dan diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi.

Maka ada baiknya, mulai hari ini  kita jadikan tauhu sebagai salah satu  bahan masakan dalam menu harian anda di rumah. Ia bukan hanya mudah disediakan tetapi harganya juga murah.  Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah.

2 Menu Tauhu Ni Sungguh Sedap & Kalau Korang Tak Cuba.

TOFU  AYAM CINCANG SOS TIRAM

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket  tauhu lembut | kukus
  • Sedikit isi dada ayam | cincang
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • Sedikit hirisan daun bawang
  • Sedikit daun ketumbar | hiris
  • 100gm sos tiram
  • 5gm minyak bijan
  • Sedikit kicap cair
  • Sedikit minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
  6. Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.

 2 Menu Tauhu Ni Sungguh Sedap & Kalau Korang Tak Cuba.

IKLAN

TAUHU GORENG NYONYA

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 2 keping tauhu biasa | hancurkan
  • 2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
  • 1/2 biji bawang Holland | hiris
  • 1 biji cili merah | hiris
  • Sedikit timun
  • 1 sudu makan kacang tanah kisar
  • 2 sudu makan Sos Thai
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • Minyak masak untuk menggoreng

 CARA MEMASAK:

  1. Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
  3. Kemudian kacau hingga sebati.
  4. Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
  5. Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
  6. Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
  7. Tauhu goreng siap dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI