Rasa kuah dari rebusan daging yang sedap dengan rasa lemak dari keledek yang dikisar halus.
MI KUAH TULANG
BAHAN KUAH:
IKLAN
1kg tulang lembu | rebus empuk
1 liter air rebusan tulang atau daging
1 sudu makan sos tomato
1 labu bawang besar | kisar
4 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sm halia | kisar
3 sudu makan cili kisar
2 biji ubi keledek saiz sederhana | rebus dan kisar halus
Garam secukupnya
Gula perang secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERENCAH:
IKLAN
1 paket mi kuning | celur
200gm tauge | celur separuh masak
2 batang sawi | potong pendek dan celur
1 biji tomato | hiris nipis
2 biji limau kasturi | belah dua (untuk diperah)
Daun bawang secukupnya.
Bawang goreng secukupnya.
IKLAN
CARA MEMASAK:
Untuk membuat kuah, panaskan dua sudu makan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili dan tumis hingga cili masak. Kemudian masukkan tulang lembu bersama sos tomato dan air rebusan daging atau tulang lalu didihkan hingga semua bahan sebati.
Masukkan ubi keledek dan didihkan hingga kuah pekat.
Tambahkan garam dan gula perang secukup rasa.
Untuk menghidang, letakkan sedikit bahan-bahan perencah sebelum menuang kuah dan tulang ke dalam mangkuk. Hidangkan panas-panas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Anda ke pasaraya besar, pasti anda pernah terlihat paket-paket mi yang tertulis tulisan UDON. Rupanya seakan laksa yang telah direbus. Kalau nak tahu, Udon adalah sejenis mi yang diperbuat daripada tepung gandum dan berbentuk tebal dan lebar. Ia sangat popular di Jepun. Jika di Malaysia, anda boleh nikmati sajian ini di restoran-restoran yang menjual hidangan dari negara matahari terbit ini.
Nak cuba masak Udon secara homemade? Ini resipi mudah yang boleh anda cuba.
NABEYAKI UDON
BAHAN-BAHAN:
250gm mi udon | boleh didapati di pasaraya
100gm aneka kek dan bebola ikan | dicelur
1 kiub pati ayam
1 batang daun bawang
3 biji cendawan shitake
BAHAN SUP:
500ml air
3 sudu makan kicap jepun ( souyu)
2 sudu teh gula
10 ekor ikan bilis putih
BAHAN HIASAN:
Hirisan rumpai laut
CARA MEMASAK:
Masukkan air, cendawan shitake dan ikan bilis ke dalam periuk. Biarkan mendidih selama 5 minit. Keluarkan cendawan dan ikan bilis.
Kemudian masukkan kiub pati ayam, daun bawang, kicap jepun dan gula. Sebatikan dan biarkan mendidih sekali lagi.
Angkat dan hidangkan bersama mi udon dan aneka kek ikan yang telah dicelur. Hiaskan dengan hirisan rumpai laut.
Info chef: Untuk lebih enak, boleh ditambah hirisan ayam dan juga telur.
Maggi Celup sememangnya sinonim dengan rakyat Kelantan. Andai ke restoran makanan Kelantan atau Thailand, pasti akan jumpa menu ini. Selain dinikmati bersama mee segera, anda juga boleh menggunakan mee, bihun atau kuetiau. Sedap! Kuah sup yang panas ditambah pula dengan aneka ramuan serta lauk, menjadikan sajian Maggi Celup ini sangat enak dan mengenyangkan. Lebih padu lagi jika dimakan semasa cuaca sejuk. Waduh… Terasa nikmatnya. Nak cuba? Saudari Afy Al Habibiada kongsikan resipinya.
1. Sediakan 1 periuk sup. Penuhkan air dan masukkan daging buku besar (jangan hiris), tulang, sup bunjut / rempah Siam dan potongan akar daun ketumbar. 2. Selepas daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam. 3. Perasakan sup dengan secubit dua sahaja garam.Sup perlu tawar untuk kita tambah bahan-bahan lain semasa nak makan.
4. Keluarkan isi sup tadi.Isi ayam perlu digoreng seketika.
5. Carikkan daging dan isi ayam.Hiris nipis perut.
6. Selepas daging, ayam dan perut dikeluarkan dari sup, tambahkan kicap lemak manis, kicap pekat dan sos ikan.
7. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa sup.
8. Warna sup yang menepati citarasa.Teruskan mendidih sup menggunakan api yang perlahan.
9. Dalam periuk berlainan, celur seketika kangkung dalam air mendidih.
10. Seterusnya celur taugeh seketika.
11.Celup mi segera. Boleh juga digantikan dengan kuetiau, bihun atau mi.
12. Mi segera yang siap dicelup. Celur sekadar melembutkan sahaja dan jangan biarkan urat maggi terlebih kembang ye.
13. Lauk yang direbus tadi, dimasukkan ke dalam bekas supaya mudah diambil ketika hendak makan.
14. Inia da seleksi rencah-rencah tambahan yang akan ditambah ke dalam mangkuk Maggi Celup sebelum dimakan. Jumlahnya bergantung pada cita rasa masing-masing.
CARA MENGHIDANG:
1. Masukkan mi segera/ kuetiau/bihun/mi yang telah siap dicelup ke dalam mangkuk. 2. Sendukkan kuah sup yang panas berasap. 3. Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
4. Kacau rata. Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Selepas menyaksikan live Dato Seri Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris membuat laksa, wanita yang menggunakan akaun facebook Deyana Hatazad telah membuat sendiri laksa mengikut resipi yang diberikan.
Melalui facebook live, Deyana mengatakan memang sedap sungguh laksa yang dimasak ikut resipi usahawan kosmetik tersebut. Cuma ada sedikit yang diubah iaitu laksa digantikan dengan pasta angle hair. Jom try masak.
LAKSA STYLE ABANG TERLAJAK LARIS
BAHAN-BAHAN
5 ekor ikan kembung
4 ekor ikan selayang
7 keping asam keping
Sedikit garam
1 labu bawang besar
5 sudu cili kering
4 biji cili api merah
3 inci belacan
Sedikit air
1 kuntum bunga kantan
Daun kesum secukupnya
2 batang serai
1 mangkuk kecil ikan bilis
Garam secukupnya
1 sudu kecil asam jawa
1 sudu kecil gula merah
BAHAN HIASAN
Bunga kantan (hiris)
Telur ayam (rebus)
Limau nipis (belah 2)
Bawang (hiris)
Salad (hiris)
Timun (hiris)
CARA MEMBUAT
1. Rebus ikan kembung dan ikan selayang bersama asam keping dan sedikit garam. Kemudian ambil isi ikan dan kisar kasar. Masukkan dalam periuk bersama air ikan rebus tadi
2. Masak kuah ikan dengan api pelahan. Kacau kuah ikan sentiasa.
3. Kisar bawang besar, cili kering, cili api merah dan belacan dengan sedikit air. Masukkan dalam periuk berisi kuah ikan tadi.
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan serai.
5. Kisar ikan bilis dan masukkan dalam periuk.
6. Apabila kuah mendidih, masukkan garam jika masih belum cukup masin, asam jawa dan gula merah.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...