Kesedapan tat terletak pada pastri dan filling / isian di dalamnya. Kalau tidak mahu susah, shell ada dijual di kedai bakeri. Cuma anda hanya perlu buatkan filling. Filling pula boleh pelbagai perasa sama ada strawberi, blueberi atau telur. Walau bagaimana pun, tat telur tetap menjadi kesukaan ramai.

TAT TELUR
Bahan-bahan:
1 tin susu cair F&N – Beli online DI SINI 
1 cawan air suam
1/3 cawan gula pasir (Kalau suka manis tambah lagi)
1 sudu kecil esen vanilla -Beli online DI SINI 
4 biji telur A
Sedikit pewarna kuning 

Cara membuat:

1.Kacau gula dan air suam hingga gula larut.
2.Bila gula dah hancur dan air telah sejuk, masukkan semua bahan yang lain dan kacau rata.
3.Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yang telah dibakar terlebih dahulu tadi
bakar semula dalam oven dengan suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit.

*Adunan ini ita buat 1/2 adunan saja sebab nak samakan dengan kuantiti shell yang dibuat.

TART CRUST ATAU SHELL

IKLAN

170gm marjerin atau butter – Beli online DI SINI
50gm gula aising – Beli online DI SINI 
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara membuat:
1.Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4.Uli hingga menjadi doh yang lembut. 
Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
5.Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
6.Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

7.Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
*Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar-benar sejuk sebelum kita letakkan filling tat telur.

8. Bakar shell tat hingga kuning 3/4 masak sebab nanti kita nak bakar lagi bila dah letak adunan telur.
9.Lepas shell masak, keluarkan dari acuan dan susun dalam tray.
10.Semasa shell panas lagi dah letak adunan telur dan terus bakar dengan api atas dan bawah.
11.Selepas tat masak, biar sejuk dan terus simpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti ais supaya tat terus rangup.
*Tat akan melekat sikit pada tray sebab telur tu tumpah masa proses pembakaran
Cungkil dengan pisau jika tat melekat atas tray.

IKLAN

Kredit resipi:norazlita aziz

Jom shopping peralatan memasak yang baru. Klik sini 

Nak cari aneka ‘HOME APPLIANCES’ yang terbaik & ‘value for money’? Boleh dapatkan DISINI.

LIHAT JUGA RESIPI LAIN:

IKLAN

Cara Buat Kerepek Biji Durian. Sedap Rupanya!

Roti Parker House Rolls Gebu Untuk Sarapan

Roti Telur Bersama Jem Coklat, Minum Petang Yang Cukup Sempurna

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI