Kalau makan di kedai telur bungkus antara menu yang diminati. Sebenarnya resipi ringkas dan mudah ini boleh saja disediakan untuk sekeluarga makan di rumah. Makan pula dengan dengan nasi panas, pasti bertambah nanti.  Inilah bahan-bahannya sangat simple yang korang perlu sediakan.

  • Bawang putih  | [email protected]
  • Bawang ros ( merah kecil) | [email protected]
  • Bawang besar | dihiris
  • Cili merah  | dihiris
  • Cili hijau  | dihiris
  • Isi ayam | dihiris kecil
  • Sos Tomato
  • Sos tiram
  • Sos thai
  • Sedikit air
  • Sayur campur
  • Sedikit cili kisar
  • Garam secukup rasa

* Jumlah bahan diatas ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.

 

BAHAN TELUR DADAR:

  • 6 biji telur
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit garam

 

CARA MEMASAK:

1.Pecahkan telur dan pukul. Masukkan daun sup dan garam secukupnya. Ketepikan.

2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah hingga garing.

3.Kemudian masukkan cili kisar. Kacau rata.

4.Masukkan sedikit air dan isi ayam. Masak hingga empuk.

5.Akhir sekali masukkan semua bahan-bahan yang lain. Masak hingga pekat. Angkat.

6.Untuk menyediakan telur, panaskan sedikit minyak dalam kuali dan ratakan.

7.Goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Padamkan api.

8.Bagi membungkus telur dadar, boleh ikut langkah-langkah dibawah ini.

Kredit resipi & gambar: Linda Ali via MAHN

Komen anda