Teringin makan spegati yang sedap? Jangan nak bazirkan duit, masak je sendiri makanan  orang Itali ini di rumah, jimat sikit.  Paling murah pun RM10-RM12 untuk sepinggan spageti. Dengan jumlah tu anda boleh beli satu paket spageti dan bahan  campurannya sekali.  Anda yang  bujang dan tak tau macam mana nak masak spageti,  ikut je DIY  yang ditunjukkan oleh Dilla si bujang yang rajin ke dapur.

SPAGETI LEMAK BERKRIM

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm spageti |rebus dan tos
  • 150ml susu penuh krim
  • 50gm mentega
  • 6 ekor udang  saiz XL
  • 50gm cendawan butang dalam tin | hiris
  • 50gm brokoli |dadu kecil
  • 1/2 biji bawang besar | cincang
  • 3 ulas bawang putih | cincang
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit garam

CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:

Cara Buat Spageti Lemak Berkrim Terlajak Sedap Ni.

Langkah 1: Panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi.

IKLAN

Cara Buat Spageti Lemak Berkrim Terlajak Sedap Ni.

Langkah 2:  Masukkan susu dan kacau hingga mendidih.

Cara Buat Spageti Lemak Berkrim Terlajak Sedap Ni.

IKLAN

Langkah 3: Seterusnya masukkan udang, diikuti dengan cendawan butang.

Cara Buat Spageti Lemak Berkrim Terlajak Sedap Ni.

Langkah 4: Kemudian masukkan pula brokoli.

IKLAN

Cara Buat Spageti Lemak Berkrim Terlajak Sedap Ni.

Langkah 5: Perasakan dengan garam dan lada sulah secukupnya.

Cara Buat Spageti Lemak Berkrim Terlajak Sedap Ni.

Langkah 6: Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus. Gaul rata dan angkat.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI